Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Ads
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkukkan isi ikan tamban itu kemudiannya dilontarkan ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Ads
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Ikan rohu, spesies pendatang yang berasal dari India ini sudah lama berkembang biak di kolam bekas-bekas lombong terutamanya di Perak apabila ia diternak di lombong yang ada membela itik. Apabila itik sudah tiada, kebanyakan rohu ini tertinggal dan membesar serta membiak di lombong tersebut.
Rohu merupakan ikan yang tidak mudah mengalah apabila terkena pancing boleh dikategorikan sebagai kelah lombong dengan pecutan hingga ke gigi air. Namun kini amat sukar untuk menjejakinya di lombong-lombong tinggal, hanya keazaman yang tinggi mengkaji semula dan memperbaharui teknik pancingan, pencarian lubuk baru dan umpan dapat menggoda rohu liar ini.
Apabila kebanyakan lubuknya telah diketahui umum mengakibatkan pencariannya menjadi sukar kerana ia semakin sensitif untuk dipancing. Pelbagai resepi dan adunan umpan serta teknik pancingan telah dipraktikkan, namun masih ramai pemancing lombong gagal menawannya terutama rohu yang bersaiz 5 kilogram ke atas.
Suatu ketika dahulu, Bidor merupakan kawasan utama pancingan rohu separa liar. Bermula sebagai ikan peliharaan di lombong-lombong itik, kini ia telah menghuni lombong-lombong yang ditinggalkan. Taburannya meluas ke kawasan sekitar dari Kampar ke Tapah hingga ke Batu Gajah. Saiz purata rohu di sini antara 1kg hingga ke 3kg.
Sebelumnya tangkapan gergasi melebihi 5kg ke atas agak mudah. Akibat tuaian melampau dari pemancing dan penjaring menyebabkan saiz idaman ini amat sukar dicapai melainkan mempunyai lubuk rahsia sendiri.
Ikan terbesar pernah dipancing di kawasan ini kira-kira 8kg dan mungkin ada lebih besar mengikut saiz lombong yang didiami. Kerahan tenaga rohu bila bertarung dengan pemancing amat mengujakan. Aksi pancingan separa ringan merupakan set terbaik bagi menjinakkan rohu separa liar.
Set ultra ringan boleh juga dicuba jika inginkan tarikan maksimum tapi tenaga rohu sukar dijangka. Acapkali tekanan yang diberikan oleh rohu ini menyebabkan kita berputih mata. Joran aksi sederhana berkekuatan 8-17lb amat sesuai apabila lenturannya mudah mengawal asakkan pantas spesies ini.
Kekili saiz 1000-3000 amat sesuai dengan padanan tali mono 10-20lb apabila pecutannya dapat diserap dengan baik.
Mata kail yang biasa digunakan adalah mata udang saiz 12-16 yang diikat merambai seperti mata bom. Satu set ikatan merangkumi 4-6 mata diikat sama panjang.
Campuran dedak ayam atau dedak 929, dedak 928, power bait perisa pandan, sedikit tepung gandum dan minyak udang adalah cadangan resepi untuk menjerat spesies ini. Biasanya setiap pemancing punyai resepinya sendiri dan ikan ini kadang-kadang sudah culas dengan apa yang dihidangkan.
Sebaiknya bancuhan adunan tidak terlalu peroi dan sedikit tepung perlu dicampur agar ia liat sedikit bagi mengawal gangguan ikan-ikan kecil. Umpan tadi perlu dihidangkan secara seketul-seketul yang dimasukkan ke setiap mata kail seperti buah anggur. Seelok-eloknya bancuh umpan dengan menggunakan air lombong mengikut petua pemancing-pemancing otai.
Walaupun berbadan leper, ikan timah mampu menelan mangsa yang lebih tebal dari badannya sendiri. Oleh yang demikian, anda boleh memilih untuk menggunakan umpan hidup ikan mati. Boleh pakai seekor ikan sebesar 3 jari dewasa sebagai umpan memandangkan ia tidak menelan umpan ikan sekaligus.
Umpan akan diserang secara berkumpulan sebelum bahagian yang adanya mata kail tercangkuk padai mulut. Mangsa atau umpan akan diserang sehingga tiada lagi yang tinggal. Selain ikan, sotong hidup mahupun mati adalah terbaik menjerat ikan ini.
Mata kail sehingga saiz 5/0 tidak menjadi masalah kerana ikan ini adalah spesies yang rakus menerkan mangsa. Jangan pakai mata kail kecil bagi mengelakkan faktor rabut atau mata terlucut. Biar mata sesuai lebih-lebih lagi dengan saiz umpan agar mudah ia menusuk bahagian mulut ikan yang keras ini bila ia ngap umpan berkenaan.
Secara umunnya umpan tidak begitu penting dari segi kesegaran mahupun jenis bila memancing spesies ikan timah asalkan jangan keterlaluan besar dengan saiz yang diburu. Kepingan isi ikan ini juga boleh digunakan sebagai umpan alternatif.
Teknik
Memancing ikan timah lebih mudah pada malam hari berbanding siang. Pergerakannya dapat dikesan menjelang malam terutama ketika ia bermain di kawasan diterangi lampu kapal atau bot. Kilauan sisik berkilat tersembul apabila terkena pembalikkan cahaya.
Apabila ia dikesan berada di permukaan air, cara mudah ialah campakkan apa-apa umpan tanpa pemberat ke air. Hanyutkan ia kemudian tunggu kerana spesies ini biasanya berebut menerkam makanan lebih-lebih lagi ia bersaing sesama kumpulannya.
Perlu pakai dawai atau kabel di hadapan, memadai dengan kekuatan 30 hingga 50 paun yang tahan lasak. Lebih sesuai jika kabel jenis mono ‘kekuli tahan karat’ digunakan berbanding jenis dawai bersulam 7 X1 atau 7 X 7. Jika tidak anda perlu tukar kabel setiap kali dapat seekor ikan ini.
Dawai atau kabel mono senang dibetulkan dan diluruskan semula setiap kali ikan mengena manakala dawai bersulam biasanya mudah luka maupun berpintal apabila sering digigit ikan timah.
Selain menggunakan umpan, satu lagi teknik ialah mengunjun (jigging). Saya berpeluang mencuba kekuatan ikan ini dengan cara teknik ini secara tidak sengaja di Pulau Redang. Ikan cupak yang dihajati tidak muncul sebaliknya ikan timah bertali arus hantam jig pada malam hari.
Walaupun tidak sehebat ikan cupak rembat jig, tapi bila ia dah banyak pasti anda letih di kerjakannya. Sesetengah pemancing pula berpendapat kalau tak ada batu ladung pung berguna. Anda boleh cuba fight dengan ikan yang mampu mengundur, mereng, ikut melulu dan menggelepar di permukaan ketika bertarung.
Sebolehnya guna playar atau alat menanggalkan mata kail di mulut ikan ini. Berbadan licin, serta gigi tajam mampu membuatkan anda serik jika sekali ngap. Tunggu sehingga ikan lemah bila ingin mengendalikannya setelah dipastikan tahap keselamatan jari jemari anda.
Taktik ikan ketarap melepaskan diri bila terkena pancing ialah menyelusup ke dalam karang dan ini menyebabkan perambut selalu putus bila bergesel dengan karang yang tajam. Set yang sesuai ialah reel spinning dikunci dengan drag maksimum dan dipadankan dengan rod PE 3-5 yang keras dan pendek. Tali utama yang sesuai ialah 50lb disambung perambut pendek maksimum 1 meter sahaja.
Bila Ketarap menjamah umpan kita mestilah cepat bertindak mengangkat joran setinggi yang boleh sambil menahan asakan ikan yang akan lari ke karang. Tahan seketika dan kemudian buatlah 4-5 karauan secepat mungkin supaya ikan ditarik jauh dari kawasan karang.
Untuk menyediakan umpan, ketam nipah ini mesti dikopek cengkeranya dan dipotong empat bahagian jika umpan itu besar. Ketuk sedikit kaki nya supaya aroma ketam itu keluar membuat ketarap lebih cepat menjejak umpan.
Setelah umpan dicangkuk ke mata kail, hulur perlahan-lahan dan bila sudah jejak ke dasar, tarik atau pusing kekili untuk menggantung umpan setinggi 1 meter dari dasar. Jika kena musimnya kita tidak menunggu lama untuk ketarap membedal umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...