Terdapat 2 jenis split shot iaitu jenis bulat dan membujur.

 

Perambut bagi sungai – Bagi memancing di kawasan sungai yang berbatu dan sekiranya kita tidak mahu perambut kita putus atau tersangkut maka kita boleh menggunakan kili tiga cabang (three way swivel).

Ia dilakukan dengan mengikat tali utama pada satu cabang, perambut pada cabang yang lain dan pada cabang ketiga diikat tali lebih kurang 7.5cm ke 10 cm di mana beberapa split shot dipasang mengikut laju arus.

Sekiranya perambut terlekat beberapa tarikan akan melepaskan perambut tersebut.

 

 

Menunda umpan ikan segar (mati) – Satu cara penggunaan split shot adalah dengan melekatkannya pada tangkal kail apabila menunda dengan menggunakan ikan kecil yang tidak melebihi 15 cm.

Cara ini akan memberi aksi pada umpan dengan mengerakkan ikan naik turun.

 

Menunda gewang –  cara larian gewang dapat ditingkatkan serta gewang dapat digunakan untuk ditunda lebih dalam lagi sekiranya beberapa split shot dikepilkan pada terus pada ikatan perambut.

Ini dapat menyebabkan pergerakan gewang bergerak naik turun dan sekiranya perlu gewang berenang lebih dalam lagi boleh lah tambahkan split shot mengikut kehendak individu.

 

Korang Tanya Umpan Jawab – Split Shot & Kegunaannya??

 

Perambut bagi umpan cacing – Bagi penggunaan umpan cacing pula split shot boleh dikepilkan terus pada tangkal kail.

Sekiranya perlu kita boleh juga mengecat nya dengan warna merah untuk menarik perhatian ikan. Cara ini amat bagus sekiranya memancing ikan bulus.

Banyak lagi cara penggunaan split shot seperti menjadi penyekat pelampung sekiranya kita perlukan pelampung berada pada sekian tahap dan bermacam lagi.

Penggunaannya tertakluklah pada daya inovasi seseorang.

baca juga sambung wayar pada leader?

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI