Tahniah kerana anda memahami konsep untuk berjaya dalam memancing. Sememangnya pengetahuan diet ikan sasaran adalah penting bagi penyediaan umpan yang tepat.
Namun, apa yang lebih penting lagi sebelum penyediaan umpan adalah pengetahuan tentang spesies ikan sasaran.
Hal ini perlulah diambil tahu dan terdapat banyak cara untuk mengetahuinya tanpa perlu bertanyakan kepada admin.
Ads
Admin pun pemancing biasa juga yang mana masih banyak lagi padang pancing belum diteroka termasuklah di Sabah Bernam.
Walaupun pernah beberapa kali memancing di perairan Sabak Bernam termasuklah di sungai dan juga sawah padi, namun admin belum pernah cuba pancingan pantai.
Ads
Begitu pun tidak terlalu sukar untuk buat jangkaan spesies yang mendiami pesisir pantai Sabak Bernam.
Sebagaimana kebanyakan pesisir pantai sebelah barat semenanjung, pantai berlumpur ini lazimnya didiami spesies seperti pari, ketuka, gelama, sembilang, duri dan juga belukang.
Ads
Dan kesemua spesies yang disebutkan ini boleh dipancing dengan menggunakan umpan udang, umpun-umpun dan juga hirisan sotong atau ikan.
Dan ia merupakan umpan lazim yang digunakan. Oleh yang demikian anda boleh menggunakan umpan-umpan ini apabila berkunjung ke Sabak Bernam nanti.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tabiat kaki pancing berbeza antara satu sama lain. Ada yang bikin trip mengejut, tanpa sebarang persediaan rapi, cukup hanya dengan set pancing, terus sahaja pergi memancing. Ada juga trip yang dirancang masih lambat, tetapi persiapan rapi dilakukan setengah tahun atau setahun lebih awal.
Biasanya trip ini trip memancing agak lama dan tempoh jauh lokasinya seperti memancing di pelantar minyak, luar negara dan juga trekking sungai pergunungan. Membuat persediaan awal, adalah perkara yang baik dan harus sentiasa dipraktikkan, bukan setakat hanya pergi memancing, tetapi juga dalam apa juga perancangan kehidupan seharian.
Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah bersistematik dan apa yang penting jika berlaku sebarang musibah atau kesulitan kita sebenarnya telah cukup bersedia menghadapinya.
Alatan pancing
Lakukanlah persiapan sebaik mungkin. Jika perlu membeli sebarang peralatan baru, lakukanlah lebih awal. Buat tabungan untuk perbelanjaan anda setiap bulan. Sebelum turun memancing periksa set peralatan telah siap. Ingat jangan sesekali mengharapkan kawan anda ada menyediakan perambut, mata kail untuk anda melainkan rakan anda menawarkan barangan mereka sekiranya anda betul-betul tiada atau tertinggal.
Stok Makanan
Perut tidak berisi ibarat mesin yang tidak bermaya. Sebelum turun memancing, senaraikan keperluan makanan dan minuman, dapur, bekas memasak untuk tempoh berapa lama anda turun memancing. Jika berkumpulan, muafakatlah apa yang masing-masing perlu dibawa. Bawalah sedikit makanan di dalam tin seperti sardin sebagai insurans jika tidak berhasil mendapat tangkapan.
Jaket keselamatan
Jika menyewa bot, pastikan bot yang anda bayar itu ada memiliki jaket keselamatan. Jika tidak membebankan dan ingin lebih selesa, boleh bawa jaket keselamatan sendiri. Malang tidak berbau, mana tahu jaket keselamatan yang disediakan sudah uzur atau tidak cukup.
Pakaian
Jika berhasrat memancing lebih 3H 2M, rancanglah bawa pakaian yang sesuai. Bawa pakaian yang ringan, mudah kering dan tidak membebankan beg anda. Bawalah baju lengan panjang, stokin untuk melindungi dari panas, sejuk di waktu malam dan mengelakkan dari gigitan nyamuk dan agas.
Kasut / Topi
Jika memancing di sungai, gunalah kasut yang sesuai, selesa, selamat dan tidak berat. Jangan lupa selitlah juga selipar jepun di dalam beg. Topi juga Item wajib yang perlu ada. Bukan sahaja melindungi kepala dari panas terik matahari. Jika memancing pada musim panas, anda perlulah kerap minum banyak air.
Ubat-ubatan
Jangan sesekali mengabaikan ia. Setidak-tidaknya bawalah kit kecemasan mini ketika memancing. Periksa dulu kit kecemasan sebelum turun. Lengkap atau tidak ‘isinya’ seperti plaster luka, paracetamol, minyak angin, minyak gamat, kapas luka dan sebagainya. Jika berlaku kecemasan, sakit di dalam hutan atau di tengah laut mana nak cari klinik?
Baju hujan
Cuaca sukar diramal, kecuali musim panas terik. Bawalah set baju hujan ketika memancing. Ada yang mengatakan leceh, tetapi ketika memancing hujan turun lebat, basah kuyup dan angin pula bertiup jangan pula timbul perkataan ‘kenapalah aku tak bawa tadi’.
Tali / Wisel
Tali sekurang-kurangnya 10 meter wajib dibawa. Ia mampu memberi kemudahan yang tidak dijangka, sama ada kegunaan berkhemah atau kecemasan. Wisel walaupun kecil dan boleh dianggap tidak perlu, ia patut ada dalam trip memancing anda. Masa bila ia berguna? Sekiranya bot anda rosak, tersesat, tiuplah ia untuk menarik perhatian orang lain.
Parang
Ia wajib tersisip di pinggang, terutama kepada mereka yang gemar memancing di sungai di dalam hutan. 1001 kegunaan ada padanya. Setidak-tidaknya seorang ahli grup wajib membawanya.
Lampu
Waktu malam, ia memang berguna. Bawalah apa yang anda rasakan sesuai untuk menerangi kegelapan, sama ada lampu suluh, headlamp, lampu ayam, lampu karbaid.
Coldbox
Jika memancing di laut kedua-duanya item yang diperlukan. Manakala jika memancing di sungai pergunungan, jika berhasrat membawa pulang ikan, bolehlah fikirkan bekas yang sesuai untuk membawa pulang ikan yang disalai atau yang telah digaramkan.
Kenderaan Trip
Jika berkereta, sila pastikan kereta dalam keadaan sentiasa sudah di servis, pastikan lain-lain perkara seperti cukup perkakasan spanar, tayar simpanan, tayar simpanan ada angin. Jika menaiki motor meredah ke kawasan sungai dan hutan, pastikan bawa tiub, spanar, plug dan minyak petrol tambahan.
Admin percaya ramai yang berminat dan tertanya-tanya bagaimana caranya untuk membuat umpan ikan kuku. Bagi pemancing tegar ikan kuku, lazimnya mereka memiliki ramuan tersendiri untuk menghasilkan umpan bagi memancing ikan kuku.
Berikut merupakan salah satu resepi umpan ikan kuku yang telah dihasilkan oleh seorang pemancing yang telah berjaya mendaratkan ratusan ikan kuku. Umpan ini diwariskan oleh keluarganya yang sudah sekian lama memancing ikan ini dengan sedikit penambahan umpan moden.
Bahan-Bahan:
Isi ayam goreng (ayam goreng berempah)
Majerin (dicairkan sedikit)
Sebiji telur
Tepung gandum
Pati sawit
Perisa buah ara Matsumoto
CARA BUAT UMPAN
Tutorial 1
Racik isi ayam (anggaran 3-5 ketul ayam goreng) ke dalam bekas. Sebaiknya ayam digoreng dengan sempurna supaya isinya senang untuk dileraikan.
Tutorial 2
Masukkan 3 sudu besar majerin yang sudah dicairkan sedikit ke atas isi ayam. Gaul sehingga majerin sekata dengan isi ayam.
Tutorial 3
Masukkan pula 3 tutup botol pati sawit. Gaul lagi sehingga ia menjadi sebati dan sekata.
Tutorial 4
Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum dan uli sehingga menjadi adunan (doh) yang dikehendaki (sesuai untuk dikepal pada mata kail).
Tutorial 5
Masukkan setengah biji atau kurang telur ayam yang telah dibancuh dengan beberapa titik perisa buah ara Matsumoto. Uli adunan dengan sebati dan ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan kuku.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...