Kewujudan perkampungan Air Ganda pada tahun 1976 adalah susulan daripada projek pembinaan Empangan Temenggor.

Penduduk Kampung Temenggor dan beberapa kampung lain telah dipindahkan ke kawasan penempatan baru termasuklah perkampungan Air Ganda.

 

Limpahan air empangan yang membentuk tasik sehingga ke perkampungan ini sekaligus menamakan tasik tersebut sempena nama kampungnya, Air Ganda.

Dalam masa yang singkat, tasik di hadapan kampung ini menjadi salah satu sumber rezeki penduduk di sini.

 

Spesies ikan air tawar seperti jelawat, kelabau, ketutu, sebarau, loma, belida, baung, tengalan serta ikan-ikan lain menjadi sumber pendapatan kepada penduduk, di samping mengerjakan ladang getah serta bercucuk tanam.

Sementara kewujudan ikan pemangsa seperti toman dan sebarau secara tidak langsung membuka kepada sesetengah penduduk menjadi juru pandu pancing.

 

IKLAN

Tasik Air Ganda merupakan antara destinasi popular bagi pemburuan keluarga ikan snakehead.

Dikatakan toman yang menghuni tasik buatan ini mempunyai kudrat berganda berbanding di tempat lain.

Bagi caster yang menyasarkan toman sebagai ikan buruan dianggap ‘tidak lengkap’ sekiranya belum bertarung dengan toman di tasik ini.

 

Air Ganda terkenal dengan tomannya yang perkasa dan pemancing sering berkunjung ke sini untuk merasai nikmat pertarungan dengan penghuninya.

Semakin lama populariti Air Ganda semakin merebak sehinggakan ramai pemancing dari luar negara turut berkunjung ke sini termasuk dari Jepun.

IKLAN

Permintaan yang tinggi daripada pemancing menyebabkan tekong tidak menang tangan.

 

Padang Pancing Retro: Kenali Perkampungan Toman Air Ganda
Pak Usop

 

Sebelum menjadi tekong, Pak Usop merupakan seorang nelayan di tasik ini tetapi melihat kepada perkhidmatan sewaan bot memancing yang diusahakan oleh tekong di Chenderoh,

Temenggor serta Bersia mendatangkan hasil yang memuaskan, beliau beralih arah. Kini Pak Usop mempunyai beberapa buah bot untuk memenuhi permintaan warga pancing.

 

IKLAN
Padang Pancing Retro: Kenali Perkampungan Toman Air Ganda
Anip AG

 

Info Air Ganda

 

  • Terletak dalam daerah Gerik, Perak.
  • Merupakan tasik buatan paling hilir di selepas Temenggor/ Banding dan Bersia.
  • Dinamakan Air Ganda berdasarkan nama tempat iaitu Felcra Air Ganda yang terletak bersebelahan empangan tersebut.
  • Nama Air Ganda juga disebut ‘double water’ oleh kaki pancing.
  • Antara juru pandu pancing yang popular di sini ialah Pak Usop dan Anip AG.

Padang Pancing Retro: Kenali Perkampungan Toman Air Ganda Padang Pancing Retro: Kenali Perkampungan Toman Air Ganda

baca juga Info Padang Pancing – Sejarah & Mitos Kg. Beng

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI