Apakah umpan paling sesuai untuk memancing ikan bawal pinang di kolam memancing air masin dan juga di habitat semulajadi?
Kalau admin tahu teknik nak memancingnya bolehlah kongsikan bersama.
JAWAPAN:
Ikan bawal pinang / emas (juga dikenali sebagai bawal kolam oleh kebanyakan kaki pancing kolam air masin) atau ikan pompano adalah spesies ikan air masin yang lasak.
Ads
Ia berbentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.
Ikan bawal pinang lebih tertumpu di kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan di habitat asalnya ialah udang hidup.
Ads
Di kolam pancing juga digunakan udang hidup terutamanya jika ingin menyasarkan spesimen bersaiz besar. Begitu umpan yang lazim digunakan ialah udang pasar sahaja.
Begitu pun udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek. Untuk lebih mudah lagi kerja boleh dapatkan terus udang kopek yang ada terjual di sesetengah pasar raya.
Ads
Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah apungan.
Dengan kaedah menggunakan pelampung, jarak mata kail dengan pelampung lebih kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin.
Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kincir air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan.
Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salam admin… boleh tak teknik micro jigging dilakukan di pot memancing seperti di kelong atau rumah rakit?
JAWAPAN:
Teknik jigging kini semakin tempat di kalangan kaki pancing Malaysia. Ada pelbagai teknik yang sering digunakan seperti jig cast, slow pitch jigging dan micro jigging. Meskipun teknik ini biasanya diaplikasikan di atas bot, tetapi tahukah anda teknik seperti micro jigging boleh juga diaplikasikan di rumah rakit atau kelong.
Micro jig merupakan teknik yang menggunakan kepingan besi yang mempunyai renangan seperti ikan di dalam air. Kepingan besi itu biasanya bersaiz 3-30gram sebab itulah ia digelar micro jig.
Untuk mengaplikasikan teknik micro jig ini padanan joran dan kekili juga haruslah seimbang. Joran dari PE 0.6 hinggalah 1.0/1.5 dengan hujungnya yang sensitif adalah yang terbaik untuk digunakan. Kekili pula yang biasa digunakan ialah bersaiz 1000 – 2500 yang dipadankan dengan tali braided 6 – 10lb.
Untuk menggunakan teknik ini, pemancing harus tahu menggayakan micro jig anda. Saiz jig yang perlu digunakan haruslah bergantung kepada arus pada waktu itu. Jika arus agak laju, gunakanlah jig yang lebih berat dan begitulah sebaliknya.
Untuk teknik micro jig di rumah rakit / kelong, pemancing haruslah mengetahui kawasan yang berpotensi (karang atau tukun) untuk menurunkan jig anda. Caranya mudah saja, dengan hanya melepaskan jig hingga ke dasar, dan unjun jig tersebut beberapa kali (2-3 kali). Dan kemudian gulung sedikit dan mainkan kembali jig itu.
Selepas beberapa gulungan, jika tiada sambaran, lepaskan kembali jig itu ke dasar dan ulang semula permainan jig berkenaan. Jika kena pada tempat dan waktunya, pasti ada sambaran yang anda dapat.
Boleh tak admin beritahu teknik memancing senangin? Maksud saya dari segi teknik, panjang perambut, mata kail kerana ikan ini mencari makan di pertengahan air. Dan apakah umpan terbaik memancing senangin?
JAWAPAN
Untuk pengetahuan anda, ikan senangin selalunya aktif pada masa air pasang surut serta bila arus agak laju. Umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak, isi ikan parang atau lebih popular disebuat cabuk, dan isi ikan kembong segar.
Bagi tali perambut pula saya mencadangkan tali yang agak kasar 40- 50 lb dari jenis tali florucarbon sepanjang 2 meter di mana mata kail jenis circle hook saiz no 2 atau 3 (bergantung pada saiz umpan).
Tali perambut disambung ke tali utama dengan kili dan dipasang batu ladung hidup (running sinker) saiz no 3 atau 6 (bergantung pada arus) pada tali utama.
Memandangkan penggunaan mata lingkar, sebaiknya apabila ikan menarik umpan, anda perlu karau tali dengan perlahan sebab sekiranya sentap dengan kuat, bimbang mata kail jenis circle hook akan terlucut dari mulut ikan.
Dan apabila melawan ikan senangin, anda perlu berjaga jaga kerana ikan senangin suka meluru ke hadapan jadi terpaksalah karau dengan kuat apabila ini berlaku. Tali pula mesti tegang sepanjang masa.
‘Shock leader’ ataupun bahasa mudahnya perambut kejutan atau perambut serap tekanan merupakan penyambung tali sulam dengan tali perambut yang biasa diperbuat daripada bahan fluorocarbon. Penggunaan ‘shock leader’ ini semakin meluas digunakan bagi kaki pancing yang menggemari teknik casting, jigging atau trolling.
Fungsi utamanya ialah ia menjadi alat untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan apabila ikan menyambar umpan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai alat untuk mengurangkan tekanan geseran pada struktur dan pada masa yang sama ia juga mampu untuk mencangkukkan mata kail dengan lebih kemas pada mulut ikan.
Kelebihan inilah menjadikan ‘shock leader’ ini sering digunakan kaki pancing masa kini, terutamanya bagi mereka yang menggunakan tali sulam kerana tali sulam tidak mempunyai kuasa regangan untuk menampung henjutan kuat secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai absorber.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...