Suatu ketika dahulu saya pernah mendengar tentang kewujudan tali perambut halimunan yang dinamakan `perambut hantu’ tetapi kini sudah tidak kedengaran lagi. Boleh tak admin jelaskan apa yang dimaksudkan dengan perambut hantu?
JAWAPAN:
Perambut hantu ini sebenarnya ialah perambut fluorocarbon yang banyak digunakan masa kini. Pada awal pengeluaran perambut ini suatu ketika dahulu terdapat dua jenama yang popular iaitu Fluorocarbon Invisible Line dari jenama Sufix dan Berkley Vanish.
Ads
Mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudan tali perambut ini pada waktu itu kerana perambut ini kerana harganya terlalu mahal. Ia telah terbukti penggunaannya sangat effective terutamanya semasa keadaan air yang jernih.
Walaupun ikan tidak sekolah tetapi ia tidak akan makan umpan kalau nampak tali perambut berbeza dari warna air. Bila keadaan ini berlaku penggunaan perambut hantu sangat berkesan.
Ads
Walaupun air tak berapa jernih namun dibandingkan dengan pancing yang gunakan perambut biasa ia lebih berkesan. Walau pun harganya mahal namun hasilnya berbaloi.
Ads
Kalau nak dibandingkan antara Sufix dengan Berkley varnish, bagi saya Sufix lagi baik tapi pastikan yang ada tertera gambar hantu kerana brand ini kalau sudah kerinting masih boleh dipakai.
Caranya dengan menarik kedua dua hujung dengan kuat, ia akan lurus kembali. Jadi kita boleh jimatkan kos untuk leader line.
Tapi kini sudah banyak terdapat brand yang mengeluarkan fluorocarbon tetapi yang tertipu dengan label kerana ada sesetengahnya tertulis 100% fluorocarbon tetapi sebenarnya tidak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya berminat sangat nak pancing ikan-ikan liar terutamanya patin di sungai, tasik serta lombong. Masalahnya saya tak tau umpan apa yang boleh digunakan. Jadi boleh tak admin beri tips sikit umpan yang sesuai digunakan kat tempat macam ni.
JAWAPAN:
Ikan patin memang merupakan salah satu ikan yang popular di Malaysia terutama di Pahang, Perak dan juga negeri-negeri lain. Malah, boleh dikatakan patin merupakan ikan yang paling banyak dipancing di negara kita. Sama ada di habitat liar atau kurungan, ia adalah pancingan yang menghiburkan.
Walau bagaimana pun, memancing ikan patin di sungai lebih sukar berbanding pancingan patin kolam kerana faktor arus sungai. Jadi, kebanyakan umpan yang digunakan di kolam pancing berbayar tidak boleh digunakan kerana dibawa arus.
Biasanya pancingan spesies ikan liar dalam habitat semula jadi lebih tertumpu pada umpan semula jadi. Umpan seperti buah ara dan buah berembang merupakan antara pilihan, namun ramai juga pemancing menjadikan organ dalaman ayam sebagai umpan patin seperti hati ayam dan perutnya.
Selain itu, penggunaan umpan roti, pelet dan dedak sebenarnya boleh digunakan namun pastikan bancuhan umpan tidak peroi kerana mudah hilang dibawa arus sungai. Jika menggunakan campuran dedak dan pelet, pastikan lebih pekat dan gunakan teknik mata bom. Anda juga boleh bereksperimen dengan menggunakan roti canai atau bancuhan tepung.
Selain umpan, teknik persembahan umpan juga amat penting. Umpan perlu dipersembahkan seolah-olah makanan semulajadi yang hanyut di dalam sungai.
Saya baru berjinak dengan hobi ini dan cenderung ke arah teknik casting. Saya teringin untuk membeli kekili baitcaster low profile.
Tapi disebabkan kekurangan ilmu dalam bab ini, saya memutuskan untuk menyimpan hasrat itu dahulu.
Soalan saya, kekili low profile sesuai untuk menangkap ikan apa dan berapa kilogram tahap kemampuannya?
Jawapan:
Sudah menjadi kebiasaan dan menjadi satu yang tipikal kita melihat kekuatan sesuatu kekili kepada saiznya.
Hakikat sebenarnya tidaklah begitu. Tidak semestinya kekili yang kecil itu lemah dan kekili yang besar itu kuat.
Kekili baitcaster lowprofile sama juga dengan semua kekili lain yang tujuan asalnya adalah untuk menyimpan tali pancing dengan baik, lancar dan teratur serta membantu pemancing melontar umpan atau gewang tanpa mengusutkan tali pancing.
Tentang kegunaannya untuk menangkap ikan apa dan beberapa kg, walaupun ia berstatus low profile, usah risau kerana ia memiliki kekuatan (bergantung pada siri) untuk semua ikan target, asalkan tali cukup panjang dan bergantung kepada skill pemancing tersendiri, bagaimana kemampuannya menewaskan ikan terutama di kawasan reba kayu atau di lokasi sukar.
Namun, kekili low profile ini mempunyai kelemahan di mana tali pancing tidak boleh diisi banyak berbanding kekili jenis round baitcaster yang lain atau kekili spinning yang sama kelas atau saiz nya. Jadi ia mempunyai `disadvantage` daripada segi ini.
Salam min… boleh tak admin buat penjelasan sikit pasal panjang leader yang sesuai untuk setup casting? Ada yang cakap pendek pun boleh, panjang pun boleh.
JAWAPAN:
Untuk teknik casting sama ada menggunakan kekili menegak atau mendatar, saya amalkan satu kaedah berdasarkan jenis leader yang digunakan. Sekiranya menggunakan leader tangsi atau monofilament, saya akan lebihkan panjang leader sehingga ke dalam spool kekili.
Sebaliknya jika menggunakan leader fluorocarbon, saya akan pastikan leader panjang leader tersebut tidak sampai ke dalam spool. Memadai panjang leader sama panjang dengan joran atau dari tip hingga cincin pertama saja.
Alasannya cukup mudah. Sebagaimana yang kita tahu, leader fluorocarbon agak keras berbanding leader monofilament. Atas faktor tersebut, leader fluorocarbon tidak tergulung dengan kemas di dalam spool. Sebaliknya leader monofilament yang lebih lembut boleh disusun dengan sempurna di dalam spool.
Leader fluorocarbon yang berlebihan di dalam spool akan mengganggu proses kelancaran pengeluaran tali dari spool ketika proses balingan gewang. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan berlakunya masalah sarang burung atau birdness.
Pasa asasnya, peranan leader adalah untuk menyerap sentapan mengejut yang boleh menyebabkan mata kail menjadi lurus atau kerosakan pada terminal tackle yang lain.
Oleh yang demikian tidak perlu menggunakan leader yang terlalu panjang. Pada saya memadai sepanjang 1meter saja sudah sesuai sama ada leader monofilament mahupun fluorocarbon.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...