SOALAN:

Admin, saya dah jumpa pelbagai caster dan masing-masing dengan pendapat tersendiri tentang penggunaan mata kail pada lure.

Ada yang suruh pakai guna single hook dan ada yang suruh pakai treble hook. Kalau menurut pendapat admin, mata kail yang manakah yang perlu saya gunakan?

 

JAWAPAN:

Memancing dengan menggunakan umpan tiruan atau gewang kini semakin meluas di kalangan kaki pancing di Malaysia.

Pelbagai jenis umpan tiruan terdapat di pasaran pada masa kini merangkumi pelbagai jenis konsep dan material yang boleh diguna pakai sama ada untuk top water, sinking, deep, dan ada juga spoon, blade, pencil, popper dan bermacam-macam lagi.

 

IKLAN

Boleh kita lihat, kebanyakan gewang khususnya minnom atau crankbait yang dijual di pasaran datang bersama mata tiga atau treble hook.

Bagi yang baru-baru nak berjinak pasti mereka akan gunakan sahaja gewang bersama mata tiga tersebut.

Namun bagi sesetengah caster, mereka lebih gemar menukar mata tiga ini kepada mata tunggal.

 

Kurang sangkut adalah antara sebab mengapa single hook menjadi pilihan untuk dipadankan bersama gewang. Ini amat efektif digunakan jika memancing di kawasan berstruktur atau yang mempunyai banyak halangan seperti samai atau rumpai.

Namun, bukan semua perfect bila menggunakan single hook ini. Harus diingat potensi untuk ‘missed-call’ juga sangat tinggi bila menggunakan single hook, terutama bila berhadapan dengan ikan bersaiz juvenil.

IKLAN

 

Lain pula dengan mata tiga, yang mana potensi untuk hook-up lebih tinggi jika dibandingkan dengan mata tunggal. Walau potensi hook-up lebih tinggi, namun potensi untuk rabut juga amat tinggi.

Ini kerana mata tiga mempunyai teras yang sangat pendek, jurang sempit dan tekak yang cetek sekali gus ia sukar untuk mengunci ikan lebih lama kecuali jika ketiga-tiga mata kail tersebut tertancap kemas pada mulut ikan.

 

Berbeza dengan mata tunggal yang mana jika ikan berjaya mengena, tancapannya lebih kemas di mulut ikan. Ini akan menyukarkan ikan melakukan pintalan terhadap split ring,

IKLAN

sekali gus kebarangkalian untuk ikan rabut sangat rendah melainkan jika ikan tersebut berjaya mematahkan atau mengangkangkan mata kail pada gewang tersebut.

 

Masih ramai yang tidak begitu yakin kepada penggunaan mata tunggal pada gewang. Mungkin faktor susah “hook-up” menjadikan ramai yang tidak begitu yakin kepada penggunaan mata tunggal.

 

Mata tiga atau mata tunggal tu biarlah ikut pada lokasi memancing anda. Jika memancing di yang berstruktur atau mempunyai reba, penggunaan mata tunggal adalah disarankan.

Sedikit sebanyak ia mampu menyelamatkan gewang anda tersangkut sekali gus menyelamatkan poket anda daripada membelinya lagi.

 

Jika gemarkan permainan gewang permukaan, mata tiga tidak perlulah ditukar ke mata tunggal. Begitu juga casting menaiki bot, ia tidaklah memberi masalah besar meskipun ada menggunakan gewang mata tiga. Apa yang penting, lure retriever, benda wajib yang mesti dibawa.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI