Ads

Korang Tanya Umpan Jawab -(S6S30)- Perubahan warna air??

 

SOALAN: 

Adakah faktor perubahan air, dari keruh menjadi jernih atau dari jernih menjadi keruh, akan mempengaruhi tabiat ikan, sekali gus menjejaskan hasil tangkapan di sungai atau pun laut?

 

JAWAPAN:

Pada asasnya perubahan warna air tidak mempengaruhi sifat ikan dan hasil tangkapan secara mutlak.

Ads

Bagaimana pun sedikit sebanyak ia mempengaruhi beberapa jenis ikan serta cara kita memancingnya.

Misalnya, jika ikan sasaran yang kita pancing ialah ikan sebarau dan tiba-tiba arus membawa air keruh ke kawasan kita memancing, maka sekiranya pada masa itu kita

mengguna gewang yang berkilau, kilauan yang menjadi tarikan pada sebarau tidak dapat dilihat dengan baik oleh ikan tersebut disebabkan oleh air yang keruh.

 

Ads

Jadi kita perlulah menukar gewang ke gewang yang akan menarik perhatian ikan tersebut seperti gewang popper atau gewang yang mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian ikan tersebut.

 

Pada amnya sekiranya air bertukar menjadi keruh maka ikan bersesungut atau catfish (seperti ikan baung, keli, sembilang) akan aktif di mana ia menggunakan

sesungutnya untuk mencari makanan dengan menghidu makanan sebab deria penglihatan ikan sedikit terjejas disebabkan air keruh.

Ads

 

Sebenarnya, hasil tangkapan yang berkurang bukanlah disebabkan kekeruhan air, sebaliknya disebabkan penurunan suhu air.

Disebabkan hujan atau perubahan cuaca (sama ada panas atau sejuk secara mengejut) ia akan mempengaruhi aktiviti ikan.

Bila ikan menjadi tidak aktif secara tidak langsung ia tidak buka mulut atau mencari makanan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...