Boleh tak admin jelaskan sikit perbezaan antara gewang replika ikan selaman cetek dan selaman dalam? Dan perbezaan kegunaannya juga.
JAWAPAN:
Paling mudah untuk mengetahui spesifikasi sesuatu jenis gewang adalah dengan cara melihat corak bip atau lidahnya.
Ads
Tahap atau status selaman sesuatu gewang bergantung kepada reka bentuk lidah gewang.
Jika lidah gewang besar dan menirus 30 darjah ke bawah bermakna ia adalah selaman dalam. Semakin besar atau panjang lidah gewang bermakna semakin dalam renangannya.
Bagi selaman cetek, saiz lidah adalah kecil dan menegak ke bawah sehingga 80 darjah. Kadangkala ia berbentuk `L’ kecil.
Ads
Lazimnya spesifikasi gewang ini tertera pada kotak pembungkus. Deep runner membawa maksud selaman dalam dan shallow runner pula membawa maksud selaman cetek.
Sementara bagi fungsi kegunaan ini pula merujuk kepada kedalaman air. Bagi gewang selaman cetek, ia boleh digunakan digunakan di kedua-dua paras kedalaman air.
Ads
Ia berfungsi untuk memikat pemangsa yang mencari makan di pertengahan air atau di bawah permukaan air.
Manakala gewang selaman dalam hanya sesuai digunaikan di kawasan air yang dalam. Sekiranya ia digunakan di perairan yang cetek maka ia menyodok dasar atau tersekat.
Jika menyasarkan pemangsa yang mencari makan di dasar air maka gewang selaman adalah pilihan yang tepat.
Namun, kebanyakan dasar perairan negara kita dipenuhi dengan struktur atau objek yang akan menjadi halangan kepada selaman gewang. Atau dalam erti kata lain gewang tersebut akan mudah tersangkut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sejarah ini bermula di Spirit Lake, Iowa, pada bulan Jun 1937, apabila Berkley Bedell yang berusia 16 tahun mengambil $ 50.00 dari pendapatan bulanannya untuk memulakan perniagaan menjual umpan buatan kepada kedai-kedai memancing dan pemancing yang bercuti.
Di bilik tidur di tingkat atas, dengan bebulu yang dipotong dari anjing keluarga, Stubby, dan bulu dari ayam belakang rumah, Berkley muda membuat umpan tiruan (fles) untuk memikat bluegill dan bass tempatan dari bawah permukaan air. Maka Berkley Fly Co. pun ditemui.
Pada waktu Berk berkursus dari sekolah menengah pada tahun 1939, beliau telah menggaji beberapa gadis kawasan yang membuat umpan tiruan dan ikatan di rumah mereka. Perniagaan tidak lagi mengatasi ruang bawah tanah dan ruang tamu orang tua di Berk. Dia meluaskan ke tingkat dua kedai runcit tempatan, menggunakan tab yang dipenuhi dengan ais dan kipas untuk penghawa dingin.
Selepas tamat universiti negeri dan berkhidmat di Army Air Corp, Berk kembali ke Spirit Lake pada tahun 1945 untuk memulakan perniagaan Berkley & Company. Fokus perniagaan adalah pada perambut kabelnya.
Suatu petang, sambil membaca Popular Science, Berk belajar mengenai sebuah syarikat Connecticut yang menghasilkan kabel dilindungi kabel nylon untuk pelantar kapal layar. Selepas melawat kilang mereka, dia mula menghasilkan perambut bersalut nilon untuk kegunaan memancing.
Tidak lama selepas itu ia pun diperkenalkan dan pengeluaran bermula di Spirit Lake. Tidak lama selepas iti, logo Berkley yang tersendiri direka bentuk dengan slogan ‘nylon leader with a heart of stainless steel.’
Berk seterusnya menjadi berminat untuk menghasilkan perambut (leader) memancing nylon monofilament. Pada masa itu, semua nylon datang dari DuPont. Setelah menerima lesen dari DuPont, Berk kembali ke Spirit Lake untuk memulakan kerja membangunkan peralatan untuk menghasilkan nylon.
Peralatan awal terdiri daripada wringers mesin basuh yang direkabentuk, roda basikal, dan bahan rumah yang lain. Tidak lama kemudian Berkley memasarkan mono persendirian dengan nama Monofilament Dew Flex. Eksperimen yang berterusan akan menghasilkan inovasi kejayaan syarikat – Trilene.
Pada tahun 1959, Berkley memperkenalkan Trilene pada masa yang sama DuPont memperkenalkan Stren. Untuk membantu memperkenalkan barisan baru, Berk menghantar ribuan sampul surat sampel dan meminta pemilik kedai untuk mendapatkan pemancing terbaik mereka mencubanya di mesin kekili. Pemancing ternyata menyukainya dan ia memulakan pelancaran Berkley Trilene yang berjaya.
Pada tahun 1960-an Berkley memasuki perniagaan joran, yang membawa kepada pengembangan antarabangsa pada tahun 1970-an. Umpan plastik lembut membuat penampilan pada tahun 1980-an. Tahun 1990 hingga hari ini telah melihat peningkatan teknologi yang ketara dalam semua produk Berkley.
Sejak awal, Berkley telah memberikan sumber yang penting untuk penyelidikan dan pembangunan – strategi berterusan yang menghasilkan inovasi produk yang tidak terhingga, termasuk Berkley Trilene, Lightning Rod, PowerBait, FireLine, dan lebih baru-baru ini Gulp !? Dan Gulp! Alive.
Sejak lebih 80 tahun, Berkley yang cuba menggabungkan kepakaran sains dan teknologi telah memberikan persembahan yang terbaik kepada pemancing yang mahukan tangkapan pukal menerusi penggunaan produk Berkley secara berterusan.
Squid jig atau lebih dikenali oleh kaki pancing sebagai candat. Memancing sotong takkan berjaya dilakukan jika tidak ada gewang atau umpan tiruan yang dinamakan sebagai candat. Terdapat pelbagai jenis candat yang digunakan hingga kini.
Candat Ultraman
Candat Ultraman adalah nama baru bagi candat mayat. Perkataan mayat ini lebih merujuk kepada bentuk seumpama bentuk mayat yang dikafankan. Ia lazimnya diperbuat daripada plastik atau getah yang mampu menyerap dan memantulkan cahaya.
Badannya dibalut dengan fabrik nipis berkilau dengan pelbagai warna. Ia turut dilengkapi satu atau dua sisir mata kail. Tanpa kehadiran pemberat, ia perlu digunakan bersama pemberat. Candat twist lazimnya digunakan sebagai pengganti pemberat.
Candat Twist
Suatu ketika dulu ia lebih dikenali sebagai candat timah. Candat twist atau timah ini lazimnya berfungsi sebagai pemberat. Ia diperbuat daripada timah (ada juga yang mengubahsuai batu ladung), dan badannya dibalut dengan kain atau tali sulam yang berkilat terang atau mampu memantulkan cahaya.
Ia turut dilengkapkan dengan mata kail candat yang berfungsi sebagai penyangkut sotong. Selain berfungsi sebagai pemberat, ia turut sama berupaya untuk memerangkap sotong dan tersangkut pada mata kailnya.
Candat Payung
Menurut cerita candat ini suatu ketika dahulu diperbuat oleh para nelayan dengan menggunakan besi payung. Ada juga yang menyatakan ia dinamakan candat payung kerana bentuknya umpama payung.
Yang pasti candat payung atau candat umpan lebih merupakan alat yang diperbuat daripada besi atau dawai keras sebesar lidi kira-kira sejengkal dan bersisir dengan mata kail dibawahnya.
Sepadan dengan nama candat umpan, ia perlu dicucuk dengan ikan sebagai umpan untuk menarik perhatian sotong. Dan penggunaan pemberat diperlukan jika arus laju bagi mempercepatkan proses ia tenggelam ke dasar laut.
Candat Udang
Candat udang sebenarnya adalah gewang tiruan berbentuk udang yang dilengkapi mata kail bersisir, yang lazimnya digunakan untuk mencandat sotong mengabang. Dalam masa yang sama ia turut berkesan untuk mencandat sotong torak atau sotong jarum.
Namun ia tidak sesuai digunakan secara berangkai (teknik apollo dua atau tiga candat) seperti mana candat mayat berikutan kehadiran pemberat akan menyebabkan ia mudah berpintal dengan perambut.
Candat Ikan
Candat ikan atau turut dikenali sebagai candat buntal lebih merupakan candat yang direkabentuk seperti ikan. Ia mempunyai ciri-ciri ringan dan tiada pemberat. Badannya pula agak gemuk dan gempal. Berikutan keberkesanannya bergantung kepada kualiti penghasilannya, ia kurang popular dan tidak banyak digunakan. Namun beberapa tahun kebelakang, penggunaan candat ikan ini seperti lebih efektif berbanding candat mayat atau candat udang.
Candat Gewang
Candat ini dinamakan sebagai candat gewang kerana bentuknya hampir sama dengan gewang replika ikan yang digunakan untuk memancing ikan. Jika tidak kerana gelungan dawai pada bahagian belakang candat, pasti ramai menyangka ia adalah gewang untuk casting ikan. Walau bagaimana pun penggunaan candat jenis ini lebih tertumpu kepada casting sotong mengabang sahaja.
Setiap peralatan memancing ada tempoh waktu atau jangka hayatnya. Begitu jugalah dengan tali pancing. Tidak kiralah tali tangsi atau tali sulam, meskipun jarang digunakan ia perlu diperiksa untuk menilai sama ada ia masih berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
Tali Tangsi (monofilament line)
Walaupun tali tangsi tanpa warna (clear), ia masih boleh dikesan berdasarkan tahap kelunturan. Lazimnya tali yang sudah lama digunakan boleh dapat dikesan tahap kelunturannya. Jika tahap kelunturannya agak jelas berbeza maka ia perlulah dikeluarkan atau dibuang.
Sifat tali tangsi atau nylon monofilament ini akan kerinting apabila sudah lama digunakan. Oleh yang demikian sebaiknya buang bahagian yang telah kerinting. Sekiranya terlalu banyak bahagian yang sudah kerinting maka tukarlah tali yang baru.
Tali tangsi yang sudah lama digunakan atau banyak terdedah kepada terik cahaya matahari akan menyebabkan hilang keanjalan. Ia boleh dikesan dengan cara mematahkan tali tersebut. Sekiranya ia tidak kembali seperti biasa maka perlulah ditukar.
Lurut atau gosok permukaan tali untuk merasai sebarang kesan cela atau luka akibat geseran. Sekiranya terdapat sebarang kesan yang kurang baik maka buanglah bahagian tersebut. Sentap dan rentap tali dengan kuat. Sekiranya tali itu sudah rapuh maka ia akan putus dengan mudah.
Tali sulam (braided)
Paling ketara sebagai petanda tali sulam sudah hampir tamat jangka hayatnya adalah tahap kelunturan warna yang ketara. Jika warna asal tali adalah merah tetapi sudah menjadi pink, maka eloklah sangatlah diganti tali baru.
Sebagaimana tali tangsi, sebarang geseran atau kakisan yang berlaku akan menyebabkan tali sulam menjadi rosak dan kelihatan berbulu. Bahagian ini perlu dibuang walaupun ia masih baru.
Selain berbulu, tali yang cedera tetapi tidak putus sepenuhnya akan kelihatan genting atau diameternya mengecil. Kerosakan ini akan menyebabkan tali terputus apabila membuat sentapan kuat. Jadi ia perlu diperiksa untuk mengesannya.
Tali sulam juga juga boleh diuji tempoh hayatnya dengan cara melakukan sentapan. Jika ia putus dengan mudah maka tiada guna lagi anda menyimpan tali tersebut di dalam kekili.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...