SOALAN:

 

Boleh tak kita gunakan penyelamat gewang yang biasa digunakan oleh caster menyelamatkan gewang yang tersangkut ketika casting dengan menaiki bot fiber, untuk menyelamatkan jig yang tersangkut pada karang atau sebagainya ketika jigging?

 

JAWAPAN:

 

IKLAN

Saya kira ini satu soalan yang sangat bernas kerana belum pernah terdengar perbincangan tentang penggunaan penyelamat gewang atau lure retriever di laut.

Memandangkan ia tidak pernah dibincangkan dan saya sendiri tidak pernah terfikir untuk menggunakan penyelamat gewang tersebut ketika jig tersangkut pada karang ketika berjigging, maka saya sama sekali tidak dapat memberikan satu jawapan yang kukuh.

 

Secara teori, saya beranggapan penggunaan penyelamat gewang ini tidak sesuai untuk digunakan bagi melepaskan jig yang tersangkut.

IKLAN

Saya hanya berkata ia kurang sesuai bukanlah bermakna ia tidak boleh digunakan. Sekiranya anda ingin mencubanya, ia sama sekali tidak salah untuk diaplikasi.

 

Saya melihatnya kurang sesuai untuk digunakan berdasarkan beberapa perkara. Pertama, pada pengamatan saya penyelamat gewang khusus untuk kegunaan pancingan air tawar khususnya di tasik sungai dengan kedalaman tidak melebihi 10 meter.

 

IKLAN

Sebaliknya jika ingin digunakan di laut, faktor kedalaman laut dan pergerakan arus yang laju pasti tidak mengizinkan penyelamat gewang ini dapat berfungsi dengan sempurna.

Bayangkan saja berapa panjang tali yang perlu disimpan dalam dan berapa besar pula gelendung penyelamat gewang yang perlu digunakan jika berjigging di dalaman sehingga 80 meter.

Dan berapa berat pula pemberat pada penyelamat gewang yang perlu digunakan agar ia dapat turun secara menegak ketika arus umpama torpedo?

 

Tambah pula tidak ramai tekong jigging masa kini yang mahu memberikan kerjasama dan berusaha untuk menyelamatkan jig para pemancing yang tersangkut dengan sesuatu objek di dasar laut.

Senang cakap, penggunaan penyelamat gewang di laut agak tidak pratikal dan besar kemungkinan akan menyebabkan penyelamat gewang tersebut turut sama menjadi tukun bersama jig yang tersangkut.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI