Ads

Korang Tanya UMPAN Jawab (S2S26) – Persoalan Gear Ratio! *

SOALAN:

Boleh tak admin jelaskan makna gear ratio / ratio yang tercatat pada kekili?

JAWAPAN:

Secara ringkasnya, gear ratio yang tercatat pada kekili membawa makna adalah nisbah pergerakan putaran kekili (satu kayuhan lengkap) berbanding putaran gelendung atau spool kekili.

 

Contohnya jika kekili itu menyatakan gear ratio 4.8:1 maka ia membawa maksud satu pusingan kayuhan lengkap, gelendung akan berpusing sebanyak 4.8 kali. Jika gear ratio 6.3:1 maka ia membawa maksud satu pusing kayuhan lengkap, gelendung akan berpusing sebanyak 6.3 kali.

Ads

 

–> 1 putaran pengayuh = 4.8 putaran gelendung
–> 1 putaran pengayuh = 6.3 putaran gelendung

 

Ads

Dalam erti kata lainnya, semakin besar nisbah semakin laju kemampuan kekili berkenaan mengulung kembali tali ke dalam gelendungnya.

 

Sebagai tambahan, kita harus faham pula kenapa ada kekili dengan gear ratio rendah, sederhana dan tinggi?

Ads

Sistem gear ratio ini memberitahu kita tentang kuasa yang terdapat pada kekili tersebut tidak kiralah ia kekili menegak mahapun mendatar. Pada masa yang sama ia berperanan menentukan kesesuaian kekili dengan teknik pancingan yang ingin kita praktikan.

 

Gear ratio ini jika hendak dibuat perbandingan, ia samalah seperti transmisi atau gear motosikal. Gear ratio rendah umpama gear 1-2 yang mana ia lebih berkuasa untuk menggerakkan motor. Sementara gear ratio tinggi pula umpama gear 4-5 yang lebih khusus untuk kelajuan.

 

Atau dalam erti kata lainnya, kekili dengan ratio rendah lebih sesuai untuk pancingan menarik beban yang lebih seperti menggunakan gewang selaman dalam, manakala gear ratio tinggi untuk pancingan karauan laju seperti menggayakan gewang permukaan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...