
Teknik overhead casting double handed meruapakan teknik yang paling asas apabila kita baru belajar menggunakan baitcasting reel. Ia tidak banyak menggunakan ruang kawasan kiri dan kanan korang, cuma para atas kepala sahaja.
Keberkesann teknik ini bergantung kepada cara memegang dan mengenakan kekuatan yang seimbang pada pergelangan tangan serta kedudukan joran sebelum membuat balingan hingga ke penghabisan.
Buat permulaan, anda digalakkan mengguna kedua-dua belah tangan untuk memegang joran. Teknik ini dapat membuat balingan jauh tetapi ia senang dipengaruhi oleh angin.
Cara aplikasi teknik ini:
Kedudukan joran berada pada 90 darjah atau 120 darjah di belakang kepala untuk balingan maksimum. Ambil perhatian kepada cara memegang joran. Fungsi tangan kiri sebagai brek. Kekili dalam keadaan freespool dan ibu jari menahan tali.
Ketika balingan dibuat, ibu jari dilepaskan namun tekanan ibu jari ke atas tali pada spool tetap dikenakan bagi mengawal kelajuan putaran spool. Kuasa balingan dari pergelangan tangan kanan.
Tangan kiri masih mengawal kedudukan joran agar tidak terlajak ke bawah. Untuk balingan yang cantik dan jauh, momentum balingan tertumpu pada kedudukan joran 45darjah. Perhatikan jua arah gewang.
Hujung joran berhenti pada arah sasaran. Tumpukan fokus pada setiap pergerakan gewang. Hentikan putaran spool sebelum gewang jatuh ke permukaan air. Setiap balingan overhead casting harus diakhiri dengan kedudukan begini.
Jangan lakukan balingan dengan menggunakan paksaan dan gopoh. Bertenang dan lakukan dengan lembut.
Korang Tanya Umpan Jawab – Waktu Bila Siakap Bertukar Jantina??

SOALAN:
Satu perkara yg jadi persoalan dah agak lama… siakap putih boleh tukar jantina dari jantan pada betina tapi dalam masa tertentu siakap jantan akan masuk untuk mengawan.
Dalam tempoh bila siakap akan menukar jantina dan berapa lama? Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina dikawasan tertentu?
JAWAPAN:
Ikan siakap atau barramundi adalah spesies ikan yang cenderung atau berkemampuan merubah jantina (protandrous hermaphrodites).
Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam segmen info spesies (https://www.umpan.com.my/info-spesies-kenali-ikan-siakap/), kesemua ikan siakap dilahirkan sebagai ikan jantan.
Selepas menjalani tempoh kematangan dan beberapa kali mengawan, kebanyakan ikan siakap jantan ini mengalami proses perubahan jantina menjadi ikan betina, bergantung kepada keadaan.
Atau erti kata lainnya, bukan semua ikan siakap akan berubah jantina dan ada siakap dilahirkan sebagai jantan dan mati juga sebagai jantan.
Dan setelah bertukar menjadi betina, siakap tersebut kekal sebagai betina. Hal ini mungkin terjadi bagi mengawal populasi ikan siakap agar tidak terlalu banyak.
Ini kerana seekor induk betina siakap mampu menghasilkan jutaan telur. Dan sebagai ikan pemangsa, sudahlah tentu ia satu yang bahaya jika populasi berlebihan.
Adakah siakap jantan dari kawasan lain masuk untuk mengawan dengan siakap betina di kawasan tertentu adalah sesuatu yang lumrah kerana pada musim monsun atau musim mengawan, siakap jantan akan meronda masuk ke estuari untuk mencari pasangan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Korang Tanya Umpan Jawab -(S7S13)- Lambang Pemancing??

SOALAN:
Boleh tak admin ceritakan asal usul angler flag yang sekarang ini dah macam trend bagi pakaian pemancing?
JAWAPAN:
Bendera pemancing atau anglers flas ini dicipta pada Jun tahun 2011 dan penggunaannya hanyalah di kalangan penggiat forum di gopancingmalaysia.net sahaja.
Tiada sebarang promosi meluas kerana belum punya niat untuk melebarkan penggunaannya ke serata tanah air.
Ia direka dan diperkenalkan pada khalayak pemancing oleh saudara A. Sabre Harun, seorang pereka bentuk, penulis, penggiat sukan memancing dan juga pengasas forum memancing ruangan forum ini.
Dengan galakan dan sokongan dari ramai pihak termasuk pemancing-pemancing yang berpengalaman antaranya seperti saudara Aznir Malek, lambang ini diimpikan untuk dijadikan sebagai satu ikon khusus untuk mewakili semua pemancing di seluruh dunia.
Walaupun impian ini bukanlah satu perkara enteng untuk direalisasikan, cabaran impian ini mula menampakkan sedikit kejayaannya dengan viralnya bendera ini di laman Facebook
pada awal Ogos lalu hasil dari sebaran berita dari rakan-rakan laman web memancing antaranya seperti Pancing.Net, Ikanz dan Fishology.com Setelah berbulan-bulan di
promosikan hanya melalui perjumpaan-perjumpaan, akhirnya kelihatan sedikit sinar dari usaha-usaha ini.
GoPancingMalaysia telah pun mengambil inisiatif mencetak pelekat ‘Anglers Flag’ ini dan mengedarkannya secara percuma ke seluruh Malaysia.
Walaupun bukan dalam jumlah cetakan yang banyak, usaha ini mendapat sambutan yang begitu memeranjatkan! dan hingga kini masih terdapat permintaan untuk mencetak sticker.
PENGENALAN WARNA BENDERA PEMANCING
Hanya dua warna digunakan untuk bendera ini. Warna biru terang yang menjadi latar bendera mewakili warna air, iaitu satu elemen penting dalam sukan memancing
(sebenarnya air tidak mempunyai warna – colorless), namun kita tetap mengenali air itu dengan warna biru. Biru juga melambangkan ketenangan, keyakinan, kebijaksanaan serta kesabaran seorang pemancing.
Warna putih yang melintang daripada bahagian bawah bucu kiri naik ke atas bahagian bucu kanan, mewakili pemancing itu sendiri.
Putih melambangkan pemancing yang berintegriti, kebersihan, kekuatan jiwa dan naluri serta kesihatan fizikal dan mental.
Pada pemancing yang menceburi arena sukan memancing ini secara serius, sifat-sifat ini mencerminkan jati diri yang kuat dan berkesempurnaan dalam setiap tingkah lakunya.
PENGGUNAAN
Bendera ini boleh digunakan di mana sahaja aktiviti memancing ingin dilangsungkan. Bendera yang dikibarkan pada bot, bermaksud bot tersebut adalah bot untuk memancing dan terdapat aktiviti memancing sedang dilakukan di sekitar kawasan tersebut.
Manakala pelekat bendera yang dilekatkan pada kotak pancing, kenderaan dan sebagainya melambangkan ia dimiliki oleh seorang kaki pancing!
Bendera ini belum lagi menerima pengiktirafan dari mana-mana pihak yang berkaitan. Inilah cabaran dan tugas kita sebagai pemancing.
Andalah yang akan mengusahakannya dengan cara masing-masing untuk menjadikan bendera ini sebagai ‘ikon’ kebanggaan kita dan diiktiraf seluruh dunia.
Sebagai pemancing, anda perjuangkanlah dengan cara yang terbaik sebagaimana ‘scuba-divers’ yang cukup bangga dan sinonim dengan bendera merah putih mereka yang sudah terkenal sejak dari tahun 1956 lagi!
ANDA YANG PUNYA!
Kepada anda yang ingin mencetak ikon ini pada baju, stiker dan apa jua barangan, disertakan di sini panduan asas coloration bendera ini.
CMYK – C-90, M-4, Y-0, K-0
RGB – R-0, G-173, B-239
Anda tidak perlu memohon atau meminta kebenaran dari pereka bendera ini atau sesiapa untuk menggunakannya kerana bendera ini sudah ‘dilupuskan’ hak-pemilikan peribadi perekanya. Bendera ini kini sudah menjadi kepunyaan anda semua.
Ayuh, sama-samalah kita memartabatkan sukan memancing Malaysia! Semoga sukan memancing di Malaysia akan diiktiraf oleh Kementerian di Malaysia dengan pemancing berada bersama di bawah satu bendera walaupun kita semua berlainan cita rasa.
Korang Tanya Umpan Jawab – Boleh ke Tekong Ambil Ikan Yang Dia Pancing?

Korang Tanya Umpan Jawab – Boleh ke Tekong Ambil Ikan Yang Dia Pancing?
SOALAN:
Admin mohon sikit penjelasan dan pendapat dari admin. Situasinya di mana tekong dan awak-awak ikut sama memancing dengan pemancing, bila dapat ikan… mereka ambil ikan-ikan tersebut.
Bukannya diberi kepada pemancing yang mengeluarkan duit sewa bot. Tak cukup dengan itu, boleh pulak diorang offer kepada pemancing kalau nak beli ikan-ikan tu. Apa pendapat admin?!
JAWAPAN:
Senario yang anda suarakan ini bukanlah perkara baru malah sudah kerap kali juga menjadi topik perbincangan sehingga kini. Walau bagaimana pun admin akan cuba perjelaskan senario `pakej’ trip memancing yang ditawarkan oleh tekong atau pengusaha bot memancing.
Admin mengandaikan trip yang anda maksudkan ini ialah trip bottom laut dalam. Mungkin sebelum kejadian ini anda belum pernah sertai trip di mana tekong atau awak-awak tidak turut serta memancing. Jika ikut sama memancing pun sekadar main-main dan jika dapat ikan akan diberikan kepada pemancing atau dijadikan lauk .
Namun terdapat juga tekong dan awak-awak ikut sama memancing (lazimnya di bahagian bot) dan ikan yang diperoleh akan menjadi milik mereka. Kekeliruan ini berlaku kerana anda dinyatakan `pakej’ ini oleh tekong kerana mungkin mereka menyangka anda dan ahli trip yang lain sudah sedia maklum tentang perkara ini.
Kekeliruan ini juga tidak akan berlaku sekiranya anda bertanya terlebih dahulu `pakej’ yang ditawarkan olehnya. Oleh yang demikian, ada baiknya anda buat sedikit homework sebelum menyertai mana-mana trip memancing.
Secara peribadi pula admin lebih gemarkan pakej ini kerana secara tidak langsung akan mendorong tekong untuk mencari lubuk yang bagus. Bukan sekadar bawa pemancing ke sesuatu lubuk yang tidak pasti potensinya, kemudian labuhkan bot dan masuk tidur.