Saya menggunakan tali utama (braided dan mono) 30lb dan perambut juga 30lb… adakah ia sesuai atau ada ukuran tertentu yang standard?
JAWAPAN:
Ads
Paduan kekuatan antara tali utama dan perambut sebenarnya turut berkait rapat dengan saiz mata kail, umpan, lapangan atau padang pancing dan saiz ikan buruan.
Contohnya jika kita memancing ikan gelama di pantai atau sepat di paya, sudah tentu perambut 30lb tidak sesuai kerana terlalu besar untuk mengikat mata kail kecil. Namun tali utama 30lb tidak menjadi masalah.
Dalam memancing gelama contohnya, perambut berkekuatan 10lb-15 sudah memadai digandingkan dengan tali utama 30lb.
Ads
Jika ikan sasaran adalah lebih besar seperti pari atau siakap maka perambut 30lb lebih sesuai.
Jika kekuatan seimbang digunakan antara perambut dan tali utama, kebarangkalian putus tali (jika tersangkut) adalah sama di antara kedua-duanya.
Titik paling lemah akan menjadi faktor penentu di mana tali akan putus sama ada pada ikatan, simpulan sambungan serta bahagian calar dan genting.
Ads
Bagi mengelakkan risiko apabila memancing di kawasan yang mudah tersangkut maka biasanya tali utama adalah lebih kasar daripada perambut.
Contoh, memancing di karang dan reba. Jika tali utama adalah 30lb maka anda disaran menggunakan perambut 20lb.
Ini kerana jika tersangkut, perambut akan putus terlebih dulu. Jadi tali utama dan batu ladung masih selamat dan boleh digunakan berulang kali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak admin bagi tutorial ringkas tentang teknik balingan overhead cast? Saya baru belajar casting ni admin.
JAWAPAN:
Teknik overhead casting double handed meruapakan teknik yang paling asas apabila kita baru belajar menggunakan baitcasting reel. Ia tidak banyak menggunakan ruang kawasan kiri dan kanan korang, cuma para atas kepala sahaja.
Keberkesanan teknik ini bergantung kepada cara memegang dan mengenakan kekuatan yang seimbang pada pergelangan tangan serta kedudukan joran sebelum membuat balingan hingga ke penghabisan.
Buat permulaan, anda digalakkan mengguna kedua-dua belah tangan untuk memegang joran. Teknik ini dapat membuat balingan jauh tetapi ia senang dipengaruhi oleh angin.
Cara aplikasi teknik ini:
Kedudukan joran berada pada 90 darjah atau 120 darjah di belakang kepala untuk balingan maksimum. Ambil perhatian kepada cara memegang joran. Fungsi tangan kiri sebagai brek. Kekili dalam keadaan freespool dan ibu jari menahan tali.
Ketika balingan dibuat, ibu jari dilepaskan namun tekanan ibu jari ke atas tali pada spool tetap dikenakan bagi mengawal kelajuan putaran spool. Kuasa balingan dari pergelangan tangan kanan.
Tangan kiri masih mengawal kedudukan joran agar tidak terlajak ke bawah. Untuk balingan yang cantik dan jauh, momentum balingan tertumpu pada kedudukan joran 45darjah. Perhatikan jua arah gewang.
Hujung joran berhenti pada arah sasaran. Tumpukan fokus pada setiap pergerakan gewang. Hentikan putaran spool sebelum gewang jatuh ke permukaan air. Setiap balingan overhead casting harus diakhiri dengan kedudukan begini.
Jangan lakukan balingan dengan menggunakan paksaan dan gopoh. Bertenang dan lakukan dengan lembut.
Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.
Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Saya baru tahu kewujudan sejenis ikan muara yang dinamakan ikan kuku. Boleh tak admin ceritakan serba sedikit tentang ikan ini. Dan yang paling penting sekali tip atau bagaimana cara untuk memancingnya?
JAWAPAN:
Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.
Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara. Untuk penjelasan tentang ikan kuku, anda boleh layari laman web Umpan.
Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika memerhatikan barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.
Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...