SOALAN:

 

Baru-baru ini saya memancing udang galah di Tanjung Karang. Banyak juga hasil yang saya dapat termasuklah seekor jenggo yang hampir-hampir berjaya didaratkan. Malangnya saya hanya berjaya menaikkan sepitnya saja.

Persoalannya, boleh tak sepit udang galah tu tumbuh semula? Saya rasa macam bersalah pula menyebabkan jenggo itu kehilangan salah satu sepitnya untuk mencari makan.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Nasib Udang Galah Yang Lucut Selepas Patah Sepit?

 

Ads

JAWAPAN:

 

Terima kasih kerana menyuarakan soalan yang jarang diajukan oleh kebanyakan pemancing. Malangnya saya tidak mempunyai fakta yang kukuh untuk menjelaskan perkara ini. Ini kerana sepanjang pengalaman memancing udang galah, saya pernah juga memperoleh udang galah yang kekurangan salah satu sepit.

 

Ads

Saya tidak pasti sepitnya itu tercabut ketika proses mendaratkannya atau sudah lama tertanggal sebab yang lain. Dan pada bahagian sepit yang tercabut itu tidak pula kelihatan adanya pertumbuhan sepit yang baru.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Nasib Udang Galah Yang Lucut Selepas Patah Sepit?

 

Ads

Namun saya juga mempunyai pengalaman melihat sendiri proses pertumbuhan sepit baru pada udang galah yang dibela di dalam akuarium.

 

Saya pernah membela dua ekor udang galah yang diperoleh dari kolam memancing. Akibat `pergaduhan’, salah seekor daripada udang galah itu kehilangan salah satu sepit birunya. Setelah beberapa hari saya mendapati ada organ seperti tunas yang tumbuh pada bahagian sepit yang tertanggal. Dalam tempoh yang agak singkat tunas itu tumbuh menjadi sepit yang sempurna.

 

Soal Jawab Mancing – Apa Nasib Udang Galah Yang Lucut Selepas Patah Sepit?

 

Berdasarkan kejadian itu saya percaya udang galah di habitat asalnya juga boleh dapat kembali sepitnya yang telah anda cacatkan. Oleh yang demikian anda tidaklah perlu rasa bersalah sebaliknya cubalah untuk memperbaiki gaya pancingan anda agar tidak terlepas jenggo lagi.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI