Saya dapati kebanyakan orang jigging dan bottom ikan jenahak. Boleh tak ikan jenahak ni dipancing dengan kaedah casting atau mengilat menggunakan gewang?
JAWAPAN:
Tentu sahaja boleh! Sebagaimana ikan siakap, siakap merah dan kerapu, ikan jenahak juga boleh dipancing dengan kaedah casting menggunakan gewang.
Ads
Bagaimanapun, teknik ia hanya sesuai di kawasan air cetek (kedalaman kurang kira-kira 14 meter) dengan kadar penglihatan dalam air yang baik.
Antara kawasan air cetek yang sesuai untuk aktiviti mengilat adalah muara sungai, tepian pulau berbatu, reba dan kawasan tukun persisiran pantai cetek.
Ads
Pada hemat penulis, mengilat ikan jenis gred A lebih berjaya di kawasan yang jarang dikunjungi pemancing.
Gewang untuk kegunaan mengilat perlu diselaraskan mengikut kedalaman air kawasan sekitar.
Jenahak disifatkan ikan demersal atau pemangsa dasar. Jadi, gewang perlu berenang jauh ke dasar bagi menarik minat jenahak untuk menyambarnya.
Ads
Kini pemancing lebih menjurus menggunakan kepingan besi (jig) kerana keupayaannya meneroka di kawasan air yang lebih dalam.
Jenahak yang besar gemar mendiami atau bersembunyi kawasan air dalam. Jig berbanding gewang ia dapat memberi persembahan yang lebih unik.
Keunikan jig ialah ia boleh digunakan sama ada siang dan malam tidak kira air besar, air mati, arus perlahan, arus laju semua tidak memberi masalah kepada penggemar jig. Namun jenis dan saiz jig mestilah bersesuaian.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Boleh tak kalau kita guna jig (metal jig) untuk casting sebarau? Ada kemungkinan tak sebarau akan makan jig?
JAWAPAN:
Benda boleh jigging kenapa nak kumpau? Ya… boleh dan sememangnya boleh untuk menggunakan metal jig sebagai gewang untuk casting sebarau.
Dan cara ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan oleh ramai pemancing beberapa tahun ke belakang.
Dalam pencarian sebarau di tasik atau sungai sekali pun, jangan sesekali terlupa membawa jig bersaiz kecil (mikro jig) bersaiz 10-20gram dalam kotak gewang anda.
Bagi mata kail pula anda boleh gunakan assist hook dan juga single hook. Penggunaan assist hook berserta bulu berwarna turut membantu.
Menggunakan jig sebenarnya jauh lebih berkesan berbanding spoon sekiranya ada boiling kerana ia mampu dilontar lebih jauh dan pantas daripada spoon.
Malah ada pemancing yang berjaya mendaratkan dua ekor sebarau sekali gus hasil menggunakan jig ini di Tasik Kenyir.
Selain dari menggunakan mikro jig ketika boiling, ia juga boleh dimainkan dengan kaedah light jigging sebagaimana dipraktikkan di laut.
Ia boleh dilontar dan dikayuh laju sebagaimana teknik cast jig. Bahkan, anda juga boleh gunakan mikro jig ini mengunjun sebarau di kawasan sarangnya seperti batang kayu balak dan sebagainya.
Apabila membeli gewang, kebanyakannya sudah tersedia mata tiga. Soalan saya, bolehkah saya menukar mata tiga tersebut dengan mata tiga atau mata tunggal yang lain?
JAWAPAN:
Secara mudah, untuk mengelakkan dari pelbagai kemusykilan, hampir keseluruhan gewang atau umpan tiruan yang terjual di pasaran sudah siap 100% untuk digunakan.
Ia umpama membeli kereta juga. Kereta tersebut sudah boleh dipandu. Namun jika kita ingin menukar tayar atau sport rim, ia terpulang kepada kita tanpa sebarang persoalan.
Begitu juga kalau kita ingin menukar mata tiga pada gewang tersebut dengan mata tiga atau mata tunggal lain. Ia tentu saja boleh dilakukan kerana ia bukanlah satu kesalahan.
Cuma, sebaiknya kita nilaikan dulu kualiti mata tiga asal gewang itu. Ini kerana kebanyakan gewang ternama (gewang-gewang mahal) lazimnya sudah tersedia mata tiga yang berkualiti.
Berkualiti ini bermaksud bukan saja ia cukup kuat tetapi juga stabil dari segi berat bagi membolehkan gewang tersebut beraksi dengan sempurna.
Kesimpulannya, jika ingin menukar mata gewang asal, pastikan ia diganti dengan mata tiga yang lebih baik dan tidak mengganggu aksi gewang.
Dari segi penukaran mata tiga asal kepada mata tunggal pula, ia sebenarnya lebih merujuk kepada lokasi di mana gewang tersebut bakal beraksi.
Sekiranya terdapat banyak rintangan seperti reba atau objek lain yang mudah sangkut, maka penggunaan mata tunggal lebih efisien.
Saya bersetuju dengan anda bahawa hampir majoriti pemancing menggunakan overhead reel bila mengaplikasikan teknik slow pitch jigging. Berbanding spinning reel, kegunaan overhead reel ini lebih praktikal dalam banyak aspek. Dan atas sebab yang sama juga kenapa lebih ramai pemancing menggunakan spinning reel berbanding baitcaster atau overhead reel.
Jadi, jawapan kepada soalan anda ialah boleh. Anda boleh menggunakan baitcaster atau overhead reel untuk teknik light jigging. Sebenarnya bukan sedikit pemancing menggunakan overhead reel untuk light jigging. Secara peribadi, saya juga menggunakannya.
Sebaliknya pula saya merasakan overhead reel ini lebih menyeronokan berbanding spinning reel. Pertama, overhead reel lebih sensitif yang membolehkan sebarang ragutan ikan dapat dirasai walaupun ketika jig sedang turun ke dasar.
Malah untuk mencari overhead reel yang memiliki gear ratio tinggi lebih mudah berbanding spinning reel. Kebanyakan pemancing lebih senang menggunakan spinning reel mungkin disebabkan beberapa perkara.
Pertamanya, dengan menggunakan spinning reel lebih mudah untuk memainkan aksi jerking atau twitching ketika melakukan karauan pantas. Keduanya, spinning reel lebih mudah untuk melakukan cast pada sudut-sudut yang sukar.
Ketiga, penyeliaan selepas memancing menggunakan spinning reel lebih mudah berbanding overhead reel. Dan dari aspek ekonomi pula, spinning reel ini boleh digunakan untuk teknik pancingan lain sama ada di perairan air masin atau pun air tawar.
Jadi, jika sudah ada kekili yang boleh dipelbagaikan kegunaannya, kenapa perlu beli overhead reel yang agak terbatas kegunaannya.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...