Soal Jawab Mancing – Penting Guna Shock Leader Untuk Teknik Casting??

Share

 

‘Shock leader’ ataupun bahasa mudahnya perambut kejutan atau perambut serap tekanan merupakan penyambung tali sulam dengan tali perambut yang biasa diperbuat daripada bahan fluorocarbon. Penggunaan ‘shock leader’ ini semakin meluas digunakan bagi kaki pancing yang menggemari teknik casting, jigging atau trolling.

 

Fungsi utamanya ialah ia menjadi alat untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan apabila ikan menyambar umpan. Selain itu, ia juga bertindak sebagai alat untuk mengurangkan tekanan geseran pada struktur dan pada masa yang sama ia juga mampu untuk mencangkukkan mata kail dengan lebih kemas pada mulut ikan.

 

Kelebihan inilah menjadikan ‘shock leader’ ini sering digunakan kaki pancing masa kini, terutamanya bagi mereka yang menggunakan tali sulam kerana tali sulam tidak mempunyai kuasa regangan untuk menampung henjutan kuat secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai absorber.

 

 

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

IKLAN