Pada asasnya swivel atau kili (cili) adalah peralatan atau perkasasan terminal yang merupakan kelengkapan penting dalam disiplin memancing.
Ia merupakan alat yang diperbuat daripada logam yang mampu berputar bebas dengan tujuan mengelakkan tali pancing terutamanya tali sulam dari berpintal (twist) ketika memancing.
Penggunaan swivel ketika memancing sangat kritikal. Pemancing akan menggunakan swivel untuk mewujudkan titik antara tali utama dan alatan terminal bagi mengelakkan
pergerakan berpusing (twist) alatan tersebut seterusnya membuatkannya kusut dengan tali utama.
Ads
Selain itu, swivel juga berfungsi sebagai penyambung kepada beberapa bahagian seperti perambut dengan tali utama atau batu ladung.
Contohnya apabila kita menarik umpan atau gewang, rintangan daripada arus yang laju akan menyebabkan geseran sekaligus menyebabkan umpan atau gewang akan berputar.
Ads
Dalam kejadian ia akan menyebabkan tali pancing yang digunakan (tanpa penggunaan swivel) akan turut sama berputar.
Terutamanya jika menggunakan tali sulam tanpa perambut kejutan yang panjang.
Ads
Selain bertujuan untuk mengelakkan putaran atau pintalan, swivel turut berfungsi sebagai penyambung alatan memancing.
Contohnya tali utama dengan perambut atau perambutan dengan jig dan sebagainya lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Fishing reel atau kekili memancing merupakan salah satu daripada keperluan utama untuk memancing. Harga kekili sekarang ini juga semakin mahal.
Jadi, ia memerlukan penjagaan yang sempurna untuk memanjangkan jangka hayatnya. Berikutan merupakan beberapa panduan asas menjaga kekili.
Jauhi pasir
JANGAN sesekali letakkan kekili anda di atas tanah terutamanya tanah berpasir kerana pasir-pasir akan memasuki sistem kekili dan merosakkannya terutamanya bearing atau alas bebola.
Sekiranya kekili terjatuh ke atas pasir, sebaiknya jangan terus digunakan. Siram segera dengan air. Jika kayuhan terasa lancar, bolehlah digunakan seperti biasa.
Sesuai kegunaan
Sebaiknya gunalah kekili yang sepadan dengan padang pancing atau lokasi. Sekiranya memancing di laut, gunalah kekili yang dikhususkan untuk kegunaan air masin. Kekili untuk kegunaan air masin lazimnya dilabelkan dengan SW (saltwater).
Jemur panas
JANGAN biarkan kekili anda berjemur terlalu lama di bawah cahaya terik matahari kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian kekili yang diperbuat daripada bahan plastik.
Terutamanya kekili-kekili model klasik yang kebanyakan material pembuatannya daripada plastik.
Cuci
Selepas memancing di laut atau kolam air masin, bilas segera kekili anda dengan pancutan air tawar bagi mengelak pembentukkan garam terutamanya pada gelendung atau spool melalui tali pancing (tali sulam). Jika rajin, selepas keluarkan tali dari spool.
Saiz sepadan
Sebaiknya juga gunakanlah kekili yang sepadan dengan spesies ikan yang dipancing. Kena ikan ikan besar waktu menggunakan kekili siri kecil memang seronok tapi ia terdedah kepada kerosakan kepada sistem kekili walaupun ikan berjaya didaratkan.
Hantar servis
Sekiranya kurang mahir untuk menyelengara kekili, sebaiknya carilah pusat servis kekili untuk melakukannya. Ia lebih baik daripada anda melakukannya sendiri terutamanya jika anda memang tidak berkemahiran dari aspek teknikal.
Minyakkan bearing
Sentiasa bersihkan dan minyakkan objek berputar di dalam sistem kekili kekili seperti gear dan bearing. Jika merasakan kayuhan atau putaran tidak lancar, periksalah bahagian-bahagian ini.
Saya ada beberapa soalan mohonkan jawapan. Pertama, berapakah panjang joran yang sesuai untuk teknik casting? Kedua, adakah kekili multiplier casting sesuai untuk jigging? Ketiga, berapa kekuatan yang sesuai untuk acara jigging? Empat, bagaimana hendak membezakan gewang selaman dalam dan cetek?
JAWAPAN:
Pertama, teknik casting boleh dipadankan dengan joran yang panjangnya 2 hingga 2.5 meter. Ini bergantung kepada lokasi dan jarak yang diperlukan untuk melontar gewang ke sasaran. Selain itu, joran casting mesti ringan dan mempunyai rintangan yang baik.
Kedua, kekili multiplier lazimnya dicirikan sebagai kekili untuk trolling dan bottom fishing. Sementara kekili untuk casting dilabel sebagai baitcasting. Sekiranya anda maksudkan baitcasting untuk digunakan dalam teknik jigging, jawapannya boleh.
Namun ia lebih sesuai untuk light jigging dan pastikan baitcasting tersebut sesuai untuk kegunaan air masin.
Ketiga, bergantug kepada jenis jigging juga kerana terdapat beberapa kategori jigging dari micro jigging hinggalah heavy jigging. Oleh yang demikian kekuatan tali juga berbeza-beza. Oleh yang demikian kekuatan tali yang perlu digunakan dari 10lb hinggalah 100lb.
Keempat, jenis selaman gewang bergantung kepada reka bentuk lidah gewang. Jika lidah gewang besar dan menirus 30 darjah ke bawah bermakna ia adalah selaman dalam. Bagi selaman cetek, saiz lidah adalah kecil dan menegak ke bawah sehingga 80 darjah. Kadangkala ia berbentuk L kecil.
Terdapat juga gewang yang memiliki spesifikasi biasa tertera pada kotak pembungkus. Deep runner membawa maksud selaman dalam, floating pula menunjukkan gewang terbabit adalah aksi permukaan dan manakala shallow pula membawa maksud selaman cetek.
Trolling skirt atau skirt tundaan merupakan umpan tiruan atau gewang utama untuk memikat ikan berparuh yang diguna pakai oleh pemancing di seluruh dunia. Berikut merupakan gewang terbaik untuk menunda ikan berparuh serta pelbagai spesies tuna.
Pakula Lumo Sprocket
Pakula Sprocket adalah legenda. Daya tarik yang panjang, terutama dalam warna Lumo, telah menyumbang banyak tangkapan dan ikan terbesar dalam pertandingan. Aksi renangnya yang hebat bekerja di semua kondisi dengan kelajuan trolling tanpa had. Jangan meninggalkan rumah tanpa Sprocket Lumo!
Moldcraft Wide Range
Gewang yang luar biasa mendaratkan marlin 1,742 lb serta rekod dunia class line 80 lb, marlin biru 1,189 lb. Standard Range Wide Range memiliki beberapa catatan rekod mendaratkan tuna. Wide Range bertanggung jawab untuk memecahkan rekod blue marlin di Venezuela, Puerto Rico dan Afrika. Di Hawaii, itu adalah salah satu kegemaran pemancing. Profil kepala yang lebih besar dan daya pikat yang lebih stabil pada kecepatan tinggi dan air yang bergelombang.
Mold Craft Super Chugger
Skirt pemikat ini telah menghasilkan Blue Marlin IGFA World Record 1,402lbs. Ditangkap oleh Paulo Roberto Amorin dari Brasil pada 29 Februari 1992. Catatan ini belum dipecahkan. Super Chugger Lure memiliki kepala cengkung yang dalam dan tubuh meruncing yang lebih panjang, lebih berat, dan terbalik daripada Tsunami Chugger asli. Penambahbaikan ini membuat ia berjalan dengan baik dalam kondisi air yang tenang dan kasar. Ia dapat dikendalikan antara 6 dan 14 knot.
Tournament Tackle Ilander Lure
Salah satu gewang skirt trolling terbaik yang pernah dihasilkan. Ilander memiliki penampilan dan gerakan alami yang menarik semua spesies ikan buruan. Pembinaan hollow head yang unik membolehkan anda menyambungnya dengan terminal tackle lebih sempurna untuk peratus strike yang lebih tinggi.
Copa Fishing Lures Tado
Steve Coggin adalah master rekaan dan pemancing handalan. Ia menghasilkan gewang buatan tangannya sendiri. Setiap umpan dihasilkan dengan sempurna dan diposisikan dengan penuh hati-hati untuk memberikan refleksi maksimum dan membuatnya tak tertahankan untuk marlin, mahi-mahi dan tuna di seluruh dunia.
Joe Yee Super Plunger
Joe Yee Super Plunger adalah gewang hebat yang telah menangkap lebih banyak Marlin. Banyak marlin yang berjaya ditumpaskan olehnya dalam sejarah sukan memancing.
Marlin Magic Ruckus
Marlin Magic Grander Ruckus, versi yang lebih besar dari Ruckus yang terkenal. Daya pikat ini bekerja sangat baik ketika berlari di sudut pendek, sudut panjang, dan posisi rigger panjang. Panjangnya sekitar 15 inci, paling ngam dengan mata kail 12/0.
Black Bart 1656
Black Bart 1656 hadir dengan dukungan kuat dari legenda Bart Miller, “Jika aku hanya boleh menggunakan satu umpan untuk sisa hidupku, inilah dia!”
Bob Schneider Yap
Bob Schneider Yap adalah hasil perintis gewang terkemuka sejak lebih 40 tahun yang lalu. Sehingga ini gewang rekaannya terus berjaya memikat ribuan ikan berparuh di serata dunia.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...