Selamat petang admin… Bolehkah Majalah Umpan terangkan teknik mancing dari atas kapal yang tingginya 6meter. Dan joran apa yang sesuai untuk digunakan. Dan bagaimana untuk membawa ikan naik ke kapal dengan selamat. Terima kasih admin.
JAWAPAN:
Ads
Soalan ini mengingatkan saya pengalaman memancing di One Phantom Bank di mana ketinggiannya melebihi 6meter. Oleh yang demikian teknik pancingan hampir sama saja dengan memancing di atas kapal yang tingginya 6meter.
Joran yang sesuai digunakan sebaiknya joran panjang melebihi 8kaki dengan aksi berat. Joran yang panjang member kelebihan apabila ikan yang dipancing bertindak berenang ke bawah kapal. Joran panjang mampu mengekang larian ikan berbanding joran yang lebih pendek.
Ads
Namun, penggunaan joran panjang perlulah juga disepadankan dengan pemilihan tali pancing yang betul. Sebaiknya gunalah tali tangsi atau mono berbanding tali sulam atau braided. Tali mono lebih tahan geseran berbanding tali sulam.
Perkara ini penting kerana kita perlu mengambil kira keadaan badan kapal di alam air yang lazimnya dipenuhi teritip tajam. Apabila ikan berenang ke bawah kapal dan dengan mudah tali sulam air putus apabila bergesel dengan badan kapal. Sebaliknya tali mono lebih tahan. Dan perlu juga guna tali mono berkuatan sekurang-kurangnya 30lb.
Ads
Settting peralatan begini juga membolehkan ikan yang dipancing dinaikkan ke kapal dengan selamat. Tetapi jika ikan yang diperoleh bersaiz besar, anda perlulah menggunakan alatan tambahan.
Biasanya saya menggunakan tali yang diikatkan mata tiga bersaiz besar yang berfungsi sebagai penyangkok. Ikan tersebut perlulah dilayan sehingga letih, kemudian barulah diturunkan tali bermata kail itu untuk menyangkoknya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya ingin tahu tali utama kasar ke halus yang memainkan peranan untuk dapatkan ikan? Apakah warna tali memainkan peranan? Contohnya kalau memancing di sungai elok pakai tali warna hijau dan warna biru kalau mancing di laut?
JAWAPAN:
Di dalam memancing setiap alatan memainkan peranan tersendiri. Bagi soalan pertama saudara, tali utama pada gelendong kekili saudara adalah untuk membolehkan saudara menarik ikan dengan senang dan kuat.
Ini disebabkan ia adalah penyambung antara perambut, kekili serta gelendong kekili oleh demikian ia haruslah kasar dan kuat, walau bagaimana pun tali pada perambut juga penting sekali untuk menawan ikan. Ia harus kuat serta halus dengan ciri seperti ia tahan calar, kurang nampak atau bersinar semasa dalam air.
Bagi soalan kedua iaitu warna pada tali, warna akan hilang di bawah air selaras dengan spektrum cahaya. Warna merah akan hilang, kemudian oren, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Sebagai hijau di tengah-tengah spektrum yang anda boleh mengharapkan garisan kehilangan warna di mana-mana antara 5 dan 10 meter di bawah air (ujian scuba).
Walau bagaimana pun sekiranya anda menggunakan tali sulam untuk casting maka saya syorkan anda menggunakan tali tangsi atau tali dari jenis fluorocarbon sebagai tali perambut sekurang-kurangnya 1 meter.
Disebabkan kandungan protein yang sangat tinggi, sesetengah orang tidak menikmati kelazatan ikan aya atau tongkol kerana menyebabkan kegatalan. Terutamanya yang memiliki kulit sensitif. Namun khasiat yang tersembunyi di dalam ikan aya sangatlah banyak.
Membantu Menurunkan Berat Badan
Khasiat utama ikan aya adalah membantu menurunkan berat badan. Ikan aya mengandungi kalori dengan nilai rendah, namun tetap kaya protein. Selain itu, terdapat kandungan asid lemak omega-3 di dalamnya. Nutrisi ini membolehkan badan menghasilkan leptin yang membantu anda untuk menahan keinginan makan berlebihan.
Mencegah Keradangan
Khasiat ikan aya yang kedua dapat mencegah keradangan. Ikan aya memiliki kandungan kolesterol yang baik beserta zat anti peradangan, sehingga membuat tubuh menjadi tidak mudah terserang stres fizik dan mental. Dengan pengambilan ikan aya, tubuh tidak mudah jatuh sakit dan juga dapat mendukung semua sistem tubuh agar berjalan dengan baik.
Mencegah Hipertensi
Khasiat ikan aya yang ketiga dapat mencegah hipertensi. Ikan aya mengandung kadar asid lemak omega-3 yang bermanfaat untuk mencegah kenaikan tekanan darah dan juga dapat menurunkan risiko hipertensi. Ikan aya juga memiliki kandungan potassium serta vasodilator yang efektif dalam membantu menurunkan tekanan darah.
Jika tekanan darah dapat dikawal maka ia akan mendukung sistem kardiovaskular agar menjadi lebih sihat pula. Tubuh terhindar dari serangan jantung, stroke, serta pengerasan pembuluh darah.
Memperkuat Imuniti Tubuh
Manfaat ikan aya yang keempat, dapat memperkuat sistem imuniti tubuh. Selain memiliki banyak kandungan omega-3 yang terkenal, ikan aya juga diketahui memiliki banyak kandungan vitamin A dan vitamin B12. Bersama dengan protein, kedua vitamin ini akan memberikan manfaat besar bagi tubuh berupa sistem imun yang kuat. Perkara ini sangat diperlukan oleh tubuh agar anda tidak mudah terserang penyakit maupun infeksi.
Mencegah Penyakit Jantung
Manfaat ikan aya yang kelima, ia juga berguna untuk mencegah penyakit jantung. Ikan aya memiliki kadar asidlemak omega-3 yang dapat mencegah terjadinya penyakit jantung koroner. Kandungan kadar asid lemak omega-3 yang sangat tinggi pada ikan aya ini juga dapat bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol dalam pembuluh darah arteri. Pengambilan ikan aya pun dapat mencegah terjadinya penumpukan plak yang menyebabkan datangnya pelbagai penyakit kronik.
Memperbaiki Sistem Peredaran Darah
Manfaat ikan aya yang keenam, dapat memperbaiki sirkulasi darah. Manfaat yang paling terkenal dari ikan satu ini adalah manfaatnya untuk organ jantung dan pembuluh darah. Kandungan zat besi dan vitamin B yang tinggi pada ikan aya juga membuat proses pembentukan sel darah merah tetap stabil. Kondisi ini akan membuat tubuh terhindar dari penyakit anemia.
Ikan bayan amat sinonim di pantai timur di negara kita merupakan ikan yang mendiami kawasan batu karang serta pesisiran pantai yang berbatu. Habitat ikan ini merangkumi seluruh perairan Asia Pasifik. Ikan ini sangat terkenal dengan daya juang di kalangan kaki pancing walaupun bersaiz kecil telah menjadikannya sebagai sasaran kaki pancing.
Ikan ini yang mempunyai isi putih serta lembut amat lazat jika dijadikan hidangan terutamanya masakan steam.
Umpan: Ketam nipah ialah umpan paling popular untuk menjerat bayan ini. Selain itu, umpan seperti siput, kerang-kerangan, udang dan sotong juga boleh digunakan.
Pancingan : Selain pancingan dasar, bayan juga diburu dengan teknik jigging.
MERAH
Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama umum: Red Snapper
Nama tempatan: Merah pucat, Merah
Dikenali juga sebagai merah pucat. Ikan ini merupakan ikan yang paling banyak dicari oleh pemancing. Selain itu, saiz ikan ini yang kadang kala mencecah lebih 5kg mampu memberi daya juang yang mengasyikkan.
Permintaan yang tinggi terhadap ikan merah di pasaran membuatkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini bergerak dalam kumpulan besar dan amat sensitif iaitu tidak lagi menjamah umpan yang dihulurkan, jika ada perambut putus ketika karauan sedang dilakukan.
Umpan: Umpan ikan merah amat mudah, isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, udang mati dan apa saja pasti akan dihentam ikan merah jika umpan dilabuhkan di kawasan yang didiaminya.
Pancingan : Dasar / jigging
MERAH SUMAN
Nama Saintifik : Pinjalo pinjalo
Nama umum : Japanese red
Nama tempatan : Merah suman
Merah suman tergolong dari keluarga ikan merah, apa yang membezakannya ialah rupa bentuk kepalanya yang lebih bulat berbanding ikan merah. Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Ikan ini dianggap lebih sedap berbanding ikan merah.
Umpan: Sama seperti umpan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Pancingan : Dasar / jigging
JENAHAK
Nama saintifik: Lutjanus johnii
Nama umum: John’s Snapper, golden snapper
Nama tempatan: Jenahak, Jenak, Unga
Dikenali sebagai bantal emas di kalangan pemancing. Jenahak merupakan ikan yang sangat popular di negara ini, termasuklah di kolam-kolam air masin. Ikan ini terdapat di semua perairan Asia Pasifik. Seperti ikan kakap merah, ikan jenahak juga mendiami kawasan berhampiran muara semasa kecil.
Apabila dewasa, ikan ini akan mendiami lubang atau struktur karang yang berlumpur. Di Malaysia ikan ini banyak taburannya di kawasan perairan selat Melaka.
Umpan: Sotong, sotong kurita, udang lipan dan kembung/selar hidup merupakan umpan popular untuk menjerat ikan jenahak ini. Hirisan isi ikan dan sotong juga boleh digunakan.
Pancingan : Dasar / jigging / casting
SIAKAP MERAH
Nama Saintifik : Lutjanus argentimaculatus
Nama umum : Mangrove jack
Nama tempatan : Kakap merah, tambong
Ikan kakap merah atau lebih dikenali sebagai MJ (Mangrove jack) di kalangan para pemancing. Ikan Kakap merah bersaiz juvenil kebiasaannya akan tinggal di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan.
Kemudian apabila telah matang, ikan ini akan berhijrah kelautan lepas. Waktu malam merupakan masa sesuai untuk memancing ikan ini kerana ikan ini amat aktif pada waktu malam untuk mencari makanan.
Umpan: Umpan sotong dan kembung hidup amat popular untuk menjerat ikan ini. Walaupun begitu, hirisan isi ikan dan umpan ikan hidup juga dikatakan efektif untuk dijadikan umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...