Korang Tanya Umpan Jawab (KTUJ-S5S2) – Fungsi cermin mata polarized?

Share

 

Soalan:

Sering kali saya melihat kaki pancing memakai cermin mata jenis polarized ketika memancing. Apakah fungsi cermin mata ini atau sekadar untuk bergaya?

 

Jawapan:

Cermin mata jenis polarized sebenarnya merupakan aksesori memancing yang sangat berguna kepada pemancing.

Jika sekadar bergaya sekali pun ia tetap penting kerana bergaya ketika memancing itu satu motivasi. Gaya itu meningkatkan keyakinan. Biar nampak bergaya walaupun pun kumpau.

 

Sebenarnya cermin mata polarized membantu kepada kaki pancing terutama kaki casting. Khususnya ketika memancing pada waktu panas terik.

Fungsi utama cermin mata polarized ialah penghalang kepada pancaran terus sinar UV.

 

Selain itu, pemakaian cermin mata polarized dapat mengelakkan mata anda keletihan akibat cuaca panas selain membantu anda menentukan dengan lebih tepat kedudukan ikan ‘boiling’ pada permukaan air.

 

Malah, aspek keselamatan juga memainkan peranan dalam pemakaian cermin mata hitam polarized.

Lebih-lebih lagi apabila memancing dengan menggunakan gewang atau jig.

Setidak-tidaknya cermin mata polarized ini menjadi perisai kepada mata terhadap mata kail.

IKLAN