Sering kali saya melihat kaki pancing memakai cermin mata jenis polarized ketika memancing. Apakah fungsi cermin mata ini atau sekadar untuk bergaya?
Jawapan:
Cermin mata jenis polarized sebenarnya merupakan aksesori memancing yang sangat berguna kepada pemancing.
Ads
Jika sekadar bergaya sekali pun ia tetap penting kerana bergaya ketika memancing itu satu motivasi. Gaya itu meningkatkan keyakinan. Biar nampak bergaya walaupun pun kumpau.
Sebenarnya cermin mata polarized membantu kepada kaki pancing terutama kaki casting. Khususnya ketika memancing pada waktu panas terik.
Ads
Fungsi utama cermin mata polarized ialah penghalang kepada pancaran terus sinar UV.
Selain itu, pemakaian cermin mata polarized dapat mengelakkan mata anda keletihan akibat cuaca panas selain membantu anda menentukan dengan lebih tepat kedudukan ikan ‘boiling’ pada permukaan air.
Ads
Malah, aspek keselamatan juga memainkan peranan dalam pemakaian cermin mata hitam polarized.
Lebih-lebih lagi apabila memancing dengan menggunakan gewang atau jig.
Setidak-tidaknya cermin mata polarized ini menjadi perisai kepada mata terhadap mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sebenarnya tidak banyak perbezaan teknik memancing pada siang hari dan malam hari. Terutamanya jika anda memancing dengan teknik pancingan dasar. Sebagai contoh, jika anda memancing ikan kelah pada siang hari dengan teknik dasar, teknik yang sama boleh dipraktikkan pada malam hari.
Apa yang perlu diubah mungkin dari segi pemilihan umpan dan juga lubuk. Pada malam hari ikan kebanyakannya keluar dari tengah lubuk dan meronda ke bahagian kepala dan ekor lubuk. Oleh yang demikian, anda haruslah melabuhkan umpan di bahagian luar lubuk.
Pada malam hari juga penglihatan ikan tidak sebaik pada siang hari. Namun mereka masih mempunyai deria lain untuk mengesan makanan seperti bau dan getaran. Jadi, anda perlulah menggunakan umpan yang lebih berbau dan tidak statik pada malam hari. Umpan berbau seperti umpan tapa dan anak ikan merupakan pilihan umpan yang lebih realistik.
Sekiranya anda lebih menggemari teknik pancingan mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan, maka teknik ini agak kurang berkesan pada hari. Ini kerana kebanyakan ikan pemangsa memburu dengan deria penglihatan. Dan kebanyakan ikan pemangsa ini agak kurang aktif pada malam hari.
Jika anda masih ingin memburunya, bolehlah cuba memancingnya dengan teknik dasar menggunakan umpan hidup.
Salam admin… saya masih baru lagi dalam hobi memancing. Jadi, saya nak tau bagaimana hendak memastikan kekuatan aksi pada setiap joran? Senang sikit nak beli rod.
JAWAPAN:
Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.
Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Boleh tak admin bagi sedikit panduan untuk melayan pecutan ikan tenggiri dari segi setting drag dan lain-lain? Saya sampai sekarang masih gagal untuk mendaratkan ikan tenggiri.
JAWAPAN:
Di sini saya akan menjelaskan apa yang perlu dilakukan sejurus umpan dimakan tenggiri. Bila saja umpan dibawa lari, berikan masa beberapa saat supaya confirm umpan masuk mulut barulah buat hook up. Bila dah kena biarkan ia lari dengan kekalkan drag 5lb sehingga ia berhenti tapi perlu sentiasa tegangkan mainline. Jangan paksa ia berhenti.
Bila berhenti, cepat-cepatlah karau sehingga ia berhenti untuk berpusing dan lari keluar semula. Ia akan berulang sebanyak 3 kali lepas tu ia akan menyerah. Sekiranya kita menggunakan paksaan semasa menahannya lari keluar atau karau ia pasti akan terus lari menuju ke halangan (unjam atau sebagainya).
Ketika mengarau tali menghela ia datang, amatlah penting memiliki kekili kadar kayuhan tinggi agar tidak memberi ruang kepada tenggiri untuk memutuskan mainline yang kendur.
Kelainan pada tenggiri pada peringkat permulaan sahaja dimana bila saja umpan dimakan hook up terus dilakukan dengan kuat kerana tenggiri merupakan spesies bergigi tajam dan akan meludah kembali umpan sekiranya ia terasa benda asing pada umpan. Jadi hook up dibuat dengan seberapa segera jika tak mahu berputih mata.
Ikan sebegini kita kena belai barulah ia mudah menyerah. Kalau dipaksa tenggiri boleh memutuskan steel wire 100lb dengan mudah tetapi kalau dibelai ia boleh dinaikkan menggunakan steel wire 20lb.
Bagi kebanyakan pemburu tenggiri terutamanya di Sedili, mereka menggunakan setting mainline 20lb, perambut 20lb, steel wire 20 lb dan mata kail no. 2/0 sahaja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...