
Jika dikaji balik, sebenarnya pada peringkat awal penggunaan tali sulam adalah untuk pancingan laut dalam.
Sebelum penggunaan tali sulam untuk pancingan laut dalam secara meluas sememangnya pemancing pada waktu itu menggunakan tali tangsi atau nylon.
Namun disebabkan profil tali sulam yang lebih halus diameter dan berkekuatan dua kali ganda berbanding tali tangsi, maka tali sulam lebih relevan untuk dimuatkan dengan kapisiti yang lebih banyak di dalam spool kekili.
Jika dikatakan kurang sesuai untuk digunakan berbanding tali tangsi, mungkin bukan di laut. Sebaliknya di sungai atau kolam pancing air tawar.
Namun tidak bermakna tali sulam tidak boleh digunakan, cuma paras keberkesanan saja yang lebih rendah berbanding tali sulam.
Terutamanya jika untuk memancing ikan yang begitu sensitif terhadap bunyi. Tidak dinafikan untuk memancing kelah atau apa-apa spesies ikan sungai pergunungan, penggunaan tali tangsi adalah lebih baik berbanding tali sulam.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Korang Tanya Umpan Jawab – Perlu Ke Sambung Perambut Dawai Untuk Casting Tenggiri?!!

SOALAN:
Saya masih keliru sama ada nak guna perambut dawai atau tidak jika casting tenggiri dan spesies bergigi tajam lain jika menggunakan gewang pintail?
Saya pernah dengar orang kata kalau pakai perambut dawai ni tenggiri boleh nampak dan tak akan sambar pintail tu. Tapi kalau tak pakai perambut dawai, takut pulak pintail tu lebuh kena cukai. Apa pendapat admin?
JAWAPAN:
Memang tidak dinafikan penggunaan perambut dawai atau kabel adalah satu KEMESTIAN jika ingin memburu spesies bergigi tajam seperti tenggiri, alu-alu, toman atau pacu.
Faktor utama kenapa perambut dawai ini digunakan kerana bimbang pemangsa-pemangsa bergigi tajam ini akan menelan umpan atau gewang hingga boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut dawai adalah kemestian terutamanya bagi pancingan menggunakan umpan alami ataupun umpan tiruan seperti pintail dan sebagainya lagi.
Ia juga perlu digunakan untuk casting dan trolling di laut kerana tidak pasti spesies apa yang bakal menyambar gewang tersebut.
Tidak dinafikan juga perambut dawai lebih mudah dilihat berbanding leader fluorocarbon tetapi ia masih boleh diatasi dengan menggunakan perambut dawai yang lebih halus diameter.
Saya mencadangkan perambut dawai berkuatan 40lb ke bawah. Perambut dawai juga tidak perlu panjang, memadai 10cm ke bawah.
Seperkara yang perlu anda ingat, pintail biasanya dimainkan dengan karauan yang laju. Dengan karauan yang laju, saya tidak fikir tenggiri berkesempatan untuk melihat dan menilai perambut yang digunakan. Apa yang jelas kelihatan hanyalah aksi renangan pintail tersebut.
baca juga Korang Tanya Umpan Jawab – Tali Pancing Sesuai Untuk Pancingan Pantai?
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Korang Tanya Umpan Jawab – Berapa Cincin Sepatutnya Pada Joran??

SOALAN:
Saya agak keliru dengan kegunaan bilangan cincin pada joran. Ada model joran yang ada banyak cincin dan ada yang sedikit bilangannya.
Dan ada yang saya lihat sanggup ubah suai joran dengan meletakkan hingga lebih 10 cincin pada joran baitcasting mereka. Boleh tak admin jelaskan fungsi cincin ini pada joran?
JAWAPAN:
Terlebih dahulu elok juga kita tahu fungsi cincin pada joran. Tujuan utama cincin utama (guide) pada joran adalah untuk mengelakkan tali pancing dari terkena atau tergesel pada
batang joran semasa lontaran yang akan menyebabkan kurang jarak balingan serta kemungkinan terputus tali semasa balingan dan juga semasa melawan ikan ia mengurangkan geseran pada tali dan membantu lenggokan joran.
Ini diperlukan sekiranya kita hendak mengurangkan geseran yang akan menghindarkan jarak semasa casting dan semasa melawan ikan.
Satu lagi fungsi cincin utama (guide) pada joran adalah ia berfungsi sebagaimana laras dalam senapang di mana ia dapat membantu hala tuju ketepatan gewang kita (di sinilah di mana kita perlu menambah cincin sekiranya perlu).
Tapi saya rasa kebanyakan joran yang berjenama mampu memberi ketepatan tanpa menambah cincin.
Terdapat juga beberapa jenis cincin yang menyalut di gelenggang cincin utama (guide). Jenis salutan ini adalah dari besi, seramik, SIC, ‘rollers’ dan lain lagi yang membantu
mengurangkan haba yang berlaku semasa geseran yang terjadinya apabila kita bergelut tarik menarik dengan ikan.
Cincin juga membantu memberi rangsangan pada joran kepada pemancing semasa ikan makan umpan serta mampu menambah jarak balingan sekiranya cincin yang digunakan dengan itu dari jenis yang ringan serta bermutu.
Dan kesimpulan lain pula, semakin banyak cincin pada joran maka ia akan menambah kekuatan pada joran tersebut.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Soal Jawab Memancing – Tak Boleh Ke Casting Guna Reel Spinning??

Sebelum kita berbicara reel spinning boleh buat main casting atau tidak, sebaiknya kita fahami dulu apa itu casting. Casting atau mengilat sebenarnya adalah salah satu cabang teknik memancing. Ia digelar atau dinamakan casting berikutan tindakan melontar dan mengarau umpan berulang kali.
Sementara umpan itu tersendiri tidak semestinya pula gewang atau artificial lures. Oleh yang demikian ia tidak mewajibkan penggunaan sesuatu jenis kekili atau umpan untuk mempraktikkan teknik casting. Jika hendak casting wajib guna kekili menegak (baitcaster reel) adalah mitos yang tidak dikenal pasti kewujudannya. Walau bagaimana penggunaan kedua-dua jenis kekili ini ada keistimewaan tersendiri.
Berikut merupakan beberapa kelebihan penggunaan kekili mendatar (spinning reel) ketika casting.
- Tali pancing yang keluar daripada gelendong kekili mendatar bergerak secara berpusing disebabkan gelendong pada kekili mendatar statik dan tidak bergerak. Oleh itu ia tidak akan kusut dengan senang berbanding dengan kekili menegak di mana pada jenis ini gelendong akan bergerak (berpusing). Dan sekiranya kita tak pandai kawal henti perjalanan tali ia akan mudah menjadi kusut atau birdnest.
- Kekili mendatar lebih mudah untuk membuat balingan gewang ultra ringan dan mikro melawan angin berbanding kekili menegak.
- Penggunaan kekili mendatar lebih senang dan tidak mengelirukan berbanding dengan kekili menegak di mana ia tidak mempunyai banyak alat dan fungsi tugas pada kekili.
- Kekili mendatar lebih senang dan berkuasa apabila membuat karau laju di mana pusingan gelendong yang lebih besar serta nisbah gear akan menyebabkan lebih berkuasa dan pantas.
- Terdapat kekili mendatar yang mempunyai dua atau lebih gelendong apabila dibeli, oleh itu pemancing dapat membawa pelbagai tali dan saiz tali dengan satu kekili.