Saya diberitahu sekarang ini adalah musim udang galah… betul ke admin? Tak tahu pulak saya udang galah pun ada musim jugak.
JAWAPAN:
Saya bersetuju dengan anda. Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai, hilir sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam.
Bagaimana pun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah.
Ads
Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.
Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya.
Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit.
Ads
Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti. Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah.
Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin.
Ads
Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Wajib ke guna joran panjang untuk memancing di pantai? Bagi pendapat peribadi penulis sendiri ianya tidaklah wajib untuk semua pemancing pantai menggunakan rod panjang. Ia lebih kepada optional, tapi rod panjang lebih baik digunapakai terutama di pesisir pantai yang landai seperti di kebanyakan kawasan Pantai Timur.
Mengapa pula begitu? Ini kerana, untuk kawasan yang landai, ikan bersaiz besar kebanyakan bermain jauh dari pantai. Disebabkan itu kita memerlukan joran panjang untuk membuat lontaran jauh agar ia sampai ke spot ikan bermain.
Tapi jika memancing di kawasan yang agak dalam seperti di kawasan benteng atau pesisir pantai yang dalam, penggunaan joran pendek masih lagi efektif digunapakai.
Kesimpulannya di sini, ianya tidaklah menjadi masalah untuk menggunakan joran pendek atau panjang sekalipun untuk memancing di pantai. Cuma memerlukan sedikit pengetahuan tentang kawasan pancingan anda dan tahu menggayakan teknik tersebut untuk beroleh hasil yang terbaik.
Namun, ini semua hanyalah pendapat peribadi daripada penulis. Apa pula kata kaki pancing yang lain tentang topik wacana kali ini? Jom kita lihat pendapat mereka di ruangan ‘Apa Kata Pemancing’.
MOHD ROSDI
Kenapa joran panjang ni direka? Untuk penggunaan yang cam mana? Dah tentu ada kebaikan serta keburukannya kan. (A) Tak dinafikan penggunaan joran panjang ni untuk mendapatkan lontaran yang jauh. Boleh jauh ke kalau guna joran panjang??? Memang jauh sekiranya kita tahu menghayati serta penggunaan skill yang betul serta joran yang tepat dengan tenaga yang ada pada kita. Silap joran….. Baling tak pergi jugak.
(B) Kelebihan joran panjang ni banyak bila kita tahu menggunakannya. Sebab kita memancing di pesisiran pantai. Pantai yang landai memberi kelebihan 99% kepada pemancing yang menggunakan joran panjang berbanding penggunaan joran pendek.
(C) Penghuni lubuk. Boleh dikatakan 10 pertandingan pantai, 8 kali juara adalah pemancing yang menggunakan joran panjang. 2 lagi tu juara kerana nasib penggunaan joran pendek. Kesimpulannya, joran pendek tidak mampu menandingi kemampuan joran panjang bila beraksi di pantai. Berbeza kalau penggunaannya di muara, benteng, kawasan berbatu. Ini kerana penghuni lubuk sentiasa berada di tepian.
(D) Joran panjang ni kita tahu, penggunaannya adalah untuk sesi pemburuan yang mega-mega. Setakat nak ngail gelama..rasanya memadailah joran 8 kaki. So, pemburuan spesis mega ni kena lah peralatan yang betul. So joran panjang nie adalah satu kemestian. Barulah kita ada keyakinan serta tidak berputih mata.
(E) Command n kontrol. Joran panjang ni tak susah nak kawal dia. Janji semua pemancing tahu peranan serta tugas masing-masing. Barulah wujud satu kepuasan bila memancing. Ini tak, masing-masing nak tunjuk hebat, nak tunjuk ego nak tunjuk barang dia mahal.
(F) Biar pun saya kata penggunaan joran panjang ni satu kemestian bila nak beraksi di pantai, jangan salah beli joran ni. Kelak makan diri. Bertanyalah pada rakan yang terdahulu bagi memastikan joran panjang yang dibeli memuaskan hati kita. Kekili pun kena bersesuaian dengan joran juga. Kalau tidak pasti berputih mata.
Boleh je nak pakai joran pendek atau panjang untuk pancingan pantai. Ia bergantung pada spesies yang nak kita buru. Contoh kalau ikan bolos cukup sekadar joran udang pun boleh. Bila sebut pancing pantai 90% pemancing akan memburu pari/ebek/ gerong belang/bawal pinang/senangin dan lain-lain ikan berkualiti yang datang ke pantai bermusim.
Kebiasaannya spesis2 ni makan umpan pada jarak 100 meter ke atas. Penggunaan joran panjang ni adalah 1 teknik untuk memancing spesies tersebut. Mangsa lebih mudah dinaikkan berbanding joran pendek.
Contoh, pari mudah di daratkan menggunakan joran 15-16 kaki berbanding joran pendek sebab dengan joran panjang, susah untuk pari mendap. Penggunaan kekili yang sesuai dan jumlah tali yang panjang juga menjadi faktor untuk pancingan pantai.
Mudah kata peralatan pancing digunakan bersesuaian dengan pemburuan/tempat dan teknik. Jarak balingan juga diambil kira. Jauh/lepas ombak. Penggunaan batu ladung atau sauh yang sesuai berat supaya tali tidak hanyut. Ini antara teknik asas perlu diketahui. Basic: Joran 15 kaki, Reel 8000, Batu 150-160gm, Mainline 30lbs 350-450 meter.
SANISAN HALIM
Tak dinafikan keberkesanan rod panjang kerana ia banyak kelebihan penggunaannya. Kita perlu tahu pasang surut air serta keadaan pantai dan kawasan ikan bermain, kadangkala kawasan yang menarik jauh ke tengah dan tak boleh sampai dengan rod yang pendek.
Rod panjang membolehkan balingan lebih jauh dan sampai ke tempat sasaran. Tambahan pula keadaan pantai yang berbeza² di kawasan pantai timur dan selat melaka. Keistimewaan rod panjang kerana ia dapat mengurangkan mata kail sangkut apabila ia ditarik.
Lebih efektif di pantai yang pandai dan juga kawasan berbatu yang dalam, kerana panjangnya cukup untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan ia rabut atau putus. Lebih² lagi bila mendapat ikan.
Rumusannya, memancing di kawasan pantai menggunakan rod panjang lebih menjimatkan, efektif dan amat sesuai untuk sebarang bentuk pantai kerana ia menyokong dari segi persembahan dan peratus mendapat ikan sasaran. Persembahan peralatan yang baik dan tepat lebih baik berbanding sekadar balingan yang tidak mendatangkan hasil.
Setelah trekking berkilometer jauhnya, memikul beg berat muatan berjam-jam lamanya, panjat bukit redah denai randuk sungai sampai berjelir lidah dibuatnya, tetapi bila sampai di lubuk memancing, buat kerja yang boleh menyebabkan kumpau.
Jangan sia-siakan masa dan tenaga korang dengan melakukan perkara-perkara berikut…!
Macam berkelah!
Sesampai saja kat lubuk memancing korang terus celebrate kejayaan trekking dengan terjun, mandi-manda dan bergembira di kawasan lubuk.
Dah puas celebrate barulah bersedia untuk memancing. Memang cerahlah masa depan untuk kumpau sehingga balik.
Ikan-ikan liar ni kalau terkejut dan takut memang makan masa berhari-hari lamanya untuk kembali semula ke lubuk asal.
Berebut Spot!
Perkara yang tak sepatutnya berlaku ini akan berlaku kalau kaki casting dan kaki bottom join bersama dalam satu trip.
Kaki bottom biasanya akan menyamar dan menyorok sehabis mungkin untuk mengendap kelah. Tau-tau datang kaki casting dengan bersahaja baling gewang ke spot yang sama.
Silap-silap bukan saja akan kumpau bahkan akan berlaku insiden yang lebih buruk.
Kedekut umpan!
Biasanya bermula dari rumah lagi, malas nak pikul sawit banyak-banyak. Bawak sawit bajet ngam-ngam untuk kegunaan sendiri saja.
Kemudian bila nak trekking ke lubuk dari campsite pun bajet lagi. Sudahnya masa masa umpan habis dibuat rasuah dan umpan tapi ikan belum buka mulut.
Masalah peralatan!
Adakalanya kekili dan joran memang dah sempurna tetapi aksesori lain seperti mata kail, perambut dan batu ladung tertinggal, atau silap bawa yang tak bersesuaian.
Untung-untung nasib dapatlah pinjam daripada rakan-rakan yang lain. Tetapi kalau rakan-rakan lain pun bawa alatan yang cukup untuk kegunaan sendiri saja, maka sendiri mau ingatlah apa akan jadi.
Semangat down!
Biasanya dalam kepala pemancing dah terbayang suana lubuk, ikan-ikan dan kejayaan yang akan dicapai sebelum hari trip lagi.
Sebaliknya apabila tiba hari kejadian dan melihat lubuk tidak sebagaimana yang dibayangkan, semangat terus down.
Belum start pancing pun dah patah semangat memang berkemungkinan besarlah akan pulang dalam kekumpauan.
Tidur tak ingat dunia!
Dua lokasi yang cukup seronok untuk tidur ialah di laut dan hutan. Susah nak komen bab tidur ni sebab memang ada pemancing yang tak boleh nak ubat tabiat suka tidur bila dah tiba di lokasi memancing.
Kalau korang bersedia untuk kumpau atau langsung tak kisah kalau kumpau bolehlah membuta sepanjang waktu.
Umai adalah makanan yang dianggap penting dan popular bagi pelbagai etnik di Sarawak. Ia merupakan satu hidangan yang ringkas dengan variasi yang cukup mudah untuk disediakan.
Apakah itu umai? Ia adalah hirisan ikan mentah segar yang diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar dan cili, garam dan sedikit penambah perisa.
Makanan ini disediakan dengan langkah tersusun. Ia bermula dengan pemilihan ikan yang segar dibersihkan terlebih dahulu, kemudian dihiris secara halus dan digaul serta diperap
dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan seolah-olah sudah masak.
Hirisan ikan mentah digaul atau diperap dengan jus limau kasturi terlebih dahulu untuk menghilangkan bau ikan, dan proses ini menyebabkan isi ikan tersebut kelihatan sudah masak.
Setelah itu barulah dicampurkan dengan bahan-bahan seperti yang disebutkan di atas tadi. terpulang kepada cita rasa individu sama ada mahu menambah cili untuk rasa lebih pedas atau tidak.
Tidak semua ikan boleh dibuat umai. Selain ikan terubuk, hanya beberapa jenis ikan lagi boleh dan sangat sedap dibuat umai iaitu tenggiri, bawal putih, ikan yu ataupun udang. Ingat hanya ikan segar yang baru ditangkap sahaja, baru sesuai dibuat umai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...