SOALAN:

Boleh tak jelaskan bagaimana cara terbaik untuk mengendalikan ikan pari yang telah berjaya dipancing supaya ia dapat dilepaskan kembali tanpa mengalami sebarang kecederaan.

 

JAWAPAN:

Tentu saja kita tidak boleh melepaskan kembali pari yang telah dipancing tanpa sebarang kecederaan kerana mata kail yang tertancap itu sebenarnya sudah pun dianggap satu kecederaan.

Walau bagaimana pun saya faham apa yang saudara maksudkan.

IKLAN

 

Cara yang paling selamat untuk mengendalikan ikan pari adalah dengan menggunakan tangguk atau sauk.

Malah ikan apa-apa pun sebaiknya gunalah tangguk jika berhajat untuk melepaskannya kembali.

Namun berikan tumpuan sepenuhnya agak kejadian disengat pari tidak berlaku.

IKLAN

 

Jika tiada tangguk dan saudara memancing di pantai, pari boleh dikendalikan dengan cara memegang hujung ekor dan mengheretnya ke pasir pantai.

Kemudian terbalikkan pari tersebut barulah keluarkan mata kail. Oleh kerana saudara berhasrat untuk melepaskan kembali ia ke habitat asalnya maka jangan pula dipatahkan sengatnya.

IKLAN

Ini kerana sengat tersebut merupakan senjata pertahanannya terhadap musuh.

 

Sekiranya mata kail berada jauh di dalam mulut ikan pari dan sukar untuk dikeluarkan, potong saja tali perambut pada bahagian yang paling hampir dengan mulutnya.

Kebanyakan mata boleh terurai dengan cepat di dalam air masin. Mungkin juga belum sempat terurai ia akan tertanggal keluar.

Cara ini lebih selamat bagi menjamin kelangsungan hidupnya selepas dilepaskan kembali ke laut.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI