Ads

Korang Tanya Umpan Jawab – Ada Apa Dengan Sesirat?

 

Ikan sesirat merupakan antara tangkapan yang tidak dikehendaki oleh sesiapa pun. Ia dianggap sebagai ikan pengacau umpan sebagaimana ikan buntal.

Jika dibandingkan dengan buntal, saya memilih biarlah buntal yang tersangkut pada mata kail dan bukannya sesirat. Itu pun kalau buntal hanya memakan umpan, tapi kalau buntal

menggigit dan memutuskan tali utama, kedudukannya samalah macam sesirat jugak. Sama-sama mendatangkan kerugian.

 

Ikan sesirat ini mempunyai sejenis lendir berbau serta toksik yang menjadi alat pertahanan diri untuk ikan tersebut.

Apabila ia tersangkut pada mata kail ia akan bertindak bagi melepaskan diri dengan cara membelit dan bergumpal pada dan lendir akan dikeluarkan membuat perambut berbelit serta hanyir.

Ads

 

Walau pun tiada bukti saintifik menyatakan perambut dan mata kail yang terkena lendir sesirat akan menyebabkan ikan akan datang dekat kepada perambut tersebut, adalah

disarankan ganti sahaja perambut dan mata kail yang baru. Ia ibarat petua memancing yang diperturunkan oleh pemancing-pemancing terdahulu.

 

Ads

Jika difikir secara logiknya pula, ada sumber mengatakan lazimnya lubuk yang dihuni oleh sesirat ini tidak akan dihuni oleh ikan-ikan bergred tinggi.

Kalau ada pun cuma belukang atau duri. Dikatakan juga kehadiran sesirat itu boleh menyebabkan ikan-ikan lain lari sesuatu lubuk, begitulah jugalah dengan kesan lendirnya

pada perambut yang berkemungkinan besar akan menyebabkan ikan-ikan lain tidak akan mendekatinya.

 

Ads

 

baca juga Korang Tanya Umpan Jawab – Cara terbaik cangkuk katak?

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...