Nama: Roslan b. Jantan

Nama FB: Roslan Janamanjung

Usia: 48thn

Status: Tekong

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi tekong/guide?

ROSLAN: Mula memancing dari usia 7-8 tahun di kawasan sungai Pengkalan Bahru. Memancing udang galah dan mula memancing di laut pada usia 12 tahun mengikut arwah ayah setiap minggu.

Hobi memancing menjadi lebih kerap apabila sudah bekerja dan mempunyai sumber kewangan sendiri.

Dan menjadi tekong semenjak 7 tahun yang lalu secara sambilan apabila cuti Sabtu Ahad dan cuti-cuti umum.

 

Khidmat Tekong – Abg Lan, Tekong Osem Manjung

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

ROSLAN: Saya memilih kerjaya ini kerana minat yang terlalu mendalam pada hobi memancing dan ingin berkongsi pada semua pemancing yang baru menceburi hobi ini disamping saya dapat menambah sumber pendapatan untuk saya sekeluarga.

 

Khidmat Tekong – Abg Lan, Tekong Osem Manjung

IKLAN

 

UMPAN: Pada pandangan anda, apa kriteria perlu ada untuk jadi tekong/guide?

ROSLAN: Untuk menjadi tekong, kriteria yang utama ialah berani dan memiliki keyakinan tinggi. Boleh mengendalikan bot dalam apa juga situasi.

Berpengetahuan pada situasi iaitu cuaca, tapak, arus, ke dalaman air, kawasan berbahaya, teknik memancing, jenis-jenis ikan dan umpan, pengunaan peralatan gps dan sonar, dan mampu bertindak dalam situasi kecemasan.

 

Khidmat Tekong – Abg Lan, Tekong Osem Manjung

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

ROSLAN: Rintangan yang sering dihadapi ialah kemudahan telekomunikasi. Ia sangat penting di laut dan kita masih jauh ketinggalan dalam perkara ini.

Harapan saya agar ada penambahan menara pencawang komunikasi di pulau-pulau seperti gugusan Pulau Sembilan dan Pulau Jarak.

 

IKLAN

Khidmat Tekong – Abg Lan, Tekong Osem Manjung

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman memancing (trip) yang manis / pahit?

ROSLAN: Pengalaman yang manis adalah semasa memancing di Laut Andaman dengan memperolehi ikan ruby snapper sebanyak 800kg dalam masa 2 jam dan pengalaman pahit semasa bot karam di laut pada 10 tahun lepas dan berenang ke daratan selama 3 jam.

 

Khidmat Tekong – Abg Lan, Tekong Osem Manjung

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

ROSLAN: Tip yang mudah… mendengar segala nasihat dan info daripada saya sebagai tekong. Rajin berusaha tanpa jemu sehingga pulang ke jeti.

Kurangkan tidur dan bersyukur dengan apa jua rezeki yang diberi… InsyaaAllah.

IKLAN

 

Khidmat Tekong – Abg Lan, Tekong Osem Manjung

 

Pakej Bottom @ Jigging

Nama bot: North Extreme Anglers

Saiz: panjang 33 kaki × lebar 9 kaki

Enjin: Yamaha 4s 150hp × 2 unit

Harga sewa: Rm1100 – Rm2500

Jumlah pemancing: max 5 org

Waktu memancing: 5pm-10am

Lokasi: Pulau sembilan, Laluan kapal 1, Pulau Jarak, Sun Vista kapal karam.

Jeti: Kg.Permatang Seri Manjung Perak.

 

Khidmat Tekong – Abg Lan, Tekong Osem Manjung

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI