Jika kita memancing di kawasan lubuk (kawah, lubang, kapal karam atau tukun) sasaran melabuh umpan terbaik adalah di dalam lubuk di mana tempat ikan selalu berkumpul di dasarnya.
Lubuk begini lazimnya lubuk kawah atau lubang yang tiada hadangan di tengah-tengah lubuk.
Namun berbeza jika kita memancing di lubuk yang mana di tengah lubuk terdapat reba, tukun atau kapal karam.
Sudah tentu jika kita melabuhkan umpan di tengah lubuk maka umpan, mata kail dan ladung akan turut sama menjadi tukun.
Ads
Jika kita memancing di lubuk sebegini maka sasaran terbaik melabuhkan umpan adalah di bahagian hadapan lubuk.
Seperkara lain lazimnya, ikan-ikan besar sering berada di hadapan dan dalam tukun untuk melakukan serang hendap dan sebagainya.
Ads
Lokasi pilihan lain ialah bahagian sisi lubuk sama ada di sebelah kiri atau kanan sisi lubuk. Jangan berada di belakang lubuk kerana kawasan ini terlalu jauh dari zon serangan ikan bersisik.
Ads
Kebiasaannya ikan bersisik akan menyerang mangsa dari dalam dan belakang lubuk dengan menerpa arah hadapan di mana terdapat sumber makanan seperti anak ikan yang datang mengikut arus di hadapan lubuk.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Salam admin… boleh tak admin jelaskan fungsi titik hitam bulat pada sesetengah gewang?
JAWAPAN:
Setiap pancingan yang menggunakan umpan tiruan atau gewang, faktor warna dan kedalaman air sangat perlu diambil kira. Oleh kerana warna gewang yang kita gunakan akan memberi impak pada penglihatan ikan di dalam air seperti warna yang terang seperti oren; merah; kuning dan hijau akan hilang dalam satu tahap kedalaman air.
Warna air dan keadaan cuaca juga memberi kesan kepada penggunaan gewang. Air keruh, jernih, hijau dan air hitam, semua memberi effect pada gewang yang kita gunakan. Kalau bintik pada badan gewang… mungkin untuk menyerupai anak-anak ikan buruan seperti sepat atau apa lagi ikan yang ada bintik.
Sebenarnya admin tidak pasti jawapan yang sebenar. Namun pada pendapat saya, fungsi bintik hitam seakan tahi ini akan jadi titik penarik perhatian pada ikan. Pada gewang lure yang aksinya lebih pada wobling… bintik hitam ini akan kelihatan seperti satu garis `hidup’ pada badan gewang. Sama juga dengan gewang yang aksinya berenang selari. Bintik hitam ini akan jadi titik penarik perhatian ikan bila digayakan.
Untuk lebih jelas cuba buat video action lure bergerak lepas tu fast forwardkan video tu. Nak lagi senang, pergi dekat table fan buat satu bintik hitam kat salah satu bilah kipas, lepas tu pusing dengan tangan nanti bintik hitam tadi akan membentuk satu garisa. Macam itu jugalah keadaan bintik hitam atau tahi lalat pada gewang akan kelihatan bila bergerak. Ini pendapat admin la.
Saya baru berjinak dengan hobi ini dan cenderung ke arah teknik casting. Saya teringin untuk membeli kekili baitcaster low profile.
Tapi disebabkan kekurangan ilmu dalam bab ini, saya memutuskan untuk menyimpan hasrat itu dahulu.
Soalan saya, kekili low profile sesuai untuk menangkap ikan apa dan berapa kilogram tahap kemampuannya?
Jawapan:
Sudah menjadi kebiasaan dan menjadi satu yang tipikal kita melihat kekuatan sesuatu kekili kepada saiznya.
Hakikat sebenarnya tidaklah begitu. Tidak semestinya kekili yang kecil itu lemah dan kekili yang besar itu kuat.
Kekili baitcaster lowprofile sama juga dengan semua kekili lain yang tujuan asalnya adalah untuk menyimpan tali pancing dengan baik, lancar dan teratur serta membantu pemancing melontar umpan atau gewang tanpa mengusutkan tali pancing.
Tentang kegunaannya untuk menangkap ikan apa dan beberapa kg, walaupun ia berstatus low profile, usah risau kerana ia memiliki kekuatan (bergantung pada siri) untuk semua ikan target, asalkan tali cukup panjang dan bergantung kepada skill pemancing tersendiri, bagaimana kemampuannya menewaskan ikan terutama di kawasan reba kayu atau di lokasi sukar.
Namun, kekili low profile ini mempunyai kelemahan di mana tali pancing tidak boleh diisi banyak berbanding kekili jenis round baitcaster yang lain atau kekili spinning yang sama kelas atau saiz nya. Jadi ia mempunyai `disadvantage` daripada segi ini.
Boleh ke kalau kita guna mesin spinning buat main casting? Sebab setahu saya kalau main casting biasanya orang guna mesin casting la.
JAWAPAN:
Tentu saja boleh, boleh dan boleh! Malah, tanpa menggunakan kekili sekalipun masih boleh casting. Sebelum berbicara tentang penggunaan kekili yang sesuai, sebaiknya kita fahami dulu apa itu casting.
Casting atau mengilat sebenarnya adalah salah satu cabang teknik memancing. Ia digelar atau dinamakan casting berikutan tindakan melontar dan mengarau umpan berulang kali.
Sementara umpan itu tersendiri tidak semestinya pula gewang atau artificial lures. Oleh yang demikian ia tidak mewajibkan penggunaan sesuatu jenis kekili atau umpan untuk mempraktikkan teknik casting.
Jika hendak casting wajib guna kekili menegak (baitcaster reel) adalah mitos yang tidak dikenal pasti kewujudannya. Walau bagaimana penggunaan kedua-dua jenis kekili ini ada keistimewaan tersendiri.
Berikut merupakan beberapa kelebihan penggunaan kekili mendatar (spinning reel) ketika casting.
1. Tali pancing yang keluar daripada gelendong kekili mendatar bergerak secara berpusing disebabkan gelendong pada kekili mendatar statik dan tidak bergerak.
Oleh itu ia tidak akan kusut dengan senang berbanding dengan kekili menegak di mana pada jenis ini gelendong akan bergerak (berpusing).
Dan sekiranya kita tak pandai kawal henti perjalanan tali ia akan mudah menjadi kusut atau birdnest.
2. Kekili mendatar lebih mudah untuk membuat balingan gewang ultra ringan dan mikro melawan angin berbanding kekili menegak.
3. Penggunaan kekili mendatar lebih senang dan tidak mengelirukan berbanding dengan kekili menegak di mana ia tidak mempunyai banyak alat dan fungsi tugas pada kekili.
4. Kekili mendatar lebih senang dan berkuasa apabila membuat karau laju di mana pusingan gelendong yang lebih besar serta nisbah gear akan menyebabkan lebih berkuasa dan pantas.
5. Terdapat kekili mendatar yang mempunyai dua atau lebih gelendong apabila dibeli, oleh itu pemancing dapat membawa berbagai-bagai tali dan saiz tali dengan satu kekili.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...