Stroke terjadi atau berpunca tekanan darah tinggi dan kerap mengambil makanan yang berkadar lemak tinggi.
Dengan pengambilan (memakan) ikan temoleh secara rutin ia akan membantu menurunkan kolesterol dalam tubuh, selain itu juga sangat baik untuk menjaga kesihatan jantung. Dengan itu akan dapat mengurangi risiko diserang stroke.
Melancarkan peredaran darah
Pengambilan ikan temoleh secara teratur juga mampu melancarkan peredaran darah dalam tubuh manusia, sehingga terhindar dari risiko penyumbatan pada pembuluh darah.
Menjauhi obesiti
Ikan temoleh merupakan salah satu jenis ikan yang rendah lemak. Jadi apabila anda mengambilnya setiap hari tidak akan menyebabkan penambahan berat berat badan atau obesiti.
Ads
Ia juga terhindar dari pengumpulan lemak dalan tubuh. Malah ia juga dapat mencegah kolesterol tinggi.
Baik untuk tulang
Vitamin D dan B2 yang terdapat pada ikan temoleh sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan tulang. Membuatnya lebih kkukuh, tidak mudah rapuh maupun patah.
Ini sangat baik diambil secara rutin terutama bagi tempoh tumbesaran kanak-kanak.
Ads
Mencegah Depresi
Kandungan protein yang tinggi pada ikan temoleh bermanfaat dapat mencegah depresi.
Dengan kesempurnaan keperluan gizi serta vitaminnya, ia sangat berguna bagi menambah stamina, meningkatkan mood, fikiran juga menjadi tenang dan cerdas.
Mencegah Alzheimer
Kandungan gizi dari ikan temoleh ini sangat penting untuk mencegah penyakit Alzheimer. Memakannya secara teratur mampu membantu meningkatkan daya ingatan sehingga tidak akan mudah lupa.
Ads
Namun dalam pengolahannya, adalah lebih baik ia dikukus daripada digoreng, agar khasiatnya dapat lebih maksima.
Mengurangkan risiko penuaan
Asid lemak omega 3 yang ada pada ikan temoleh sangat penting untuk mencegah inflamasi sehingga dapat mengurangkan risiko penuaan diri.
Dengan itu wajah anda pun akan terlihat segar, awet muda, dan tidak mudah berkedut.
Mencerdaskan minda
Jika menjadi kebiasaan memberi anak-anak khasiat ikan temoleh sejak dari kecil lagi, ia sangat membantu mencerdaskan otak kanak-kanak.
Asid lemak omega 3 terlalu banyak khasiat dan nutrisi dan alangkah ruginya jika mengabaikan pengambilan ikan temoleh ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Spesies ikan billfish atau ikan berparuh merujuk kepada sekumpulan ikan yang mempunyai karakter yang hampir sama iaitu memiliki mulut berparuh. Kumpulan ini termasuklah ikan mersuji dan tentu sahaja layaran yang terkenal dengan kelajuan renangan dan layar yang mengagumkan.
Ikan layaran atau nama saintifiknya Istiophorus platypterus merupakan salah satu spesies ikan berparuh yang berenang di kawasan lautan yang lebih panas di serata dunia. Lebih dikenali sebagai indo-pasific sailfishdi luar negara, ikan layaran mempunyai beberapa ciri fizikal atau karakter unik.
Salah satu ciri unik pada ikan ini ia mempunyai sirip dorsal yang seakan layar. Selain itu, ikan yang biasanya mempunyai warna badan daripada kebiruan sehingga kelabu ini juga mempunyai mulut panjang dan berparuh seperti mersuji dan todak (swordfish).Atas dasar itu, ikan layaran termasuk dalam kumpulan ikan berparuh atau billfish.
Daripada aspek morfologi, Spesies yang hampir serupa dengan Istiophorus platypterusialah Istiophorus albicansatau atlantic sailfish. Kedua-dua spesies ini merupakan subspesies utama bagi genus Istiophorus. Ikan ini bersifat pelagik dan merupakan spesies migrasi dari lautan ke lautan lain.
Ikan layaran mempunyai warna kebiruan sehingga kelabu. Bahagian bawah badannya berwarna putih. Paruh bahagian atasnya panjang dan keras seakan paruh burung lantas memberikan bentuk seakan pedang.
Sirip dorsalnya memanjang dan kelihatan seakan sebuah layar bila dinaikkan. Sirip pelvik pula kecil dan memanjang sehingga ke bahagian dubur. Garisan lateralpada badannya pula melengkung pada bahagian sirip pektoral, kemudian memanjang lurus terus sehingga ke bahagian kaudal pedunkel.
Spesies ini memilih kawasan lautan yang mempunyai iklim yang lebih panas atau sederhana. Biasanya, ikan layaran atau spesies berparuh yang lain boleh ditemui di kawasan yang agak jauh dengan daratan. Laluan migrasi bagi spesies I. platypterusmerentasi lautan Pasifik, lautan Hindi serta laut Mediterranean menerusi terusan Suez. Di Malaysia, antara lokasi utama laluan ikan layaran ialah di perairan Kuala Rompin, Pahang. Lebih daripada 90 buah negara dicatatkan sepanjang laluan migrasi ikan ini.
Ikan layaran merupakan spesies yang cepat membesar dan mampu mencapai 1.2 meter sehingga 1.5 meter pada tahun pertama. Secara umumnya, panjang ikan layaran yang matang ialah hampir tiga meter dan beratnya pula mampu melebihi 100 kg. Kelajuan renangan spesies ini mampu mencapai 110 km per jam.
Spesies ini menjadikan ikan kecil dan sotong sebagai diet utama. Ikan layaran biasanya boleh ditemui di permukaan air secara berkumpulan ketika memburu mangsanya. Biasanya spesies ini menggunakan kelajuan renangan dan paruhnya ketika memburu kawanan ikan kecil atau sotong.
Ketika memburu, sirip atau layar ikan layaran akan dinaikkan dan mengembang bagi mengekalkan mangsanya dalam kawanan. Selain itu, layar pada badannya akan diturunkan ketika berenang dalam keadaan normal. Namun jika terasa dirinya terancam atau memburu, layar ini dibuka menjadikan ia kelihatan lebih besar daripada biasa.
Ikan belitong/belitung atau dorado merupakan satu spesies yang kuat, laju, akrobatik dan mempunyai warna yang sangat menarik. Padanan ciri-ciri ini cukup menjadikan ia spesies yang menjadi buruan dan hiburan kaki pancing. Lompatan akrobatik saat pancaran tegak cahaya matahari pada warna badannya cukup mempesonakan.
Spesies ikan belitong merupakan spesies ikan yang sering berlegar di permukaan air hampir di kebanyakan perairan di seluruh dunia. Juga sering dikenali dengan nama mahi-mahi atau dorado, ikan ini boleh ditemui di luar kawasan pantai beriklim tropika, subtropika dan sederhana.
Dalam pengelasan saintifik, belitong merupakan salah satu daripada dua spesies yang datang daripada keluarga coryphaenidae dan dikenali sebagai common dolphinfish. Satu spesies lagi ialah pompano dolphinfish iaitu bawal emas.
Terminologi
Dari segi bahasa, terma mahi-mahi datang daripada bahasa hawaii dan membawa maksud ‘sangat kuat’. Dalam bahasa inggeris, ikan ini sering dikenali sebagai dolphinfish. Terma ini sering disalah anggap dan kadang-kadang mendatangkan kekeliruan dengan spesies ikan lumba-lumba. Perlu diingat ikan lumba-lumba merupakan mamalia yang bernafas melalui udara sedangkan kebanyakan ikan lain merupakan ikan yang bernafas melalui air menggunakan insang.
Selain itu, jika di sekitar pasifik sehingga ke afrika selatan, kebanyakan komuniti di sana memanggil ikan ini dengan nama dorado. Terma dorado merupakan terma yang datang daripada bahasa sepanyol yang membawa maksud keemasan. Bagi kebanyakan pemancing malaysia pula, terma yang popular ialah ikan belitong. Pun begitu, nama mahi-mahi dan dorado juga antara terma yang mudah difahami untuk merujuk kepada spesies ini.
Genus ikan belitong pula ialah coryphaena. Linnaeus menamakan genus ikan ini berdasarkan perkataan greek iaitu koryphe, yang memberi maksud teratas atau puncak (top, apex).
Taburan spesies
Belitong boleh dijumpai di kebanyakan perairan seluruh dunia beriklim tropika dan subtropika. Taburan spesies ini merangkumi sekitar amerika utara, jurang california, costa rica dan lautan atlantik sekitar new jersey sehingga ke florida. Ikan ini juga sering berlegar di Lautan Hindi.
Selain itu, perairan asia turut menjadi antara lokasi kemunculan ikan ini. Antaranya termasuklah rantau asia tenggara di kawasan laut china selatan. Ikan belitong merupakan spesies yang bermigrasi dan tidak hairanlah spesies ini boleh ditemui dihampir kebanyakan perairan seluruh dunia.
Biologi
Pada asasnya, ikan belitong merupakan ikan yang sering ditemui di lautan lepas di luar pesisir pantai. Ikan ini merupakan antara spesies yang bermigrasi merentasi lautan dan sering kali bergerak dalam kawanan atau berkumpulan. Ikan ini boleh ditemui dalam kawasan laut sedalam 85 meter, namun lebih gemar berenang dalam kedalaman 37 meter.
Ikan belitong gemar memburu ikan kecil sebagai diet makanannya. Selain ikan kecil, sotong, zooplankton dan krustasia juga menjadi pilihan kepada spesies perenang pantas ini. Dalam kebanyakan situasi, belitong dilihat gemar memburu dan berenang mengejar ikan terbang (flying fish).
Dalam kelangsungan hidup pula, belitong membiak sepanjang tahun terutama di kawasan laut yang agak panas. Kebanyakan juvenil ikan belitong boleh ditemui di sebalik rumpai laut di mana kawasan sebegini mudah bagi ikan ini mencari makanan.
Secara relatifnya, ikan ini mempunyai jangka masa hidup yang agak pendek dalam anggaran 4-5 tahun sahaja. Pun begitu, belitong merupakan antara spesies yang paling cepat membiak. Populasi ikan ini mampu mencapai dua kali ganda dalam masa 15 bulan. Tangkapan belitong pula sering merekodkan berat sekitar 4 – 13 kilogram.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran spesies ini, belitong mempunyai bentuk badan yang nipis. Belitong mempunyai sirip dorsal yang panjang sehingga ke kaudal pedunkelnya. Sirip kaudal ikan ini pula mempunyai bentuk yang cengkung dan agak tirus di hujungnya.
Tarikan utama belitong pastinya tertumpu pada warna pada badannya. Ia mempunyai warna badan yang sangat terang dan mempesonakan. Gabungan warna terang seperti emas, biru dan hijau terang cukup mempesonakan bagi tatapan lensa kamera.
Bagi ikan belitong jantan biasanya mempunyai kepala yang lebih menonjol keluar menjadikannya kelihatan mempunyai kepala yang lebih besar. Bagi belitong betina pula, kepalanya lebih membulat dan kurang tertonjol selain mempunyai saiz yang lebih kecil berbanding belitong jantan.
Pengkelasan Saintifik
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Coryphaenidae
Genus : Coryphaena
Spesies : C. hippurus (Linnaeus, 1758)
Nama Lain : Belitong, Mahi-mahi, Dorado, Dolphinfish
Jika dibandingkan dengan kebanyakan umpun, umpun-sarung merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing. Ada juga yang memanggilnya umpun sarang. Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan. Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2 kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan umpun-umpun sarung.
Antara kelebihan lain pumpun sarung ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarungnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari. Umpun sarung juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.
Untuk mencari dan dapatkan umpun sarung juga tidaklah susah sangat. Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai. Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar.
Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis. Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarung umpun-umpun sarung di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah umpun-umpun sarung sering bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarungnya tertonjol ke atas permukaan.
Kunci kejayaan mencari umpun-umpun sarung adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarung amat sensitif pada persekitaran. Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarungnya ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut. Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarungnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarungnya.
Selain menggunakan skop, umpun-umpun sarung juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpan ia keluar dari sarung. Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nanas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh). Basahkan dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarung umpun-umpun tersebut.
Sekiranya ia ada di dalam sarung, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar. Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarung, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan elektrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan. Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.
Bagi memanjangkan hayatnya pula, umpun-umpun sarung hendaklah diambil bersama sarungnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...