Ramai yang menyangka hanya terdapat sejenis saja ikan belut air tawar, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya dua spesies.

Belut sawah (belut air tawar yang hidup di lingkungan sawah) dan belut rawa (belut air tawar yang hidup di lingkungan rawa atau paya gambut) adalah sejenis belut atau spesies ikan air tawar yang tergolong dalam keluarga besar Synbranchidae.

Belut air tawar dengan nama umum Asian swamp eel atau swamp eel ini membawa nama saintifik yang berbeza meskipun tidak memiliki perbezaan yang ketara.

 

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

 

Belut sawah (Monoprerus albus)

 

Belut Sawah memiliki nilai ekologi dan juga nilai ekonomi. Jenis belut ini mudah beradaptasi pada lingkungan yang kurang baik sehingga menjadi indikator pencemaran di suatu lingkungan.

 

Sesuai dengan namanya, belut sawah hidup di sawah padi yang berasal dari laut, lalu beralih ke sungai dan juga rawa. Makanan utamanya adalah cacing dan segala jenis ikan kecil. Beberapa ciri dari Belut Sawah adalah sebagai berikut:

 

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

 

Warna kulit cenderung lebih cerah

Panjang tubuh bisa 45 -50 cm

Mempunyai berat yang boleh mencapai 200-300 gm seekor

Habitat hidup pada area sawah padi

IKLAN

Gerakan lincah dan licin serta  sensitif terhadap getaran/ gerakan makhluk lain

Bahagian kepala lebih runcing jika dibandingkan dengan belut laut

Mempunyai bentuk ekor lancip

Mempunyai mata lebih kecil

 

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

 

Belut Rawa

 

Belut rawa (Synbrancus benglensis) adalah salah satu jenis belut yang lebih banyak dikenal oleh masyarakat. Berbeza dengan belut sawah yang banyak dijumpai di media yang banyak lumpur seperti di sawah-sawah dan di selokan kecil yang berlumpur.

 

Jenis belut rawa ini adalah jenis belut yang lebih banyak dijumpai di habitat yang banyak mengandung air, gambut dan sedikit lumpur, seperti sebuah rawa-rawa yang biasa anda lihat. Lantaran ketinggian air rawa lebih tinggi dibandingkan di sawah, maka belut rawa tersebut memiliki badan yang lebih panjang dibandingkan dengan belut sawah.

IKLAN

 

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

 

Perbandingan diameter dan panjang belut sawah 1:30 dibandingkan dengan belut sawah yang hanya 1:20. Kerana itu belut rawa akan kelihatan lebih ramping dibandingkan dengan belut sawah dengan ukuran diameter yang sama.

 

Mempunyai warna kulit lebih gelap

Mempunyai panjang tubuh yang mampu mencapai 50-60 cm ketika dewasa

Mempunyai berat yang mampu mencapai 150 -300 gm seekor

Habitat dominan hidup di area rawa

Gerakannya lincah dan lebih sensitif terhadap getaran/ gerakan makhluk lain.

Termasuk kategori hewan hermaprodit (mampu berganti kelamin)

IKLAN

 

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

 

Belut Muara (Air Payau)

 

Belut Muara (Macrotema caligans) dikenal juga sebagai belut laut yang merupakan belut dengan habitat yang hidupnya di muara. Bentuknya tidak berbeda dengan jenis belut lainnya. Belut muara memiliki ciri-ciri sebagai berikut.

 

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

 

Mempunyai warna kulit coklat pucat

Mempunyai panjang tubuh mencapai 60 -70 cm ketika dewasa

Mempunyai berat yang mampu mencapai 250 – 400 gr/ekor

Majoriti habitat hidup di area muara atau tambak dekat laut

Gerakannya lebih lambat namun sangat kuat.

Pada bahagian kepala seperti ujung trompet

Memiliki bentuk ekor seperti pedang

 

Kenali Spesies Belut Berdasarkan Habitat

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI