Dikatakan terdapat dua jenis siakap yang menghuni kebanyakan muara sungai. Yang pertama adalah dari jenis siakap putih keperakan. Siakap jenis ini berbadan lebih panjang dan agak gempal. Ekornya pendek sedikit dan tidak begitu lebar.
Ia dikatakan sering ditemui di kawasan muara ketika musim siakap mudik ke muara. Spesies ini apabila terdesak, khususnya sewaktu mahu melepaskan mata kail dari mulutnya, akan melompat dan bergerak dengan agresif ke atas permukaan air.
Jenis yang kedua tetapi jarang ditemui ialah siakap berwarna kuning keemasan. Spesies jenis ini badannya lebih lebar akan tetapi agak pendek berbanding dengan jenis pertama. Apabila menyambar umpan, jenis ini akan mengeluarkan satu bunyi yang sekaligus memperkenalkan dirinya kepada para nelayan dan pemancing mahir dan berpengalaman.
Ads
Jenis kedua jarang sekali melompat ke permukaan air, mungkin kerana saiznya yang begitu besar. Ia lebih suka bertahan di dasar muara mengasak pemancing dengan menarik tali ke dalam reba. Biasanya pemancing akan mengambil masa lebih lama untuk menjinakkan spesies jenis kedua berbanding jenis pertama yang banyak menghabiskan tenaganya melompat di permukaan air.
Kedua-dua spesies siakap ini mempunyai bentuk aerodinamik badan yang begitu sempurna, gagah dan tersendiri. Saiz mulut yang boleh membesar ke keluasan maksimum, memudahkan mereka menyambar mangsa dengan pantas tanpa memberikan ruang dan peluang untuk mangsa melepaskan diri.
Ads
Kesempurnaan bentuk fizikal, ditambah dengan siaz ekornya yang lebar dengan pangkal ekor yang begitu sasa dan kuat, membolehkan si raja muara ini bergerak pantas apabila melibas dan menyambar mangsa.
Ads
Ekor yang lebar ini juga memberikan kekuatan yang membolehkan siakap memberikan asakan dan tentang hebat apabila berhadapan dengan pemancing. Kekuatan libasan ekornya juga membolehkan siakap jenis keperakan, walau sebesar mana saiznya melompat tinggi di atas air dengan aksi agresif dalam usaha untuk melepaskan mata kail.
Namun begitu, siakap adalah pemangsa yang agak pemalas, kecuali di masa ia sedang galak dan lapar, sebahagian besar masa digunakan untuk berdiam diri di tempat persembunyian. Sewaktu berehat, siakap tidak berminat untuk menyambar umpan walaupun umpan yang dihidangkan adalah seekor udang king size kegemarannya, melainkan umpan tersebut berenang tepat di depan mulutnya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Spekulasi dan mitos tidak dapat dielakkan apabila bercerita tentang spesies-spesies yang tahap monster yang mampu menyerang malah membunuh manusia.
Ada spesies yang penampilannya saja sudah menakutkan, apatah lagi apabila ia bertindak agresif. Ada ikan yang tampak menakutkan tetapi tidak membahayakan manusia.
Dan lebih menakutkan, spesies ikan yang nampak jinak dan manja tetapi teramat-amat merbahaya.
BULL SHARK
Nama pun dah jerung! Secara teknikalnya merupakan seekor jerung pembunuh iaitu Bull Shark. Spesies ini mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dikatakan lebih ganas berbanding jerung lain.
Dengan saiznya yang mampu mencapai panjang sehingga 12 kaki dan seberat 600lbs, spesies ini mampu berenang ke perairan air tawar seperti tasik dan sungai di Missouri, Illinois dan Kentucky.
Rekod menunjukkan banyak serangan oleh spesies ini terhadap manusia di perairan air tawar. Selain merupakan spesies yang paling agresif antara jerung, Bull Shark juga mempunyai kuasa gigitan yang paling kuat berbanding semua spesies ikan di dunia.
BELUT ELEKTRIK
Belut elektrik merupakan pemangsa terkenal di Amazon dan menggunakan renjatan elektrik sebagai sistem pertahanan dirinya.
Aliran elektrik sekuat 600 volt yang dihasilkan oleh spesies ini mampu membunuh seekor kuda dan tidak terkecuali manusia yang boleh mati akibat serangan ini.
Belut elektrik mampu membesar sepanjang 8 kaki dan seberat 50lbs. Biasanya penggunaan peralatan berunsur getah bagi mengelakkan serangan belut elektrik.
Terdapat rekod menunjukkan kematian akibat serangan renjatan elektrik oleh spesies ini.
GOLIATH TIGERFISH
Spesies Goliath Tigerfish merupakan salah satu spesies yang dahsyat dan mengerikan. Spesies ini membuatkan spesies pemangsa rakus seperti Piranha seakan-akan ikan kecil untuk hiasan.
Spesies ini mampu mencapai berat sehingga 70lbs dan lebih enam kaki panjang. Spesies ganas ini berlegar di perairan Afrika berkumpulan dan mampu mencarik-carik daging mangsa yang lebih besar dalam beberapa saat.
Mulut gergasi bermata kuning ini tersemat gigi taring seakan pisau yang lebih daripada dua inci.
Pemancing terkenal, Jeremy Wade percaya spesies ini bertanggungjawab terhadap beberapa siri kematian manusia di Sungai Congo yang sebelum itu dikatakan berpunca daripada semangat ghaib menurut kepercayaan masyarakat tempatan.
GOONCH
Sungai Kali di antara Nepal dan India telah dihantui oleh siri kematian dan insiden lemas yang misteri. Misteri ini berlarutan sehinggalah raksasa perang sepanjang 7 kaki dengan gigi yang tajam ini ditangkap.
Ia seekor ikan keli Goonch seberat 300lbs. Ikan ini dikatakan menarik mangsanya dan melemaskannya sebelum ditelan.
Spekulasi juga mengatakan selera ikan Goonch terhadap manusia mungkin disebabkan pembuangan abu mayat ke Sungai Kali yang diamalkan di sana.
WELS CATFISH
Keadaan perairan di Eropah seperti Tasik Berlin dan Sungai Volga sepanjang masa seakan tenang dan selamat sehinggalah kemunculan pemangsa raksasa ini.
Wels catfish atau Keli Wels ini mampu mencapai 13 kaki panjang dan seberat mencecah 400lbs dan itu sudah cukup menjadikannya sebagai raksasa yang menggerunkan.
Keli Wels merupakan pemangsa agresif dan menurut catatan sejarah ikan ini mampu membesar sehingga 20 kaki panjang.
Seekor keli Wels yang ditangkap di Russia mempunyai sisa manusia di perutnya sementara serangan terhadap manusia dilaporkan di Jerman.
GIANT FRESHWATER STINGRAY
Raksasa ini sering menyembunyikan dirinya di perairan air tawar yang keruh, berpasir dan berselut di Asia Tenggara.
Ikan pari air tawar ini mungkin merupakan spesies ikan air tawar yang terbesar dengan panjang mencecah 16 kaki dan seberat hampir 2000 lbs.
Sengat sepanjang 8 inci pada pangkal ekornya mampu menyerang seperti seekor kala jengking dan sengatannya diakui amat berbisa dan mampu membunuh.
Jadi berhati-hati jika tiba-tiba anda berasakan dasar sungai yang anda pijak bergerak!
PIRAIBA
Dengan warna biru kehitaman, Piraiba ini mampu mencecah sepanjang 9 kaki dan merupakan antara gergasi air tawar.
Spesies ini merupakan spesies keli terbesar dan dikatakan berpotensi sebagai pemakan manusia.
Gigi ikan raksasa ini tidak kelihatan menakutkan memandangkan tiada taring terkeluar, namun gigi ikan ini tersusun rapi menghala ke bahagian dalam mulut ikan.
Keadaan ini menjadikan mangsanya tidak akan terlepas jika sudah dalam cengkaman mulutnya.
MUSKELLUNGE
Muskellunge merupakan seekor spesies ikan air tawar dan sebenarnya masih belum ada catatan rasmi serangan ke atas manusia.
Namun berdasarkan kepada keupayaannya, banyak spekulasi terhadap spesies ini dalam potensinya menyerang manusia.
Muskellunge mampu membesar sehingga 7 kaki dan mempunyai barisan gigi yang tajam dan boleh dikatakan sebagai jelmaan Barracuda air tawar.
Spekulasi mengatakan terdapat serangan ke atas seorang kanak-kanak dan nelayan oleh spesies ini namun mangsa selamat walaupun terdapat kesan yang agak teruk.
Nama lain: Sung-sung, pelayak, sekusong, tidur, kakap batu, patipok
Nama Inggeris: Tripetail fish
Ciri fizikal: Keseluruhan warna gelap terutama bahagian ekor dan sirip.
Taburan: Bahagian tropika Lautan Atlantik, Selatan Jepun serta Indo Pasifik
Tempatan: Hampir serata perairan pantai Semenanjung terutama kawasan muara
Habitat: Di bawah longgokan sampah hanyut, tiang, kapal berlabuh, unjam buluh
Diet: Ikan-ikan kecil dan krustasea
Ikan pecah periuk yang terdapat di seluruh perairan Asia Pasifik dan laut Tropika ini gemar menjadikan ‘sampah sarap’ atau sebarang objek/ pokok yang hanyut dibawa arus sebagai tempat perlindungan daripada ikan pemangsa yang lebih besar.
Sejenis ikan yang agak unik kerana gemar berlindung di bawah timbunan tunggul kayu, reba pokok, sampah serta objek yang terapung dan hanyut. Antara objek yang paling digemari ialah reba nipah kerana reba ini terapung lama dan dahan-dahan yang terendam memberi ruang untuk berlindung dari musuh. Ia juga dikesan mendiami kawasan tiang konkrit atau rumah api.
Apa yang menarik sekali, bilangan dan saiz ikan tersebut selalunya bergantung mengikut berapa besar saiz apungan yang telah hanyut. Kebiasaannya semakin besar apungan yang ditemui bermakna semakin besar dan banyak ikan pecah periuk yang menghuni apungan tersebut.
Ikan yang mampu membesar sepanjang 90 cm atau sehingga seberat 18 kg ini mempunyai bentuk rupa seakan-akan ikan tilapia hitam dan amat banyak ditemui terutamanya di perairan kawasan ini.
Kebiasaannya ramai pemancing di sebelah pantai barat terutama sekitar Sungai Besar, Hutan Melintang, Perak membuat `operasi sampah hanyut’ sewaktu air mati. Kumpulan pemancing ini berlegar mencari pangkal nipah atau objek hanyut.
Apabila berjumpa, bot akan mendekati sampah kemudian hanyut bersama dan pada masa yang sama pemancing mula menghulurkan hirisan ikan.
Memancing ikan ini amat mudah sekali. Dengan menggunakan umpan hirisan sotong atau isi ikan, ikan ini akan mudah terperdaya.
Padanan set pancing berkelas ringan seperti rod 10-18Lb dan kekili siri 2000 atau 3000 sesuai digunakan untuk memberi kepuasan maksimum.
Semakin jauh kami bergerak, semakin banyak apungan yang besar ditemui. Semakin banyak ikan pecah periuk berjaya diperoleh.
Kadang kala terdapat juga apungan yang kosong. Berkemungkinan apungan yang kosong ini telah ditemui oleh orang lain terlebih dahulu.
Bentuknya menyerupai ikan siakap merah cuma giginya tidak sehebat yang dimiliki MJ. Warna sisik lebih lebih gelap dari spesies merah jalang. Warna badannya tidak merah keseluruhan, lebih kekuningan di bahagian sirip dorsal, pelvik maupun ekor.
Ekor lebar tegak selari. Mata ikan ini hitam gelap sempena nama ia diambil dari kilauan pucat. Seperti merah lain warna pudar apabila mati atau berubah mengikut warna air sekeliling kawasan wilayahnya. Warna lebih terang dan menarik jika air setempat jernih dan sebaliknya.
Ia boleh membesar hingga 79 cm panjang mencecah berat hingga 10 kg namun amat jarang untuk melihat saiz sebegini. Saiz yang biasa dipancing ialah anggaran berat 1 kg atau saiz lazim 40cm. Musim terbaik memancingnya ialah selepas waktu bertelur di antara Julai hingga September.
Merah pucat adalah sejenis merah ‘table size’ dan saya belum melihat merah ini lebih dari 5kg. Bukan mustahil jika ia membesar untuk saiz maksimum jika wilayah pembiakannya tidak diganggu kehadiran manusia.
Habitat Dan Sifat
Ikan merah pucat adalah sebahagian dari ikan marin dan berkarang. Ia mudah ditemui di dasar laut dipenuhi dengan terumbu karang, tetapi tidak mustahil baginya untuk meronda dan berkeliaran di luar hutan karang di dasar lautan.
Lazimnya kawasan dataran terpilih adalah jenis dasar berpasir, lumpur keras dan di antara celahan tompokan batu karang. Selain itu habitat buatan juga mudah dikunjungi oleh kumpulan ikan merah pucat untuk membiak dan memburu sumber makanan.
Habitat tiruan termasuk kawasan unjam, tukun tayar, konkrit, bot serta tukun kapal karam yang ditinggalkan. Kini ikan ini banyak menghuni pada kedalaman air melebihi 100 kaki. Paling cantik kedalaman dasar sekitar 200 hingga 300 kaki dan peluang untuk mendapatkan kumpulan besar.
Seperti hidupan marin lain kumpulannya adalah terdiri dari satu kelompok induk membesar bersama dan tidak gemar berkongsi dengan saiz yang besar. Ini bertujuan mengelakkan spesies yang kecil dibuli dan sesetengahnya dimakan sesama sendiri atau spesies yang lebih besar. Ia adalah spesies karnibal.
Nama Saintifik: Lutjanus Erythropterus
Keluarga: Lutjanidae
Nama Lain: Merah, Temenggung, Merah Mata Hitam,
Nama global: Crimson Snapper
Ciri Fizikal: Warna merah cerah, terutama pada bahagian bawah. Bahagian sirip dan ekornya merah kekuningan.
Diet: Kebanyakan sumber makanan adalah hidupan dasar termasuk anak ikan, ketam dan sebagainya.
Habitat: Dari muara berbatu hingga lautan. Tumpuan pada kawasan karang
Taburan: Laut Arab hingga ke Lautan Hindi. Selatan Jepun ke Utara Australia dan Papua New Guinea
Tempatan: Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan serta laluan (lubang) pantai Barat Semenanjung
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...