Pelik dan seram maka hasilnya… mengerikan!  Hidupan akuatik memang penuh misteri. Kepelbagaian rupa bentuk dan sifatnya merupakan antara tarikan untuk terus mendekati hidupan berdarah sejuk ini.

 

Namun, tidak kurang juga yang mampu menjadi igauan dengan rupa luaran dan pertahanan diri yang menakutkan.

 

Viperfish

Penghuni laut bertaring ini merupakan salah satu pemangsa paling garang di laut dalam. Taring viperfish boleh melengkung sehingga ke matanya! Viperfish mempunyai photophore, iaitu organ yang menghasilkan cahaya. Mangsa biasanya akan tertarik dengan cahaya tersebut. Namun begitu, diet utama viperfish ialah krustasea seperti udang dan ketam serta ikan bilis, ikan mackerel dan ikan-ikan kecil.

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Stonefish

Stonefish merupakan ‘pakar penyamaran’. Merupakan antara ikan paling bahaya di dunia, stonefish sangat berbisa. Walaupun diet utama stonefish terdiri daripada udang dan ikan kecil, ia juga boleh mengancam pelbagai jenis haiwan.

 

Duri berbisa di sepanjang tulang belakangnya menghalang serangan daripada haiwan pemakan dasar seperti jerung dan pari. Jika diserang, kelenjar pada duri di belakangnya akan mengeluarkan racun kepada mangsa.

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Blobfish

Blobfish tidak mempunyai otot dan hidup dengan strategi pemakanan ‘duduk dan tunggu’ untuk apa sahaja yang datang dan boleh dimakan.Dengan daging seakan jelly dan kurang tumpat daripada air, blobfish mampu terapung di laut tanpa perlu menggunakan tenaga atau dalam keadaan oksigen yang terhad.

IKLAN

 

Blobfish jarang dilihat oleh manusia kerana kurang informasi yang jelas tentang habitatnya. Namun melihatkan wajahnya, memang menyeramkan!

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Snakehead

Snakehead termasuk haruan dan toman mempunyai kebolehan yang unik untuk terus hidup di dalam dan di luar kawasan berair untuk satu jangka masa yang panjang. Selepas memasuki satu habitat baru, ianya akan memakan semua haiwan di habitat itu tanpa diskriminasi.

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Tigerfish

Ikan ini boleh ditemui di tasik dan sungai di sepanjang benua Afrika. Merupakan saudara kepada piranha, tigerfish merupakan pemangsa yang sangat ganas dan mempunyai gigi yang menonjol keluar.

IKLAN

 

Ikan yang lebih kecil biasanya hancur atau terputus dua, mangsa yang lebih besar akan terus diserang hingga mati. Ikan tigerfish mempunyai kadar toleran yang rendah terhadap kualiti air. Jika terdapat ikan ini, maka air di kawasan itu adalah bersih!

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Goblin Shark

Jerung goblin adalah spesies yang hidup secara bersendirian dan berasal dari famili mitsukurinidae. Ciri-cirinya yang unik adalah seperti muncung yang panjang,berwarna merah jambu dan mempunyai rahang yang boleh ditarik balik membezakan jerung goblin daripada spesies jerung yang lain. Biasanya ditemui di perairan Jepun pada kedalaman sehingga 10 000 kaki.

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Grenadier Fish

IKLAN

Ikan grenadier biasanya ditemui di atas permukaan dasar laut. Dengan kepalanya yang besar, mata yang besar, dan ekor tirus yang panjang, ikan grenadier berenang perlahan-lahan di dasar laut untuk mencari mangsa dan bangkai untuk dimakan. Ikan grenadier juga mempunyai kadar trimethylamine oxide (TMAO) yang tinggi menyebabkan ianya mempunyai bau sangat hanyir!

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Candiru

Berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar. Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm. Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.

 

Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.

 

Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.

 

Ikan Yang Memiliki Reputasi Menakutkan Manusia

 

Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.

 

Candiru amat ditakuti oleh penduduk peribumi kerana ia tertarik dengan darahdan hasil urin atau kencing. Jika mandi tanpa pakaian, candiru mampu berenang ke dalam uretra kemudian mencangkukkan durinya dan mula menghisap darah dan memakan tisu-tisu!

 

Candiru hampir mustahil dikeluarkan apabila mencangkukkan durinya kecuali dengan pembedahan dan biasanya memerlukan pemotongan tempat yang dimasukinya!. Oleh itu, jika anda mengunjungi Sungai Amazon, jangan sesekali berani kencing di dalam air, dikhuatiri ikan ini akan memasuki saluran kencing anda.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI