Ketahui Kesan Sengatan Berbisa Ikan Depu!!

Share

 

Ikan depu sememangnya digeruni kerana kepaduan duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.

 

Jadi kepada para pemancing perlulah berhati-hati ketika mengendalikan ikan ini, atau dengan kata mudah tak payah sentuh langsung ikan ini kerana boleh dikatakan seluruh tubuh spesis ini mempunyai bisa yang amat beracun.

 

 

Bisa yang ada pada ikan depu merupakan racun heat-labile yang membawa maksud racun ini akan rosak atau mengalami denaturasi bila terkena panas. Bila bisa sudah masuk ke dalam tubuh manusia, gejala yang timbul adalah hipertensi, takikardia (kenaikan denyut jantung), dan mati rasa (kebas).

 

Dalam waktu tiga jam setelah terkena bisa, ia boleh menyebabkan kelumpuhan dan dalam beberapa kes menyebabkan kematian. Segera lakukan ikhtiar rawatan dengan merendam atau membilas bahagian yang terkena sengat dengan air hangat (sekitar 40 – 60 darjah Celcius) selama lebih kurang 30 minit.

 

 

Bila masih terasa sakit segera hubungi doktor terdekat untuk dilakukan rawatan penuh. Patil atau duri ikan yang mungkin masih tertinggal harus dicari dan dikeluarkan. Disarankankan juga untuk diberikan suntikan tetanus (luka kecil juga boleh mengakibatkan tetanus). Bila luka meluas, harus diberikan antibiotik untuk mencegah infeksi kulit.

IKLAN