Ikan bandaraya ini merupakan ikan yang popular di kalangan peminat ikan hiasan. Spesies ini diperkenalkan juga atas dasar kepentingan dalam ikan hiasan di mana kita boleh melihat ikan ini di kebanyakan akuarium. Ikan bandaraya mempunyai sifat menyedut dan berguna membantu dalam pembersihan dalam kitaran dalam sebuah akuarium.
Risiko utama kepada ekosistem yang tidak terkawal pula ialah kemungkinan terjadinya pengubahsuaian struktur dasar dan sedimen bagi sesebuah sungai atau tasik yang berkemungkinan punca terjadinya kerapuhan ban atau tanah.
Ads
Pacu
Spesies ini juga merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Spesies ini asalnya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur secara minor dan penyelidikan. Namun, disebabkan ikan ini kuat dan ganas, ia menjadi spesies popular di kalangan pemancing. Ikan ini mempunyai gigi evolusi yang kuat dan berisiko mengancam spesies tempatan lain jika terlepas dalam ekosistem bebas tanpa kawalan.
Ads
Ikan Laga
Ikan laga Siam ini amat popular bagi kebanyakan penggemar ikan hiasan. Spesies ini juga diperkenalkan di perairan tempatan untuk tujuan ikan hiasan dan juga penyelidikan. Ikan ini diakui mempunyai warna yang sangat cantik dan unik menjadikan spesies ini sentiasa mendapat permintaan di sektor ikan hiasan sejak sekian lama. Antara spesies tempatan dari genus ini Betta pugnax (Penang betta/Forest betta).
Ads
Ikan Emas
Merupakan spesies natif sesetengah negara di Asia, ikan emas asalnya diperkenalkan di Malaysia sebagai salah satu spesies ikan hiasan popular. Akibat dilepaskan ke dalam perairan secara sengaja dan tidak sengaja, ikan emas mampu menjadi populasi liar utama di sesuatu kawasan.
Antara kesan yang boleh diakibatkan oleh spesies ini ialah mempengaruhi komuniti habitat seperti meningkatkan turbidity air dan bantu meningkatkan penyebaran alga secara berlebihan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Umumnya ikan sebarau suka mendiami sungai-sungai jernih dengan air yang mengalir serta dasar berpasir dan sedikit berlumpur.
Melalui taburannya ini bagai pegawai sungai kerana ia boleh ditemui di semua zon sungai, dari kawasan pertemuan antara air tawar dan air masin hingga ke zon paling hulu.
Namun melalui kajian, taburan sebarau berbeza mengikut saiznya. Anak-anak ikan bersaiz kurang dari 10cm biasanya lebih menggemari sungai cetek yang berbatu dengan aliran air deras.
Apabila ia mencapai saiz antara 11 hingga 20cm, ia mula berpindah ke habitat yang lebih luas, berair jernih dan mengalir dengan perlahan.
Kawasan yang bertakung dengan kedalaman melebihi 3 meter, berdinding dan berdasarkan batu dan sedikit lumpur dengan aliran air yang perlahan pula menjadi pilihan sebarau melebihi 21cm.
Kawasan kediaman ikan-ikan dewasa yang bersaiz besar ini lazimnya dikenali sebagai lubuk (deep pool).
Kebanyakan sebarau dewasa mendiami lubuk-lubuk di hulu sungai yang terdapat ranting pokok tenggelam sepanjang hari.
Keadaan ini turut memberi cabaran kepada para pemancing kerana cabaran pemburuan sebarau bermula dari masa mencari kawasan pemancingan strategik lagi.
Untuk mencari lubuk sebarau, pemancing mungkin perlu berjalan beberapa jam mengharungi sungai berbatu dan berair deras menuju ke hulu sungai.
Oleh itu pemancing bukan saja perlu mempunyai kecekapan mengendalikan peralatan memancing tetapi juga perlukan ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Disamping itu, ikan sebarau juga amat sensitif terhadap bunyi-bunyi yang ganjil. Pemancing perlu berhati-hati agar segala tingkah laku dan pergerakan tidak mengganggu ikan ini.
Sehinggakan ada pendapat yang mengatakan bahawa warna pakaian juga perlu dititikberatkan apabila hendak memburu sebarau seperti mana kelah. Pakaian yang cerah boleh dikesan ikan yang berada di dalam air.
Melalui ujian pemakanan yang telah dibuat, didapati tabiat pemakanan ikan ini berbeza mengikut peringkat hidup ataupun saiz.
Pada peringkat larva, ia memakan plankton dan lumut-lumut yang melekat pada batu atau daun tumbuhan air.
Tumbuh-tumbuhan air, serangga kecil, larva ikan dan organisma krustasea seperti anak-anak udang pula akan menjadi makanan sebarau pada peringkat juvenil.
Pada peringkat dewasa, ikan ini bersifat karnivor sepenuhnya dengan menjadikan haiwan kecil yang lain sebagai mangsanya.
Berbeza dengan ikan karnivor dari famili Channidae (snakehead) yang lebih suka menunggu atau menghendap mangsa, sebarau dewasa merupakan ikan yang aktif dan
bergerak dalam kumpulan semasa keluar memburu mangsanya yang terdiri daripada ikan seluang, terbul, lampam sungai dan anak-anak ikan yang lain termasuklah ikan toman.
Sebarau gemar menyambar mangsa dengan ganas dan sangat mudah tertarik kepada objek-objek yang bergerak. Ini membolehkan para pemancing menggunakan umpan tiruan untuk menipunya.
Sebagaimana kebanyakan ikan lain, sebarau juga mempunyai masa makannya sendiri. Tetapi masa makan ikan ini berbeza mengikut peringkat umur.
Ikan kecil akan keluar mencari makan pada waktu pagi hingga tengah hari, manakala ikan juvenil memburu pada sebelah petang dan awal malam.
Ini sekali lagi memberi cabaran kepada kaki pancing yang ingin menawan sebarau bersaiz besar dengan keupayaan tersendiri.
Namun ada kajian yang menunjukkan bahawa masa yang sesuai untuk memancing sebarau adalah antara jam 7 pagi hingga 9 pagi dan antara jam 5 petang hingga 7 malam.
Berdasarkan kajian pembiakan pula, sebarau boleh membiak sepanjang tahun dengan kitaran pembiakan bermula pada bulan September hingga Disember.
Walaupun ikan ini mampu membesar sehingga 70cm panjang, ikan jantan mula matang apabila mencapai saiz 15cm.
Manakala ikan betina mula menunjukkan kematangan dan sedia untuk membiak apabila saiz 18cm. Oleh yang demikian, sekiranya anda mendapat sebarau yang kurang dari 20cm, adalah baik jika ia dilepaskan semula kerana mereka belum matang.
Proses pembiakan biasanya berlaku semasa musim tengkujuh iaitu apabila paras air sungai atau tasik meningkat.
Pada masa ini, ikan jantan dan betina yang telah matang akan berenang ke hulu sungai untuk mengawan. Kawasan hulu yang berair jernih, berbatu kecil dengan aliran air yang perlahan menjadi pilihan untuk melepaskan elur.
Telur-telur yang dilepaskan akan melekat pada batu dan tumbuhan air di sekitar tebing sungai. Setelah si anak mencapai peringkat juvenil dan mampu berenang melawan arus, ia
akan berenang menuju kawasan berjeram untuk memulakan hidup baru sebelum mendiami lubuk yang sesuai apabila meningkat dewasa.
Keadaan hari ini yang telah banyak terganggu oleh aktiviti manusia dan kurangnya kesedaran masyarakat tentang peri pentingnya pengekalan alam sekitar menyebabkan sebarau semakin sukar ditemui.
Kehilangan atau gangguan terhadap kawasan sungai yang mengalir jernih dan berpasir menjadi punca utama kesusutan sumber ini.
Sumber ini penting untuk dinikmati pada masa akan datang sama ada untuk makanan atau tujuan sukan memancing. Oleh itu kajian terhadap spesies sebarau perlu digiatkan lagi.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Walaupun demam teknik slow pitch jigging atau jigging perlahan sudah tidak meninggi sebagaimana dua tiga tahun dahulu, namun ia masih menjadi pilihan utama khususnya para pemancing muda. Tambahan pula masih ada ikan sasaran utama yang belum didaratkan. Jom kita tengok ikan apa yang menjadi sasaran utama slow pitch jigger.
IBU GELAMA
Nama saintifik: Argyrosomus japonicus
Nama Inggeris: Mulloway, Jewfish, Kingfish
Nama Tempatan: Ibu gelama
Argyrosomus japonicus adalah spesies ikan berwarna keperakan dan hijau gangsa yang tergolong dalam keluarga Sciaenidae. Di Australia ia dikenali sebagai mulloway atau jewfish dan kob dusky di Afrika Selatan. Ibu gelama ini mampu mencapai panjang kira-kira 180 cm (80 kg berat), walau bagaimana pun purata saiz yang biasanya ditangkap sekitar 3-15 kg.
Dalam skop jigging perlahan masa kini, ibu gelama dianggap sebagai spesies buruan paling atas masa kini. Ia berikutan bukan sahaja kerana kesukaran untuk memperolehinya, bahkan disebabkan tahap kekuatan pertarungannya yang luar biasa berbanding spesies. Seperkara lain, ibu gelama yang lazimnya ditumpaskan melalui teknik slow jigging ini, saiznya besar-besar belaka.
RUBY SNAPPER
Nama saintifik: Etelis carbunculus
Nama Inggeris: Deepwater snapper, queen snapper, jobfish, ruby snapper,
Nama Tempatan: Ruby snapper, kerisi bali.
Apabila teknik slow pitch jigging dipraktikkan secara meluas di negara ini, barulah spesies ruby snapper yang mendiami perairan berkedalaman melebihi 200 meter ini mencapai kemahsyurannya.
Sebelum ini ia menjadi trofi pancingan dasar laut dalam sahaja. Tambahan pula ia tidak ditemui di perairan semenanjung Malaysia menjadikan ia popular di kalangan pemancing tertentu saja. Dalam skop jigging perlahan hari ini, ruby snapper secara tiba-tiba menjadi buruan utama.
Hari ini semakin ramai pemancing yang menempah penerbangan ke Sabah dan Sarawak semata-mata untuk mencari lesen ruby snapper melalui teknik slow jigging.
JENAHAK
Nama saintifik: Lutjanus Johnnil
Nama Inggeris: Golden snapper, John’s Snapper
Nama Tempatan: Jenahak, jenak, ungah
Ikan yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae ini merupakan spesies yang paling popular dalam 60 genus lutjanus yang memakai nama jenahak. Ikan jenahak boleh hidup sihat dan berenang bebas di kawasan laut beriklim tropika dan subtropika.
Ia mampu membesar sehingga satu meter panjang dan seberat 13 kilogram. Ia mudah dikenali dengan tompok hitam bulat di bahagian belakang badannya.
Dalam disiplin jigging perlahan, ia merupakan ‘ikan sisik’ yang berada di ranking paling atas dalam spesies buruan utama. Bahkan dalam sesuatu trip jigging perlahan, trip berkenaan boleh dianggap gagal atau kumpau jika gagal mendaratkan jenahak.
TONG GAS / BORON
Nama saintifik: Epinephelus malabaricus
Nama Inggeris: Malabar Grouper
Nama tempatan: Kerapu, boron, tong gas
Kerapu atau boron ini mampu survival dalam pelbagai habitat. Ia mampu hidup di kawasan terumbu karang, terumbu berbatu, muara, kawasan paya bakau serta lautan hingga kedalaman 150 meter.
Boron atau turut digelar ‘tong gas’ merupakan hidupan laut yang lasak. Dengan kepala coklat dan badan panjang. Badannya dilitupi bintik hitam kecoklatan yang meningkat jumlahnya seiring usia. Ia mampu membesar sehingga 120 cm dan 150 kilogram berat.
Dalam disiplin jigging perlahan, ia menjadi spesies buruan utama dari aspek saiz dan daya juangnya yang padu. Walaupun daya juangnya cuma seketika namun aksinya selepas membaham jig itulah yang dirindukan.
SIAKAP MERAH
Nama saintifik: Lutjanus argentimaculatus
Nama Inggeris: Mangrove jack
Nama tempatan: Kakap merah, siakap merah, tambong
Ikan siakap merah atau lebih popular dengan panggilan MJ di kalangan pemancing lazimnya hidup di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan. Apabila matang ia akan berhijrah ke laut lepas. Justeru ia menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah pemancing untuk membezakan kakap merah yang didapati di muara dengan kakap merah di laut dalam.
Dalam disiplin jigging perlahan, kakap merah dianggap rare species berikutan peluang untuk mendaratkannya amat tipis walaupun berpuluh kali trip memancing diadakan. Hingga dikatakan hanya jigger tahap masta saja yang bejaya mendaratkannya.
MERAH PUCAT
Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus
Nama Inggeris: Crimson Snapper
Nama tempatan: Merah, merah pucat
Spesies yang mudah dikenali berikutan keseluruhan badannya termasuklah sirip berwarna merah atau merah jambu. Profil dorsalnya berkepala curam dan bermulut kecil. Ia mampu membesar sehingga 60 cm namun pada kebiasaannya yang didaratkan dalam lingkungan saiz 45 sahaja.
Ia merupakan spesies buruan utama dalam dunia pancingan dasar. Namun dalam disiplin jigging perlahan, spesies ini masih menjadi satu persoalan yang tidak terjawab sama ada ia benar-benar membaham jig. Atau dalam erti kata lain, bukannya jig hybrid atau jig yang diletakkan umpan.
KERAPU SUNUH
Nama saintifik: Plectropomus leopardus
Nama Inggeris: Common coral trout, leopard coral grouper
Nama tempatan: Sunoh, kerapu bara, kerapu bintang
Kerapu ini dapat dikenali menerusi badannya yang dilimpahi titik biru kecil. Bulatan cincin biru yang tersendiri di sekeliling mata. Dan sirip pektoral yang polos tanpa warna. Ia mampu membesar sehingga 120 cm panjang namun saiz yang lazim didapati sekitar 35cm sahaja.
Dalam disiplin jigging perlahan ia merupakan spesies tangkapan impian berikutan kesukaran untuk mendapatkannya, khususnya di perairan Selat Melaka yang merupakan padang pancing utama jigging perlahan.
Eron adalah ikan besar berbentuk menirus. Memiliki kepala berwarna tembaga dan keperakan dengan permukaan belakang badan berwarna keunguan-hijau dan perut berwarna pucat. Ia memiliki dengan deretan bintik-bintik putih khas yang membentang di sepanjang garis lateral. Sirip kaudal bersudut pada juvenil tetapi menjadi lebih bulat pada spesimen dewasa.
Argyrosomus japonicus (eron) adalah anggota keluarga Sciaenidae, yang biasa disebut croaker dan drum. Sciaenidae adalah sebagian besar ikan demersal yang ditemukan di perairan laut luas, muara dan pesisir di daerah subtropika sehingga sederhana di Atlantik, Lautan India dan Pasifik.
Keluarga besar ini mengandungi sekitar 70 genus dan hingga 270 spesies di seluruh dunia, dengan 28 spesies terbatas pada air tawar (Paxton dan Eschmeyer, 1994; Froese dan Pauly, 2003).
Dua puluh spesies dari sembilan genus telah dicatat dari Australia, dengan hanya dua spesies yang ditemui di perairan beriklim – Argyrosomus japonicus (Temminck dan Schlegel, 1843) dan Atractoscion aequidens (Cuvier, 1830) (Steffe dan Neira, 1998).
Sciaenids, termasuk A. japonicus, penting dalam banyak perikanan komersial dan rekreasi dan membentuk dasar industri perikanan di banyak wilayah di dunia. Argyrosomus japonicus adalah ikan berwarna keperakan-hijau, ia tergolong anggota keluarga Sciaenidae, yang panjangnya mampu mencapai 2 meter.
A. japonicus tersebar di lautan Indo-Pasifik, di perairan pesisir sekitar Australia, Afrika, India, Pakistan, China, Korea dan Jepun. Ikan dewasa sering berpasangan dan ditemukan di dasar lembut terutama di luar zon ombak, kadang-kadang menghampiri ke pantai. Juvenil secara eksklusif ditemukan di air cetek dan kadang-kadang pindah ke estuari.
Kepala dan tubuh umumnya berwarna perak namun kekadang keunguan-kehijauan, berbelak hitam di atas dasar sirip pektoral, bahagian dalam mulut kekuning-kuningan, sirip kaudal membulat dan melebar.
Pembiakan biologi dari Januari hingga April. Spesies jantan matang pada 51cm atau dalam tempoh 2 tahun lebih, betina matang pada 68cm atau dalam tempoh 3 tahun lebih.
Ia mencapai 90 cm dalam waktu sekitar 5 tahun dan hidup selama 25 hingga 30 tahun. Diet utama mereka terdiri dari cecacing, udang, sotong dan ikan kecil.
Eron mendiami kolom dasar, lubang dalam di muara, selokan yang terbentuk dengan baik di luar pantai, terumbu pantai yang berlumpur, bangkai kapal, atau lubang yang bersebelahan dengan terumbu luar pantai sehingga 40 meter. Ukuran maksimum mencapai 200 cm.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...