Kewujudan peraturan memancing secara lazimnya ialah bagi mengekalkan jumlah populasi ikan. Biasanya, pakar biologi perikanan akan melakukan kajian bagi mengetahui populasi dan kesihatan ikan bagi sesuatu kawasan.
Bagi sesetengah negara, terdapat musim tertentu bagi aktiviti memancing. Ini bertujuan agar tidak mengganggu ketika musim ikan mengawan bagi mengekalkan kemandirian spesiesnya. Had saiz tangkapan juga membolehkan ikan yang belum melepaskan telurnya agar tidak dipancing sesuka hati.
Had tangkapan dalam sehari pula bagi mengelakkan pemancing memancing secara berlebihan. Ini membolehkan kita berkongsi agar semua pemancing dapat merasai peluang untuk menaikkan ikan. Walaupun dilihat sukar, namun ia memberikan banyak manfaat jika setiap pemancing mematuhi peraturan yang diperkenalkan di sesuatu tempat.
Bagi mengetahui jumlah tangkapan ikan, mereka memerlukan informasi daripada para memancing. Terdapat juga kaedah lain seperti membuat sampling menggunakan jala atau pukat. Ada juga yang melakukan teknik tagging bagi mengetahui sifat dan populasi ikan.
Setelah itu, berbekalkan informasi yang ada mereka akan cuba menentukan kaedah terbaik bagi pemancing dan juga sumber perikanan itu.
Kewangan Sumber Perikanan
Bagi negara luar, tajaan kewangan bagi kajian perikanan dan sumber perikanan datangnya daripada pemancing itu sendiri. Sesetengahnya datang daripada hasil pengeluaran lesen memancing dan ada juga datangnya daripada program tajaan kerajaan bagi pengurusan sukan memancing. Sebarang cukai daripada pembelian alatan memancing atau bot juga akan disalurkan untuk tujuan perikanan.
Antara kegunaan dalam tujuan perikanan termasuklah pengurusan perikanan, kajian perikanan, program kesedaran alam sekitar, program pemuliharaan, program keselamatan perikanan dan juga program memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Hari pertama hasil yang kami perolehi agak kurang kerana lubuk yang kami singgahi menjadi sarang bot pukat tunda Vietnam lalu-lalang. Hanya 4 ekor ikan merah dan beberapa spesies lain seperti kerapu, aruan tasik dan ibu kerisi yang berjaya diperolehi dengan mengaplikasikan teknik memancing secara berhanyut di siang hari.
Pada sebelah malamnya tekong hanya melabuhkan bot di kawasan karang untuk memburu spesies ikan karang. Hasil hari pertama hanya setengah tong sahaja ikan pelbagai jenis kami perolehi.
Hari pertama telah berlalu dan kami tidak berputus asa mencuba nasib hari kedua ini. Tanpa diduga, kami diserang segerombolan ikan cermin yang begitu banyak sekali. Hampir seharian kami tidak putus-putus menerima asakan sang cermin. Mujurlah ke semua ahli komplot menggunakan kekili elektrik. Kalau manual, mau ada yang lenguh tangan melayan. Boleh dikatakan lubuk kali ini sebagai “lubuk taruk makan taruk makan..”
Jatuh sahaja umpan di dasar pasti ikan cermin yang makan. Pakai 2 mata, dua-dua mata akan lekat ikan cermin ini. Dari pagi sampai ke petang kami melayan ikan cermin sampai 1 tong 200L penuh dan 1 tong 400L hampir penuh dengan ikan ini sahaja.
Tekong beritahu kami, bulan lepas beliau dapat menaikkan hasil ikan cermin sebanyak ini dengan hasil jualan cecah RM17,000 hanya untuk 2 hari saja. Memang lumayan! Tetapi harus diingat rezeki di lautan sukar diduga. Bukannya setiap masa hasil akan dapat seperti ini. Untungnya kami mendapat ‘jackpot’ ikan cermin pada hari itu.
Setelah puas melayan ikan cermin, akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertukar ke lubuk ikan merah yang sepatutnya menjadi target kami. Untuk ke lubuk baru ini perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam dan oleh yang demikian kebanyakan daripada kami mengambil kesempatan untuk merehatkan badan bagi mengumpul tenaga keesokan harinya.
Hari ketiga pula, barulah hasil bot kami meriah dengan ikan-ikan gred A yang menjadi target trip kali ini seperti merah, kerapu, kerapu bara dan ibu kerisi. Setiap lubuk yang kami singgah di hari ketiga ini mesti ada penghuninya. Tak menang tangan kami menaikkan spesies target yang semamangnya menjadi idaman. Azli menjadi ‘champion’ trip kali ini apabila menaikkan ikan merah terberat trip kali ini iaitu seberat 8kg.
Rata-rata ahli komplot tersenyum puas apabila berhasil menaikkan spesis idaman. Hasil hari ketiga boleh dikatakan tong 200L penuh dengan hasil-hasil ikan gred A.
Menjelang petang, kami meminta tekong untuk singgah di pelantar terdekat untuk melayan ikan cupak. Walaubagaimanapun, di pelantar ini kami hanya dapat singgah sekejap sahaja memandangkan bekalan ais telah hampir habis. Makanya, kami mengambil keputusan untuk pulang ke jeti untuk mengelakkan ikan busuk.
Sewaktu bertolak balik kami terpaksa menempuh ribut barat laut yang agak kuat dengan ombak setinggi 3-4 meter. Berderau jugak kami melihat keadaan laut yang bergelora pada waktu itu. Hanya disebabkan pengalaman tekong dan bot yang besar membuatkan kami rasa agak selamat.
Masing-masing hanya berdoa dan berserah kepada yang Maha Esa agar dijauhi sebarang malapetaka. Alhamdulillah, kami selamat tiba di jeti keesokan harinya. Kesimpulan dari trip ini boleh dikatakan hasilnya agak baik dan hampir pecah tong.
Servis oleh tekong juga boleh dikatakan memuaskan kami. Awak-awaknya yang rajin dan tekong yang berpengalaman dan ada banyak lubuk simpanan menjadikan trip kali ini sukses dengan jayanya. Keadaan bot dengan keluasan 16 kaki lebar dan panjang 58 kaki juga amat bersih dan selesa untuk kami.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.
Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.
Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tidak peduli apa yang anda fikirkan tentang pemerintahan Presiden Jimmy Carter, kami cukup yakin kami tahu bagaimana perasaan anda tentang umpan bass yang diinspirasi dari Carter bernama The Prez.
Pada tahun 1976 ketika pereka gewang Cotton Cordell, memperkenalkan crankbait berbentuk kacang ke dunia bass, yang bereaksi dengan menguap kolektif dengan mungkin beberapa tawa bercampur. Pengumpul gewang masih memperdebatkan apakah gewang itu benar-benar dirancang untuk menangkap ikan, atau sebagai lelucon yang keliru.
HEDDON HI-TAIL
Kombinasi wakebait, crankbait, dan topwater ini pada dasarnya kelihatan seperti paus kecil. Menurut katalog Heddon, `Anda atau bass tidak akan dapat membiarkannya berehat ketika anda melihat gelekan ekornya, berdeguk, bergulung-gulung di permukaan air.’ Hi-Tail kekal di dalam katalog selama tiga tahun dan populer di kalangan nelayan pada waktu itu.
HOVER LURE
Menurut pengeluar, sebaik anda mencuba Hover Lure, ‘Anda tidak akan pernah memancing di bawah permukaan air lagi’. Imitasi pepatung ini tampak seperti serangga plastik yang menempel pada batang kayu hanyut dengan mata kail yang tersepit di punggungnya. Secara teori, ikan bass akan melompat keluar dari air untuk menelan serangga palsu ini.
FISHERMAN JOE’S SWIM-N-LURE
Self-propelled kecil ini menggunakan bahan bakar untuk membuatnya berenang. Untuk menggunakan, tambahkan serbuk ajaib (dibekalkan) dan mengatur umpan untuk berhanyut. Air memicu reaksi kimia dan dari umpan akan pergi, terus ke mulut ikan yang terbuka. Dan ia adalah ciptaan gewang yang gagal sepenuhnya.
TROLLING BOBBER
Seperti yang terlihat di TV, ia dijanjikan untuk melakukan pekerjaan untuk anda dan menjamin lebih banyak ikan. Untuk mengoperasikannya, pemancing hanya perlu mengikat umpan kegemaran ke bobber, hidupkan suiz motor dan setting agar ia mengapung. Kemudian, ia akan menenggelamkan gewang anda ke sarang ikan pemangsa. Hasilnya? Pemancing lebih suka casting.
CHUCK WOOLERY’S MOTO LURE
Menurut seorang pemancing dipujuk agar menggunakan gewang ini, selepas sesi casting yang lama tanpa sebarang sambaran, beliau membuang mata kail gewang tersebut dan dijadikan mainan untuk anak-anak di dalam tab mandi.
MIGHTY BITE
Dengan moniker yang kedengarannya lebih seperti makanan anjing daripada umpan pancing, Mighty Bite telah mengilhami banyak pemancing untuk membuang $20 mereka demi janji memancing dengan “satu-satunya sistem umpan pancing lima-indera yang terbukti.” Kit Mighty Bite menampilkan pelbagai macam komponen yang sangat besar, yang katanya membuat penampilan, bau, suara, rasa, dan penawaran anda menjadi seperti ikan umpan yang terluka.
HEDDON BIG BUD
Kami telah menganugerahkan penghargaan “The King of Novelty Lures” kepada Heddon Big Bud — crankbait yang mirip dengan melempar sepatu tenis yang basah dengan aksi yang meniru trak aiskerim dengan tayar yang kempis. Namun, jika kejayaan komersial adalah ukuran daya tarik apa pun, alat ini menjadi hit. Kami menduga bahawa ribuan terus menggantungnya di cermin pandang belakang pada trak seluruh negara bass.
ALEX LANGER’S FLYING LURE
Didakwa gewang terlaris sepanjang masa (setidak-tidaknya menurut pengeluar), soft plastic backstroking ini pernah menjadi raja QVC dan infomersial. Ideanya sederhana, umpan yang dirancang untuk berenang menjauh dari para pemancing. Sementara banyak yang terjual, kami menduga hanya sedikit yang menangkap ikan.
LASERLURE
Strategi pemasarannya sederhana: Lampu yang berkedip dan diaktifkan air yang ditanamkan dalam badan gewang, akan memicu bass untuk menyerang. Banyak wang pemasaran dihabiskan untuk menarik testimoni dari pemain bass, tetapi tampaknya gagal menarikcukup banyak pemancing untuk membuka dompet mereka. LaserLure memudar menjadi terlupakan pada tahun 2012.
(Sumber: outdoorlife.com)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...