Jika hendak dinyatakan perbezaan antara perambut biasa (tak pasti perambut jenis dan material apa perambut yang dimaksudkan tetapi admin anggap ialah monofilament nylon) dengan perambut fluorocarbon, rasanya umum dan meluas. Terlalu banyak aspek yang boleh diperkatakan berkenaan dua jenis perambut ini.
Secara ringkas, umunya penggunaan perambut atau leader bertujuan untuk memberikan regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam atau braided kerana leader bersifat stretch (meregang).
Namun tidak bermakna perambut tidak perlu digunakan sekiranya tali utama yang digunakan adalah dari jenis tali tangsi. Ini kerana fungsi perambut bukanlah sekadar untuk memberikan regangan sahaja.
Ads
Bagi penggunaan leader dari jenis fluorocarbon pula, kelebihan tali jenis ini ialah keupayaan invisibilitinya ketika di dalam air lantas mengurangkan kenampakan tali di dalam air.
Ads
Ini terjadi kerana material fluorocarbon adalah dari kristal yang bersifat telus pandang. Kelebihannya membolehkan peratusan ikan mengambil umpan adalah lebih tinggi.
Dari aspek lain pula sifat fluorocarbon adalah lebih keras berbanding nylon. Oleh yang demikian lebih tahan lasak dan tidak mudah luka atau putus apabila bergesel dengan struktur pepejal yang tajam di dalam air. Malah fluorocarbon juga tidak mudah kerinting atau berpintal sebagaimana tali nylon.
Ads
Walaupun ada juga kelebihan tali nylon berbanding fluorocarbon namun dalam banyak aspek ia nyata mengatasi nylon terutamanya pada harganya. Tali fluorocarbon ini agak mahal berbanding tali mono biasa. Sekiranya tidak mampu, gunakanlah perambut biasa tetapi ia amat penting sewaktu memancing spesies yang lebih sensitif.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Semua kaki pancing pasti ada rekod tangkapan peribadi. Ada yang bawah 10 kg, ada yang lebih 10 kg, ada yang bawah sekilogram. Menariknya selagi bergelar kaki pancing, akan terus mencari rekod-rekod tangkapan peribadi untuk di kenang sepanjang hayat walaupun kadang kala ikan yang kita sasarkan itu sukar untuk diperolehi.
Anda pula bagaimana? Jom kongsikan dengan kami rekod peribadi ikan paling besar atau yang paling susah untuk dipancing.
Shaiful Baliey
Ketutu 3kg… rasa mcn tarik batang kayu x melawan lansung.jual kat kedai ikan untung, masyuuuk.
Ammar Drifter
Ikan paling susah dapat yg sy penah dpt ikan bujuk 1.5kg.
Handal la mcm mana skali,pengalaman bnyak mana.. kumpau tetap ada jgak dapat… huhuhu.
Ahmad Niza
Kenerak 11 kg lokasi Sg Jelai, Kuala lipis… perhh 20 minit main baru naik… syookkk wooo.
Yares Yunus
Paling susah… cast anak kemeqhaih. Paling besaq 4kg jee… tu pun ikan haruan + sangkut kampit baja.
Gahagi Bundle
Terpancing talapia… berat hampir 2 kilo… Tasik Shah Alam…. larikkkkkkkkkkkkkkkkk.
Saufi Othman
Biasanya saya jarang ingatkan yang dapat… Yang terlucut dari mata kail selalu membuatkan jiwa kacau… Hahaha.. sampai termimpi mimpi.
Yusree Leo
Penah sekali nak casting mama toman tpi tibe2 mama pacu xxl hentam gune gewang minnow pulk 2 huhu… bukan senang nk dpt pacu besar gune gewang. Antara catatan pribadi terbaek.
First time turun laut january taun lepas. First time jgk la rasa tenggiri pecut sambar ikan kembung casting dekat tuas Yan, Kedah. Hasil dlm 6 kg… hilang terus loya2 nak mabuk… xdak la rare species sngt cuma agak excited untuk seseorang yg berumur 20 baru turun laut… hahaha.
Hafiidz Ahmad Mustaffa
Zaman kecik2 dulu xpernah timbang. Tapi paling berat kelah 1kg.
Muhamad Alif
Smue rare2… kwn cume ikan sembilang jek 1kg paling BESAR! Huhuhu… malu nk ckp sbnrye… jeles ngn korang smue.
Marcellinus Marcell
Ikan merah 2.3kg.. Dpat masa 1st time turun ke laut.. Lpas tu lama dah x trun semenjak dah ada tempat bru ia itu d Bakun Hidroelektrik, Bintulu Sarawak..
Mohd Ridhwan Taib
Ikan pertama lombong puchong paling besar patin 7kg. start mncg awal pagi, dpt ikan pkl 1.30 tgh hr… bukan patin tu yg trk pancing tp saya sendiri tarik selepas tgh tali pancing kendur dan tegang…. Perlawanan yg mencabar… rupanya patin tu dah telan habs smp ke perut umpan dedak strawberi..
Ainuddin Kahar
Kategori laut… ikan duri 4.5kg. Pertama kali memancing semula slps 10 tahun gantung joran. Kategori air tawar… haruan 2.5kg (catch n release).. skrg nak carik lesen toman.
Geng Tegar
Pulau Bunting sepanjang pembabitan dalam dunia memancing geng tegar pulau bunting…. rekod terbesar adalah pari 9 kilo. Pari paham2 la kalau dia makan top speed laa.. nak jadikan cerita tali benang di engin sikit ….pari terus tarik … apa lagi kita bangkang la kalau biar habis tali pam sampai dia alah… mujur pakai 2 kail satu kail dah kangkang betul.
Recod laut penah naikan jenahak 5.6kg kat jeti pulau ketam. Lau sungai pulak penah naikan kaloi 10kg..kolam pulak xyah nak cakap la berkilo2 dah naik yg paling besar tongsan sisik halus 22kg. Patin paling besar pun bru 16 kg. Kenangan tahun lepas punya citer.
* Kenyataan ini diambil terus dari FB majalah umpan. Sila abaikan kesilapan tatabahasa di atas.
Ada yang bertanya… saya ada terlihat reel dengan drag maksima 30 kg! Kalau tak silap saya la. Maknanya, kalau saya guna reel ni makna ia sesuai untuk tarik ikan bersaiz 30 kg dan ke bawah atau macam mana?
Penjelasan admin:
Sistem tegangan (drag system) yang terdapat pada kekili berfungsi memberi tekanan maksima (pressure) kepada ikan agar ia letih dan mengurangkan pecutannya.
Dengan itu ia dapat menyelamatkan tali pancing dari keluar sepenuhnya dari gelendung dan menjimatkan tenaga pemancing juga.
Ia tidak bermakna had berat ikan tangkapan, tetapi tekanan yang kita dapat letakkan pada ikan supaya ia cepat letih dan senang mengawalnya. Sistem tegangan ini perlu disiap sediakan sebelum kita mula memancing dan diperiksa dari semasa ke semasa .
Cara untuk siap sedianya adalah dengan menarik tali utama yang disiapkan bersama kekili dan joran dengan penggunaan mesin pemberat yang diikat atau sambung pada mesin pemberat pada tegangan yang diperlukan. Seorang untuk memegang joran dan seorang lagi untuk mengangkat joran sehingga berat tegangan dicapai.
Perlu diingatkan juga berat tegangan tali perambut serta tali utama mestilah melebihi 20% dari berat tegangan yang disiapkan sediakan.
Secara ringkas pengertian maksima drag:
Keadaan spool pada kekili dikunci habis, kemudian talinya dipaksa keluar dan dalam berapa tarikan maksimasehingga menyebabkan spool itu berputar.
Maksudnya, jika kekili yang mempunyai max drag 14 kg, bererti spool dimatikan kemudian jika talinya ditarik dengan kekuatan di bawah 14 kg maka spool tidak bergerak tetapi jika lebih dari 14 kg makanya spoolnya bergerak.
Max drag boleh dikatakan berfungsi dan juga boleh dikatakan tidak berfungsi tergantung pada penilaian kita masing-masing. Biasanya reel dikelaskan berdasarkan beberapa siri.
Umumnya adalah : Siri 1000 = 2.5kg, 2500 = 4 kg, 5000 = 5 kg, 6000 = 5 kg, 8000 = 8 kg, 10000 = 8 kg. Ini adalah umum bukannya kemestian.
Tetapi kebanyakan kekili mempunyai max drag sebagai demikian kecuali reel yang di design untuk kekuatan drag yang benar benar tinggi.
Lazimnya orang selalu cakap, kekili yang mempunyai max drag yang lebih tinggi maka lebih bagus reel atau kekili tersebut.
Namun saya tidak berpendapat sedemikian. Apa yang penting sebenarnya adalah keseimbangan. Ia bergantu kepada ikan jenis apa yang hendak dipancing.
Contohnya, jika korang menggunakan kekili dengan kekuatan drag 14 kg, padahal hanya untuk memancing di kolam tilapia, rasanya tidak perlulah guna kekili macam tu.
Kehidupan di bandar raya sememangnya diakui penuh kesibukan. Detik yang berlalu seolah sangat pantas menandakan betapa sibuk dan lajunya perjalanan hidup di bandar. Bagi mereka yang inginkan hentian untuk bernafas dan mencari ketenangan, apa kata anda berkunjung ke sukasuka lake retreat yang terletak di lenggong, perak.
Suka-Suka Lake Retreat merupakan sebuah homestay dengan konsep yang sangat unik. Terletak di Kampung Kelantan, Lenggong, Perak, homestay ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu mencari ketenangan selain lari dari kesibukan kota.
Kunjungan anda ke sini akan dilayan sebaik mungkin oleh pemilik homestay ini iaitu Aziz Abd Manaf atau mesra disapa Pak Aziz. Pak Aziz sangatlah peramah dan tidak lokek untuk berkongsi apa sahaja cerita berkaitan homestay selain memberikan layanan terbaik sepanjang kunjungan anda ke sini.
Tarikan Konsep Luar Bandar
Menurut Pak Aziz, Sukasuka Lake Retreat pada asalnya bermula sekitar tahun 1995 disalah sebuah tanah pulau di Tasik Raban. Setelah lebih sedekad beroperasi di pulau, Pak Aziz akhirnya membuat keputusan untuk lebih menumpukan operasi homestay di tanah besar atau mainland sekitar tahun 2009 sehingga sekarang bersama isterinya iaitu Kak Asiah dan anak bongsunya, Azam.
Pak Aziz sempat berkongsi cerita berkaitan konsep homestay ini. Konsep utama di Sukasuka Lake Retreat ialah menjadikannya lokasi untuk berkongsi cara hidup di luar bandar serta lari daripada kesibukan. Malah, menurut Pak Aziz lagi, perkataan`retreat` itu sendiri memberi maksud lari dari kesibukan.
Selain itu, antara keunikan yang akan anda lihat jika berkunjung ke sini ialah keadaan dan bentuk binaan rumah yang ada di sini. Rumah yang terdapat di sini merupakan rumah asal di mana ia mengekalkan ciri-ciri keaslian binaan tradisional asal rumah.
Menurut Pak Aziz, rumah di sini datangnya dari Sayong, Lenggong, Parit, Kati, Selama dan Bukit Gantang. Selain mengekalkan binaan tradisional, Pak Aziz turut melakukan sedikit pengubahsuaian untuk keselesaan pengunjung seperti ruang mandi yang dilengkapi mandian air panas.
Keunikan yang terdapat di sini juga sering menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Kunjungan pelancong terutama dari luar negara sudah pasti untuk merasai suasana kehidupan tradisional masyarakat di sini. Mereka akan diajar makan menggunakan tangan, bermain permainan tradisional seperti congkak, memasak serta berjalan menjelajah kampung berdekatan.
Lokasi Di Tasik Raban
Lokasi Sukasuka Lake Retreat yang terletak di Tasik Raban juga sering menggamit kedatangan pelancong dalam negara termasuklah kaki pancing. Bagi kaki pancing, di sini merupakan antara lokasi yang terbaik untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil melakukan aktiviti memancing.
Kebelakangan ini, Tasik Raban cukup terkenal dengan spesies pendatang iaitu peacock bass dan saiznya juga mampu mencapai sehingga 48cm panjang. Selain daripada peacock bass, spesies tempatan lain juga masih boleh didapati di sini seperti toman, sebarau, tengalan dan belida walaupun mungkin populasi spesies tempatan agak berkurangan berbanding masa lepas.
Bagi yang mahu menjalankan aktiviti rekreasi air pula, anda boleh memilih untuk menginap di pulau dan melakukan aktiviti berkayak atau kayak fishing. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti berkumpulan atau team building di pulau yang dikelilingi oleh air Tasik Raban ini kerana pulau ini mampu memuatkan sehingga 20-25 orang dalam satu masa.
Menurut Pak Aziz, sambutan dan maklum balas yang diterima oleh pengunjung yang pernah datang ke sini cukup menggalakkan. Malah, untuk rekod, terdapat pengunjung yang telah datang kembali ke sini sebanyak 66 kali.
Bagi pengunjung dari luar negara, homestay milik Pak Aziz ini telah menyambut kedatangan pelancong asing dari 117 buah negara berlainan. Ini menunjukkan betapa Sukasuka Lake Retreat merupakan hentian untuk lari dari kesibukan yang pasti akan menggamit anda untuk kembali ke sini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...