Umum sudah mengetahui, bahawa enjin sangkut dibina untuk kegunaan di semua kawasan tidak kiralah air tawar atau air masin. Cuma kapasiti kuasa kuda dan saiz membezakan penggunaannya lebih ke arah mana.
Badan enjin diperbuat daripada campuran besi dan logam adalah campuran yang terbaik bagi membina sebuah enjin sangkut. Namun besi akan mudah terhakis sekiranya terdedah kepada air masin dan dibiarkan tanpa penyelenggaraan atau dibersihkan selalu.
Ads
Teknologi pembuatan enjin sangkut dan juga pengangkutan laut telah menemui satu cara di mana satu alat yang diberi nama anod yang berfungsi menyerap hakisan pada badan enjin atau kapal dengan mengorbankan alat ini.
Ads
Bagi sebuah enjin sangkut ia dilekatkan menggunakan skru di bahagian bawah sirip bagi menyerap kadar hakisan di bahagian enjin bot. Saiznya adalah mengikut enjin sangkut dan juga alat ini dilekatkan pada badan kapal-kapal besar bagi mengurangkan hakisan pada seluruh badan kapal.
Ads
Walaupun ia kecil namun peranannya sangat besar dan mampu memberi ketahanan yang lebih lama sesuatu besi yang terdedah kepada air laut. Bagi enjin sangkut yang menggunakan starter terdapat arus elektrik yang mampu membuang plak dari air masin agar tidak melekat pada bahagian enjin dan terus menghakis badan enjin.
Harganya mengikut saiz enjin dan hanya perlu diganti apabila alat tersebut menjadi kecil atau pecah. Ia terdapat di pengedar enjin sangkut atau bengkel membaiki enjin. Anod ini lebih cepat teroksida semasa enjin digunakan di kawasan air payau dan air masin.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kekuatan sebatang joran boleh diketahui daripada label yang dicetak pada joran. Biasanya label ini tertulis pada pangkal joran. Daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit. Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb pada bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb pada pangkal joran.
Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu pada bahagian hujung terlebih dulu. Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya.
Aksi ‘ultra light’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 6lb. Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.
Boleh tak admin beri perbezaan ketara antara ikan pari dengan ketuka? Kadang-kadang saya konfius kerana menyangka ikan ketuka ialah anak pari.
JAWAPAN:
Walaupun mengenal ikan boleh dikatakan perkara asas untuk memancing tetapi percayalah masih ada yang memerlukan penjelasan mengenai perbezaan spesies ikan yang ada di Malaysia.
Kita akan berbicara tentang perbezaan antara spesies pari dan ketuka memandangkan masih ada yang beranggapan bahawa ketuka itu ialah anak kepada ikan pari walaupun ia sebenarnya bukan.
Ada 2 perbezaan ketara yang boleh membezakan kedua-dua spesies ini iaitu saiz dan ekornya:
Ekor
Ini adalah perbezaan yang paling ketara untuk menentukan beza pari dan ketuka. Tidak seperti spesies pari yang berekor panjang (kecuali pari kelawar), ketuka hanya mempunyai ekor yang pendek sahaja, iaitu kira-kira sejengkal dari jari manusia. Namun harus diingat kedua-dua spesies ini mempunyai sengat yang sama di pangkal ekor. Oleh itu sentiasalah berwaspada ketika mengendalikannya.
Saiz
Umum tahu bahawa ikan pari mempunyai saiz yang besar berbanding ketuka. Ketuka sememangnya sejenis spesies yang tidak membesar seperti ikan pari. Menurut pengalaman peribadi penulis, ketuka yang paling besar pun sekitar 500 gram sahaja, tidak seperti pari yang mampu menjangkau saiz puluhan kilogram.
Setahu saya ikan siakap banyak dipancing dengan teknik casting. Sama ada casting guna gewang atau umpan udang. Selain daripada menggunakan teknik casting dan pelampung, adakah ikan siakap boleh dipancing menggunakan teknik pancingan dasar?
JAWAPAN
Ada banyak teknik untuk memancing ikan siakap seperti mengelau, menunda serta memancing dasar. ‘Mengelau’ merupakan satu cara mengail ikan dengan mengocak atau menggedik umpan di atas permukaan air dari tebing sungai sambil berjalan perlahan-lahan atau dengan cara menaiki sampan dan bergerak sampan dengan perlahan. Cara ini adalah cari tradisi orang dulu memancing untuk ikan siakap, haruan, toman dan banyak lagi ikan yang menyambar.
Menunda dari bot atau sampan juga boleh di laksanakan untuk memancing ikan siakap. Bot di gerakkan perlahan lahan lebih kurang 3 – 4 knot dengan menggunakan umpan segar atau umpan tiruan. Memancing dasar juga boleh digunakan dengan penggunaan umpan segar seperti udang atau ikan.
Sudah tentu teknik bottom atau pancingan dasar sangat menjadi jika diamalkan untuk kebanyakan spesies ikan termasuklah siakap. Bezanya cuma mungkin teknik kurang popular berbanding teknik casting. Namun peratusan untuk strike siakap menerusi teknik bottom adalah lebih tinggi berbanding teknik casting.
Malah kelebihan teknik bottom ini memungkiankan anda strike lebih dari satu spesies ikan. Jadi anda tidak perlu ragu atau segan untuk mempraktikkan teknik pancingan konvensional ini. Yang penting dapat strike!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...