
Secara ringkas, umumnya penggunaan perambut atau shock leader bertujuan untuk memberikan regangan terutama jika menggunakan tali utama daripada jenis tali sulam atau braided kerana shock leader bersifat stretch (meregang).
Namun tidak bermakna perambut tidak perlu digunakan sekiranya tali utama yang digunakan adalah dari jenis tali tangsi. Ini kerana fungsi perambut bukanlah sekadar untuk memberikan regangan sahaja. Banyak lagi kegunaan leader atau perambut namun ia perlu penjelasan dalam aspek lain pula.
Bagi penggunaan leader dari jenis fluorocarbon pula, kelebihan tali jenis ini ialah keupayaan invisibilitinya ketika di dalam air lantas mengurangkan kenampakan fizkal tali di dalam air. Ini terjadi kerana material fluorocarbon adalah dari kristal yang bersifat telus pandang. Kelebihannya membolehkan peratusan ikan mengambil umpan adalah lebih tinggi.
Dari aspek lain pula sifat fluorocarbon adalah lebih keras berbanding nylon. Oleh yang demikian lebih tahan lasak dan tidak mudah luka atau putus apabila bergesel dengan struktur pepejal yang tajam di dalam air. Malah fluorocarbon juga tidak mudah kerinting atau berpintal sebagaimana tali nylon.
Walaupun ada juga kelebihan tali nylon berbanding fluorocarbon namun dalam banyak aspek ia nyata mengatasi nylon terutamanya pada harganya. Tali fluorocarbon ini agak mahal berbanding tali mono biasa. Sekiranya tidak mampu, gunakanlah perambut biasa tetapi ia amat penting sewaktu memancing spesies yang lebih sensitif.
Produk & Servis: Pengasas Jaring Ketam Drone

Nama: Anuar bin Majid
Nama Facebook: Anuar Bunohan / JARING KETAM DRONE Anis / Jaring Pancing Ketam Enterprise
Produk: Jaring Ketam Drone
baca juga hukum makan ketam nipah
Pengenalan pengasas dan produk Jaring Ketam Drone
Pernahkah anda mendengar orang memancing ketam, pada zahirnya kita hanya biasa mendengar orang memancing ikan sahaja tetapi pada kali ini saya ingin memperkenalkan
bagaimana caranya memancing ketam dengan menggunakan jaring yang diberi nama Jaring Ketam Drone (JKD).
Memancing ketam dengan menggunakan JKD ini datangnya dari idea group kami. Ahli group kami terdiri daripada Anuar Majid, Jailani, Suffian Hasshim, Shamsul, Zaidi, Shahrul dan ramai lagi yang terlibat di belakang tabir.
Pasaran produk
Produk ini telah berjaya dipasarkan ke peringkat antarabangsa sebagai contoh Negara Jordan, Kuwait, Australia & Singapura. Pasaran domistik pula tidak kurang di Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Rata-rata pengguna mengatakan Jaring Ketam Drone ini mudah digunakan & amat berpuashati dengan hasil tangkapan ketam.
Jaring Ketam Drone ini juga tidak hanya terhad pada tangkapan ketam semata-mata malah ikan seperti senangin, kitang, tamok, GT, kerapu, gelama, duri, Pari, ketuka dan udang lipan juga dengan mudah tersangkut di JKD.
baca juga panduan pasang bento ketam
Pengalaman dan cara penggunaan Produk “Jaring Ketam Drone”.
Saya mula menceburkan diri dalam dunia pemancing ketam ini semenjak 5 tahun yang lalu. Ianya bermula di pantai Pengkalan Balak, Melaka di mana pada masa itu jumlah tangkapan ketam amat memberangsangkan.
Selain itu antara lokasi kegemaran saya adalah di muara Labuh Gurap, Pulau Indah, Klang, Selangor.
Antara lokasi kegemaran ahli-ahli pemancing ketam adalah di Pengkalan Balak, Melaka, Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan, Jeti Mamood Lukut, Negeri Sembilan, Labuh Gurap
Pulau Indah, klang, Selangor, Tanjung Harapan, Klang, Selangor, Angler Resort Pantai Aceh dan Pantai Tanjung Piai, Pulau Indah, Selangor, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor,
Jambatan Bainun, Sitiawan, Perak, Waterfront Lumut, Perak, Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak, Jambatan Ke-2 Pulau Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang, Balik Pulau, Pulau
Pinang. Pantai kuantan, Pahang, Pantai Terengganu dan Kelantan & Perairan Sabah & Sarawak.
Mengapa anda perlu dapatkan “Jaring Ketam Drone”
Tentu saja kerana ia mudah digunakan.
Peratusan mendapat ketam amat memberangsangkan.
Sekiranya ingin mendapatkan ketam fresh bolehlah cuba kaedah memancing ketam dengan menggunakan JKD.
baca juga kenali ketam bunga
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Kolam Retro – Kolam Pancing Sunsue Batu Pahat

Sekiranya bertandang ke Batu Pahat dan berkelapangan masa, atau sememangnya berhajat untuk memancing, maka sewajarnya anda meluangkan masa San Sue Fishing Village atau Kolam Pancing San Sue yang terletak di Batu 3, Jalan Tanjung Laboh, Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor.
Menepati dengan nama fishing village, Kolam Pancing San Sue sememangnya adalah sebuah perkampungan memancing! Dalam kawasan kebun berbukit seluas 6 ekar, 3 buah kolam khusus untuk memancing ikan air tawar dibina.
Dua buah kolam memancing menggunakan umpan dan sebuah kolam khas untuk peminat casting menggunakan umpan tiruan atau gewang. Fasiliti dan kemudahan lazim seperti tandas dan kantin disediakan. Malah surau untuk pemancing Muslim mendirikan solat turut disediakan khusus.
Menurut pengusahanya, Mr. Goh atau lebih popular dengan panggilan Aban, Kolam Pancing San Sue mula beroperasi kira-kira 9 tahun yang lalu. Berbekalkan air bukit yang disalirkan ke setiap kolam, telah lebih 40 tan ikan mendiami ketiga-tiga buah kolam.
Kolam besar yang merupakan kolam utama berukuran lebih 1 ekar menempatkan lebih 25 tan ikan. Purata kedalamannya sekitar 8 kaki. Kolam kecil atau kolam pancing bayar balik kedua pula berukuran setengah ekar dengan kedalaman antara 3 hingga 12 kaki.
Perbezaan lain kedua kolam ini, kolam kecil menempatkan ikan-ikan keli yang menjadi tarikan utama pancingan di Johor manakala kolam besar khusus bagi pemancing yang memburu spesies lain kerana tiada keli dimasukkan ke kolam tersebut.
Saiz-saiz ikan di kedua-dua kolam juga berstatus monster. Patin terbesar yang ada sehingga berat 20 kg, tongsan sisik halus sebesar 35 kg, pacu sehingga 12 kg, rohu sehingga 12 kg, keli sehingga 10 kg, belida sekitar 5 kg dan toman di kolam casting pula sehingga mencecah 13 kg.
Beroperasi setiap hari dari jam 2 petang hingga 2 pagi (dilanjutkan sehingga 4 pagi apabila keesokan harinya hujung minggu dan cuti am), Kolam Pancing San Sue mengenakan yuran memancing sebanyak RM 30 bagi tempoh 3 jam pertama.
Bagi tambahan masa berikutnya adalah sebanyak RM 8 per jam. Sama ada di kolam besar atau kecil, syarat dan peraturan memancing adalah sama.
Teknik memancing adalah bebas dengan penggunaan 1 mata kail. Umpan juga bebas kecuali organ haiwan. Dan oleh kerana pihak kolam banyak memelihara anjing demi menjaga keselamatan kolam, peraturan tambahan dibuat iaitu larangan memancing anjing dan akan dikenakan denda sebanyak RM 250 jika berbuat demikian.
Sementara bagi peminat casting, ratusan ekor toman dan pacu sedia menanti gewang-gewang untuk dihancurkan. Dengan konsep tangkap dan lepas dan tiada bayaran balik bagi setiap tangkapan, dan dengan yuran masuk sebanyak RM20, maka bolehlah casting sehingga lebam. Sekiranya berhasrat untuk casting sebelum waktu operasi kolam atau pada awal pagi, pakej casting turut disediakan dengan kuota minima 10 orang pemancing.
EAK – Lubuk Mancing Warga Kota

Setelah seharian meluangkan masa di sini, penulis beranggapan konsep aktiviti pancingan di sini betul-betul secocok dengan jiwa pemancing rekreasi.
Pada zahirnya, hukum memancing tidak banyak berbeza berbanding lokasi pancing lain sama ada berbayar mahupun tidak.
Namun apa yang menarik di sini ialah, wujudnya nilai estetika persekitaran yang tenang seakan jauh dari rimas dan lemas pembangunan. Bagi pemancing rekreasi yang mahu menikmati nilai keseronokan memancing, penulis yakin lokasi ini tidak menghampakan.
Empangan ini juga menjadi lokasi tumpuan bagi pemancing layang atau fly fishing. Malah Nik Rahimi atau lebih mesra dengan panggilan Abe Nik pun bukan calang-calang orangnya.
Dengan pengalaman lebih 20 tahun bergelumang dengan fly fishing dan antara perintis teknik ini di Malaysia ditambah pula berkelayakan mengajar teknik pancingan fly fishing, sudah cukup untuk dikira ‘otai fly fishing’. Begitu pun, sifat rendah diri dan tidak lokek ilmu begitu terkesan bagi penulis.
Konsep pancingan santai di sini bermaksud anda memancing untuk belajar dan merasai keseronokan memancing.
Bukan sekadar untuk mendaratkan ikan semata-mata, juga bukan tentang saiz atau berat ikan menjadi keutamaan, tetapi di sinilah anda boleh mengasah dan meningkatkan teknik pancingan serta menghayati keseronokan memancing bersama keluarga dan rakan-rakan dengan persekitaran seolah-olah jauh daripada kesesakan bingit bandar raya.
Dalam perbualan antara penulis dan Abe Nik, penulis sempat bertanyakan tentan stok dan spesies ikan di empangan ini.
Abe Nik memberikan gambaran terdapat lebih 15 spesies ikan yang terdapat di sini termasuk toman (Channa micropeltes), pacu (Colossoma), peacock bass, jelawat (Leptobarbus hoevenii), rohu (Labeo rohita), bulan, sebarau (Hampala barb), patin (Pangasius spp.), tilapia dan bermacam lagi.
Ikan-ikan yang terdapat di dalam empangan yang berkedalaman mencecah 20 kaki ini kebanyakannya ikan asal, begitu pun Abe Nik mengambil inisiatif lain dengan menambahkan stok ikan yang diambil dari tasik-tasik utama di Malaysia.
Selain itu, amalan tangkap dan lepas yang disyaratkan kepada pemancing di sini juga dilihat antara faktor penting dalam memelihara stok ikan di empangan ini.
Empangan Sg. Air Kuning ini menerima pelbagai mazhab atau teknik pancing tidak kiralah anda mazhab casting, aliran bottom mahupun perguruan fly fishing. Secara mudah, semua boleh asalkan kaki pancing.
Malah bagi kaki casting dan fly fishing, lokasi ini lebih dikenali sebagai Fly fishing and Lure Casting Centre sesuai dengan niat asal Abe Nik yang mahu menjadikan tempat ini sebagai pusat lokasi kaki pancing meluangkan masa memancing, berkumpul dan bertukar pendapat di samping belajar mengasah, memperbaiki dan meningkatkan lagi teknik sedia ada.
Penulis bersama rakan-rakan sempat meluangkan masa sehari suntuk di sini baru-baru ini. Ada yang membottom, ada yang casting dan ada yang kaki fly fishing.
Walaupun kepelbagaian teknik pancing ketika itu, semuanya boleh memancing dengan gembira malah jika difikirkan, begitu banyak ilmu boleh dikongsi pada satu-satu masa.
Spesies pacu banyak di sini dan berjaga-jaga kerana rod anda mungkin terbang jika diletakkan sambil lewa. Hanya umpan hidup sahaja dibenarkan bagi kaki bottom.
Umpan seperti cacing, cengkerik atau anak ikan amat berkesan di sini. Di kaunter juga ada menjual umpan hidup. Untuk casting, gunakan gewang-gewang mikro.