SOALAN: Baru-baru ini saya ada membeli sebuah kekili baru dengan had maksima sistem tegangan 8kg. Adakah dengan sistem tegangan 8kg ini membawa makna saya hanya boleh menarik ikan dengan berat 8kg dan ke bawah saja atau bagaimana?

 

JAWAPAN

Sistem tegangan (drag system) yang terdapat pada kekili bermakna tekanan maksima (pressure) yang terdapat pada kekili untuk dihadapkan kepada ikan supaya ia letih dan mengurangkan pecutan ikan tersebut.

IKLAN

Ia tidak bermakna had berat ikan tetapi tekanan yang kita dapat letakkan pada ikan supaya ia cepat letih dan senang mengawalnya. Sistem tegangan ini perlu disiapkan sedia sebelum kita mula memancing dan diperiksa dari masa ke semasa .

Cara untuk siap sedianya adalah dengan menarik tali utama yang disiapkan bersama kekili dan joran dengan penggunaan mesin pemberat yang diikat atau sambung pada mesin pemberat pada tegangan yang di perlukan. Seorang untuk memegang joran dan seorang lagi untuk mengangkat joran sehingga berat tegangan dicapai.

IKLAN

Perlu diingatkan juga berat tegangan tali perambut serta tali utama mestilah melebihi 20% dari berat tegangan yang disiapkan sediakan.

Secara ringkas pengertian maksima drag:

IKLAN

Keadaan spool pada kekili dikunci habis, kemudian talinya dipaksa keluar dan dalam berapa tarikan maksimasehingga menyebabkan spool itu berputar. Maksudnya, jika kekili yang mempunyai max drag 8 kg, bererti spool dimatikan kemudian jika talinya ditarik dengan kekuatan di bawah 8 kg maka spool tidak bergerak tetapi jika lebih dari 8 kg makanya spoolnya bergerak.

Max drag boleh dikatakan berfungsi dan juga boleh dikatakan tidak berfungsi tergantung pada penilaian kita masing-masing. Biasanya reel dikelaskanatas beberapa siri. Umumnya adalah : Siri 1000 = 2.5kg, 2500 = 4 kg, 5000 = 5 kg, 6000 = 5 kg, 8000 = 8 kg, 10000 = 8 kg. Ini adalah umum bukannya kemestian. Tetapi kebanyakan kekili mempunyai max drag sebagai demikian kecuali reel yang di design untuk kekuatan drag yang benar benar tinggi.

Lazimnya orang selalu cakap, kekili yang mempunyai max drag yang lebih tinggi maka lebih bagus reel atau kekili tersebut. Namun saya tidak berpendapat sedemikian. Apa yang penting sebenarnya adalah keseimbangan. Ia bergantu kepada ikan jenis apa yang hendak dipancing.
Contohnya, jika korang menggunakan kekili dengan kekuatan drag 10 kg,padahal hanya untuk memancing di kolam tilapia, rasanya tidak perlulah guna kekili macam tu.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI