Pancingan artisanal atau tradisional merupakan salah satu kategori dalam industri tangkapan ikan. Mereka yang mengaplikasikan teknik ini digelar artisan.
Artisanal fishing atau pancingan artisanal terdiri daripada pelbagai teknik namun dalam skala yang kecil, hampir tiada penggunaan teknologi, kos yang rendah dan selalunya hasil pancingan para artisan ini merupakan sumber pendapatan utama untuk mereka.
Ads
Secara mudahnya, pancingan artisanal ini sama sekali berlawanan dengan konsep pancingan komersil. Kebanyakan artisan merupakan kumpulan etnik di kawasan kepulauan atau kawasan yang hampir dengan perairan.
Setiap trip menangkap ikan biasanya singkat sahaja, jarang sekali melebihi sehari dan hasil tangkapan mereka tidak dijual atau diproses, sebaliknya dijadikan sumber makanan utama untuk keluarga masing-masing.
Ads
Dalam pancingan artisanal, mereka menggunakan beberapa teknik pancingan seperti konsep rod dan tali, memanah ikan, menggunakan lembing serta jaring, namun material peralatan berbeza daripada apa yang sering kita lihat.
Pancingan artisanal mungkin akan semakin dilupai disebabkan oleh pancingan komersil suatu hari nanti.
Ads
Biarpun berlawanan prinsip dengan pancingan komersil, pancingan artisanal tetap mempunyai keunikan tersendiri malah lebih menjimatkan kos serta tidak mengancam populasi stok ikan berbanding industri pancingan moden.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Perkara yang paling tidak disenangi oleh mana-mana permancing ketika turun memancing di laut dengan menaiki bot atau sampan ialah mabuk laut. Disebabkan tiada ubat yang benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah maka muncullah pelbagai petua bagi mengatasinya. Dan memandangkan ia berstatuskan petua maka tiada siapa yang dapat mengesahkan keberkesanannya. Terpulang pada budi bicara sendiri sama ada mahu percaya atau sebaliknya. Berikut beberapa petua yang boleh korang cuba bagi mengatasi mabuk laut.
PETUA 1
Letak beberapa biji lada hitam di dalam lubang pusat dan tutup dengan plaster atau apa-apa saja pelekat (logiknya… mungkin lada hitam tersebut bertindak mengeluarkan angin yang terkumpul melalui pusat).
PETUA 2
Tampal koyok yang biasa digunakan untuk menghilangkan sakit kepala pada pusat (logiknya mungkin sama dengan menggunakan lada hitam).
PETUA 3
Minum beberapa teguk air laut atau mandi laut (ada yang berkata ia berkesan namun macam susah juga untuk menilai di mana logiknya).
PETUA 4
Makan sebiji dua pisang mentah yang kelat rasanya (mungkin ada kesannya tapi pastikan pisang tersebut dan cukup tua dan bukannya pisang muda yang masih bergetah).
PETUA 5
Hidu buah limau nipis dan makan sedikit kulitnya (logiknya memang terbukti kerana limau nipis sememangnya sering di bawa dalam pelayaran. Rasanya yang masam dan baunya yang segar mampu menghilangkan rasa mual dan loya).
PETUA 6
Selitkan sayur kangkung pada pinggang atau di dalam poket pakaian (admin rasa ini lebih kepada lawak jenaka kerana langsung tidak nampak apa efek selit kangkung pada badan. Kalau kangkung tersebut dibuat goreng berkicap rasanya lebih berkesan untuk perut).
PETUA 7
Makan keledek mentah (mungkin berkesan… cuma takut ia menyebabkan angin berkumpul dalam badan susah untuk dikeluarkan. Lagi susah angin keluar maka lagi cepat kejadian mabuk berlaku).
PETUA 8
Gigit batang cengkih (mungkin ada efeknya… bolehlah cuba kalau sesiapa nak cuba. Paling tidak pun mungkin rasa macam hisap rokok Gudang Garam).
PETUA 9
Tumbuk lada hitam dan halia bara, kemudian sapu pada perut dan pusat (yang ini nampak macam berkesan tapi tak sanggup pulak admin nak bayangkan rasa pijor atau kepanasan kulit perut dan pusat).
PETUA 10
Minum air berkarbonat yang dicampurkan perahan limau nipis (yang ini admin sokong seratus peratus. Dah boleh nampak kesannya. Nak lagi sedap simpan air tersebut dalam bekas air. Minum waktu panas…. mencakoppp!)
PETUA 11
Makan 3 sudu madu yang dicampurkan secubit garam (logiknya macam ada di situ… madu kan penawar segala penyakit. Kalau tak cuba tak tau… lepas ni bolehlah cuba bawak madu ke laut).
PETUA 12
Tangkap daun yang gugur tanpa mencecah tanah dan kemudiannya selitkan pada pinggang atau simpan di dalam poket pakaian (bunyi macam hebat ala-ala misteri Nusantara sikit tapi admin tak nampak pun apa kaitannya dengan daun yang gugur tak cecah tanah tu).
Ikan talang adalah ikan lautan tropika yang popular sebagai sasaran pemancing berikutan memiliki tenaga, kepantasan dan aksi akrobatik berulangkali di luar permukaan air dalam usahanya untuk melepaskan mata kail yang tersangkut pada mulutnya.
Ikan talang secara umumnya hidup di laut luas dan mendiami perairan pantai dan sering didapati berenang secara berkumpulan.
Ikan talang bersaiz kecil atau juvenil boleh ditemukan di muara sehingga sempadan air payau.
Manakala talang dewasa biasa ditemukan mendiami kawasan perairan terbuka berhampiran dengan terumbu karang atau tanjung.
Ikan talang boleh dipancing dengan mengunakan umpan hidup, umpan potongan ikan, pelbagai jenis umpan tiruan serta jig. Jika menggunakan umpan hidup (ikan, udang atau sotong) bolehlah gunakan teknik apungan, pertengahan air ataupun dasar.
Walaupun talang adalah ikan pelagik, yang mencari makanan di permukaan dan pertengahan air, talang turut meronda hingga ke dasar laut yang cetek.
Disebabkan talang merupakan ikan pelagik atau pemangsa, maka ia turut boleh dipancing dengan menggunakan gewang tiruan dengan teknik casting, popping, trolling dan jigging. Untuk kepuasan sebenar memancing talang disarankan menggunakan set peralatan ringan.
Biarpun talang tidak memiliki gigi tajam seperti tenggiri atau alu-alu namun ia memiliki mulut atau bibir kasar yang boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut fluroucarbon adalah lebih baik berbanding perambut nylon atau monofilamen.
Sekiranya kawasan tersebut ada kewujudan tenggiri maka bolehlah guna perambut dawai sebagai insuran walaupun untuk memancing talang.
Adalah satu kerugian besar jika korang ke Tasik Kenyir tetapi tidak melakukan aktiviti memancing. Ini sebabnya kenapa korang harus memancing.
Pelbagai Ikan sasaran
Sebelum pergi, sasarkan dulu, apa yang anda ingin pancing atau kunjungan anda lebih kepada santai. Jika ingin casting dan seronok mencari sebarau, pilihan terbaik datangla ketika awal musim tengkujuh (November-Januari). Jika ingin mencari kelah, tengas dan ikan-ikan lain, datanglah ketika musim panas (Mac-September).
Geng Mancing
Majoriti mereka yang berkunjung ke sini biasanya adalah secara grup di antara 10-20 orang. Bagi kaki pancing yang teringin hendak ke sini, tetapi tidak ada geng jangan risau kerana permintaan untuk memenuhkan trip sentiasa sahaja ada.
Caranya rajin-rajinlah menjengah grup Whatsapp atau Facebook kerana biasanya akan ada trip memancing yang dianjurkan oleh individu tertentu dan anda boleh turut serta dan menyelit dalam trip tersebut. Secara tidak langsung anda akan mendapat kawan baru.
Jangan lupa kamera
Adalah amat tidak bermakna, jika kunjungan anda, lebih-lebih lagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, tidak membawa sebarang jenis kamera. Bagaimanakah anda mahu berkongsi momen anda datang ke sini dengan rakan-rakan jika tiada rakaman yang anda telah pun berjaya menaikkan ikan kelah 4 kg atau sebarau 2 kg? Jadi jangan lupa senaraikan kamera dalam list perancangan anda.
Berkumpul di jeti mana?
Untuk memasuki dan memancing di Tasik Kenyir hanya ada dua sahaja pintu masuk iaitu Jeti Jenagor (pintu masuk stesen TNB) di Kuala Berang dan juga Pengkalan Gawi. Rujuk dengan tekong dan ahli trip yang lain di manakah semua ahli akan berkumpul. Namun kini Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama.
Waktu bertolak dan balik
Tiada waktu khusus untuk anda tiba di Pengkalan Gawi kerana ia dibuka 24 jam. Lazimnya boathouse akan bertolak dari jeti seawal 8.00 pagi. Oleh yang demikian peserta harus bertolak pada malam hari dan akan tiba di bandar Kuala Berang sekitar jam 6 pagi untuk solat subuh, sarapan dan membeli barang keperluan seperti bekalan ais dan sebagainya.
Waktu keluar dari Tasik Kenyir pula bergantung kepada perbincangan dengan pengusaha boathouse. Namun untuk tujuan keselamatan (ancaman angin lintang pada waktu petang), lazimnya boathouse akan bertolak keluar pada waktu pagi dan tiba di jeti sekitar jam 1-3 petang.
Teknik pancingan
Di Tasik Kenyir anda bebas untuk melakukan teknik apa sahaja. Kaedah pancingan dasar biasanya dari atas boathouse atau landbase di sasarkan untuk ikan kelah, toman, baung, belida. Manakala penggunaan speedboat perlu jika ingin meneroka ke lubuk-lubuk terpencil bagi mendapatkan sebarau dan toman.
Jika ramai kaki casting dalam sesebuah boathouse, bilangan speedboat akan ditambah (caj tambahan akan dikenakan) atau juga, kaki pancing boleh bawa sendiri speedboat.
Berapa banyak rod dan kekili nak dibawa? Jika menaiki boathouse, terpulang kepada anda ingin membawa seberapa banyak batang joran dan koleksi gewang selagi anda larat bawa. Selain casting, aplikasi trolling juga boleh dipraktikkan jika mahu menduga siakap Tasik Kenyir.
Untuk pancingan dasar, sebelum trip berlangsung anda boleh minta tekong sediakan umpan kelapa sawit, palet dan anak ikan. Biasanya ia telah termasuk di dalam kos memancing. Sebagai tambahan, anda boleh membawa sendiri umpan seperti anak keli, ikan kap untuk pancingan toman dan baung bersaiz gadang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...