Profil ikan siakap sangat gagah dan kekuatan fizikal. Ia sangat hebat dan sangat menguja ketika melayan tarikannya. Habitat siakap adalah pada kedalaman air sekitar 2-8 meter kawasan berbatu-batu/karang, struktur konkrit , sekitar kayuan serta buluh atau di sekitar akar-akar bakau yang tepat sekali adalah di kuala sungai dan tepi laut.

 

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Mancing Siakap!!

 

Untuk kedalaman 10 meter masih biasa dihuni oleh siakap asalkan ada struktur besar seperti kapal karam, jambatan, jeti dan sebagainya. Pilihlah lokasi terbaik yang mungkin kita sedia maklum di mana siakap selalu dinaikkan oleh kaki pancing. Siakap selalu mendiami muara sungai dan kawasan pokok bakau atau pokok nipah.

 

IKLAN

Muara sungai atau kuala sungai serta sungai yang berdekatan dengan laut juga, antara tempat atau kawasan yang disukai terutamanya oleh ikan-ikan siakap muara atau kuala yang berukuran besar. Sungai yang bermuara terus ke laut adalah lah tempat mereka bersarang dan bertelur. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan yang susah dipancing karena terlalu sensitif dan sangat berhati hati dengan kehadiran manusia.

 

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Mancing Siakap!!

 

Waktu aktif siakap mencari makan biasanya bermula dari jam 4.00 petang hingga ke 6.00 petang di mana angin laut mulai meredup, kemudian angin berubah menjadi angin darat sebentar kemudian angin timur. Selama angin tidak terlalu kencang siakap masih mau makan.

IKLAN

Sekitar jam 11.00 malam -12.00 tengah malam saat angin berubah Tenggara sehingga siakap berhenti makan sampai angin dari timur muncul lagi sekitar jam 03.00-04.00 sampai jam 8 malam.

 

Keadaan air juga mempengaruhi faktor pemakanan siakap. Saat air pasang naik siakap senang makan. Ketika air pasang penuh siakap mulai kurang ghairah untuk makan. Ketika air mulai turun dan maksimum pada titik bawah siakap mulai makan lagi.

 

IKLAN

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Mancing Siakap!!

 

Pada keadaan air bertahan (ada lapisan lumut/plankton tipis di permukaan) siakap jarang ada yang mau makan. Ini disebabkan oleh bahan yang bergerak akan menimbulkan semacam sinar di permukaan yang membuatkan siakap menjauhkan diri.

 

Umpan ikan siakap terbaik yang paling mujarab adalah udang putih. Selain lebih kuat berenang dibanding udang kelabu, udang putih matanya akan menyala di dalam air pada waktu malam hari. Ada juga yang menggunakan ikan belanak tapi ini harus full kontrol karena ikan ini suka masuk ke struktur batuan atau reba. Umpan belanak biasanya digunakan di waktu malam yang mempunyai cahaya bulan.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI