Semua pemancing ingin memperoleh lesen memancing ikan tenggiri. Namun, tenggiri merupakan pemangsa yang paling bijak menewaskan pemancing. Oleh yang demikian, pemancing perlu bijak menyediakan peralatan jika mahu menewaskan spesies yang terkenal dengan pecutan dan gigi umpama pisau cukur ini.

 

Perambut

 

Pada waktu siang ramai menggunakan perambut tangsi 30lb dengan sejengkal dawai tahan karat jenis mono saiz 22 atau 24. Jenis keras tetapi halus amat digemari.

 

Perambut pula warna putih jernih banyak digunakan. Panjang perambut biasanya 3 hingga 7 depa. Jangan pakai perambut berwarna selain warna tangsi cerah. Paling baik jika keupayaan tangsi berkenaan mampu bertindak seperti halimunan atau tidak kelihatan di dalam air.

 

Teknik & Peralatan Nelayan Memancing Tenggiri

 

Pada waktu malam pula, perambut lebih kasar digunakan kekuatan di antara 40lb 70lb. Dawai tahan karat pula sama. Kecuali untuk menunda gunalah dawai yang lebih kasar.

 

Dawai jenis sulam sama ada 7 lapis atau 49 lapis menjadi pilihan para pemancing diikat bersama mata kail pilihan sebelum disambung pada perambut utama. Waktu malam biasanya ikan tidak begitu nampak dengan perambut tangsi.

IKLAN

 

Mata Kail

 

Mata kail jenama Mustad no 7 tanpa lubang digunakan secara meluas di sebelah Terengganu dan Kelantan manakala nelayan Kuala Pahang lebih gemar menggunakan mata kail no 3. Mata kail tanpa lubang bertujuan untuk memudahkan mata dipasak pada badan ikan tanpa memberi kecederaan teruk. Ikan hidup lebih lama di dalam air jika mengunakan mata kail jenis ini kerana ia tidak cedera teruk.

 

Teknik & Peralatan Nelayan Memancing Tenggiri

 

Golongan pemancing pula lebih gemar menggunakan 2 mata kail atau kombinasi satu mata bersama mata tiga. Mata kail kecil dikatakan kurang kadar sangkut (hook up) berbanding mata kail bernombor 6/0 ke atas.

 

IKLAN

Satu jenis mata kail cukup popular di pasaran sekarang ini ialah jenis circle hook. Jenis mata kail ini berfungsi apabila ikan melarikan umpan. Ia akan tercangkuk dengan sendiri tanpa perlu disentap balas.

 

Teknik & Peralatan Nelayan Memancing Tenggiri

 

Mata kail jenis ini amat jarang melekat jauh ke dalam mulut. Ia biasa terselit pada bahagian bibir atau luar mangsa. Kelebihan keduanya ialah ia mampu mengekang kedudukan mata kail walaupun semasa ikan meronta (menggeleng kepala) sambil memuntahkan semula umpan yang ditelan.

 

Jarak antara hujung mata dengan batang amat kecil dan reka bentuk begini mampu mencegah mata kail dimuntahkan keluar. Selain itu gunakan mata kail panjang (long shank) kerana ia sesuai untuk ikan mati.

 

Tali Utama

IKLAN

Para nelayan banyak menggunakan tangsi kekuatan 100lb hingga 200 lb, manakala bagi pemancing pyla tali mono atau tangsi dari 30lb hingga 60 lb menjadi pilihan. Untuk tali utama sebarang warna tidak ada masalah sama sekali tapi janganlah yang terlalu terang atau yang mudah ikan nampak kerana bimbang ia mudah takut.

 

Akhir-akhir ini tali benang atau sulam (braided line) pula banyak digunakan dari kekuatan 60 lb hingga 120 lb.

 

Teknik & Peralatan Nelayan Memancing Tenggiri

 

Koyan

 

Saya suka pakai 150lb untuk koyan. Tangsi digosok dengan kertas pasir sebelum digunakan agar ia kesat dan memudahkan kita memegang dengan kemas.

 

Tangsi bila kena air masin akan menjadi licin. Untuk joran pula 30lb untuk kekili aksi menengah. Pakai 15lb hingga 20 lb tiada masalah sama sekali. Tapi perlu guna kekili yang mampu menggulung tangsi dengan cepat dan laju.

 

Teknik & Peralatan Nelayan Memancing Tenggiri

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI