Kenali Teknik Kuno Memancing Guna Burung

Share

 

Mungkin ramai yang belum pernah dengar tentang teknik cormorant fishing. Mungkin memang tak pernah dengar pun. Tetapi tahukah anda teknik Cormorant merupakan teknik memancing ikan yang paling lama digunakan dan teknik tersebut masih digunakan hingga kini?

 

Cormorant fishing adalah teknik memancing tradisional di mana nelayan menggunakan burung cormorant yang terlatih untuk menangkap ikan di sungai.

 

 

Sejarahnya, teknik ini banyak digunakan di Jepun dan China sejak tahun 960 lagi dan diwariskan secara turun temurun. Di Jepun, tradisi memancing ikan dengan menggunakan burung cormorant ini disebut ‘ukai’.

 

Biasanya teknik ini dilakukan bersama nelayan lain yang semuanya memiliki burung ini. Dengan menaiki perahu, para nelayan membentuk sebuah formasi lingkaran dan burung-burung cormorant diarahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran.

 

 

Setelah burung cormorant dilepas dari perahu oleh nelayan, ia dengan segera akan menyelam dan menangkap ikan dengan paruhnya.

 

Untuk mengendalikan burung, para nelayan memasang tali pengikat pada leher burung. Ini dilakukan untuk mencegah burung daripada menelan ikan yang bersaiz besar, namun burung cormorant masih boleh menelan ikan kecil atau ikan yang tidak menepati saiz yang diinginkan nelayan.

 

Teknik ini sangat berkesan pada waktu malam kerana nelayan menggunakan cahaya api dari obor untuk menarik perhatian ikan.

 

 

Saat ini, teknik Cormorant fishing merupakan khazanah memancing yang semakin luput ditelan zaman. Lebih malang lagi, teknik ini hanya dilakukan oleh nelayan yang berusia di mana nelayan muda lebih gemar menggunakan teknik moden seperti jaring dan pukat.

 

Info cormorant

 

Burung cormorant merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput dan mempunyai paruh yang berkantung. Diet utamanya ialah ikan.

 

IKLAN