Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Mollusca

Class: Cephalopoda

Order: Octopoda

Family: Tremoctopodidae

Genus: Tremoctopus

Species: T. violaceus

Binomial name: Tremoctopus violaceus

 

IKLAN

Kenali Spesies Sotong Ala-Ala Sulur Bidar

 

Saya percaya ramai kaki pancing pernah mendengar salah satu mitos yang diceritakan oleh orang dulu-dulu mengenai sejenis mahkluk mitologi dipanggil sulur bidar. Sulur bidar ini dikatakan wujud di Tasik Kenyir.

 

Kisah Sulur Bidar ini agak popular dikalangan kaki pancing kerana mahkluk mitos ini diceritakan sering menganggu nelayan dan pemancing yang sedang menangkap ikan agar jatuh lemas kedalam air dengan menggoncangan sampan dinaiki oleh mereka supaya karam.

 

Kenali Spesies Sotong Ala-Ala Sulur Bidar

 

IKLAN

Apabila terjatuh di dalam air, sulur bidar akan menggulung mangsa menggunakan badannya selama beberapa hari supaya mati lemas. Bentuk sulur bidar ini diceritakan seperti sehelai kain yang sangat besar mempunyai 4 kepala yang sangat menakutkan terdapat pada setiap sudut badannya.

 

Cerita mitos ini pantas berlegar di kepala saya apabila ingin menulis perihal sejenis sotong yang sangat unik. Salah satu spesies sotong kurita yang dianggap sangat rare ini  dinamakan Tremoctopus atau kebiasaannya dipanggil sebagai blanket octopus (sotong selimut ) disebabkan bentuk fizikal berkelihatan seperti sehelai kain selimut yang sedang `terbang’ (hanyut) di dalam air laut. Spesies sotong selimut ini berhabitat di dalam kawasan perairan jenis Subtropika.

 

Kenali Spesies Sotong Ala-Ala Sulur Bidar

 

Ukuran bagi spesis sotong selimut ini mampu mencapai sehingga 2 meter panjang dan ukuran bagi jantina pula betina lebih besar berbanding jantan. Jangka hayat bagi sotong selimut ini dianggarkan mencapai 3 ke 5 tahun dan sotong betina mampu hidup lebih lama berbanding sotong jantan.

IKLAN

 

Setiap kali ketibaan musim mengawan bagi sotong selimut ini, sotong betina mampu membawa sebanyak 100,000 telur yang melekat di permukaan badan dan ruang di antara sesungutnya boleh mengembang menjadi sehingga kesemuanya menetas.

 

Kenali Spesies Sotong Ala-Ala Sulur Bidar

 

Selain daripada keunikan bentuknya seperti selimut, spesies sotong ini juga kebal terhadap mana-mana hidupan laut yang mempunyai racun seperti toksin yang terdapat dalam obor-obor Man O’War Portugis sangat beracun.

 

Disebabkan spesies sotong ini imun terhadap mana-mana toksin, sotong ini terkenal kerana dia mampu merobek obor obor jenis Man O’War walaupun memiliki senjata digeruni sudah tidak berguna lagi terhadap spesis ini.

 

Kenali Spesies Sotong Ala-Ala Sulur Bidar

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI