Pokok nipah boleh dianggap pokok serba guna seperti pokok kelapa. Semua bahagian pokok nipah boleh dimanfaatkan. Pokok nipah hidup di tanah lembab atau berpaya. Pokok nipah dikategorikan jenis pokok palma.
Pucuk nipah boleh dijadikan rokok daun. Daun pokok nipah yang tua pula digunakan sebagai atap rumah. Bunga nipah dan buah nipah yang masih muda amat sedap dijadikan sebagai kerabu. Buah nipah yang mempunyai isi matang boleh dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang manis seakan buah rambutan.
Mengikut amalan orang tua-tua dahulu, batang nipah sekiranya dikikis dan serbuk itu boleh membantu menghentikan pendarahan luka.
Ads
Disamping itu juga, akar nipah juga dikatakan boleh merawat darah tinggi dan juga kencing manis. Namun begitu, hal ini belum dapat dipastikan kerana tiada kajian yang terperinci yang dilakukan.
Manfaat yang paling umum diketahui ialah tandan nipah mengeluarkan air yang dikenali sebagai tuak ataupun nira yang juga akan menghasilkan cuka sekiranya diperam lebih lama. Nira ini juga dapat menghasilkan manisan nipah.
Ads
Semua orang tahu bahawa pokok nipah banyak gunanya. Buahnya yang matang boleh dimakan. Mayangnya boleh menghasilkan nira dan cuka nipah. Ada satu lagi yang jarang orang tahu ialah batangnya.
Yang berguna adalah bahagian bawah batangnya (pelepah). Ramai orang tak tahu batang nipah boleh menghasilkan garam.
Ads
Cara menghasilkan garam nipah:
Buang kulit luarnya dan ambil bahagian dalam yang lembut (empulur). Perah airnya macam mesin air tebu. Air perahan ini dimasak hingga kering dan akan terhasillah garam.
Longgok batang nipah banyak-banyak, jemur hingga kering, kemudian bakar hingga jadi abu. Kumpulkan abunya dan larutkan dalam air. Buang sampah yang terapung dan tapis dengan kain. Air yang ditapis ini dimasak hingga kering dan akan menghasilkan garam.
Ini adalah salah satu cara membuat garam yang diamalkan oleh tua-tua zaman dahulu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Setiap kali kita mengambil gambar sama ada juru foto profesional mahupun amatur, pasti ada sahaja kesilapan gambar tersebut yang kita tidak jangka. Sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera, kesilapan-kesilapan ini sememangnya sering terjadi walaupun segala persiapan telah kita lakukan. Mari kita teliti apakah kesalahan tersebut supaya ia tidak berulang lagi.
GAMBAR BLUR ATAU KABUR
Ramai juru foto amatur kerap komen yang gambar mereka selalu blur. Jawapan yang paling mudah untuk menjawab persoalan ini ialah bila cahaya kurang memasuki sensor, sistem penghasilan imej cuba mencari titik fokus imej yang hendak dirakam supaya nampak sharp dan jelas.
Ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mengambil gambar seperti ini seperti menggunakan monopod atau tripod terutamanya ketika merakam imej di kala malam. Sila pastikan anda menggunakan ISO, shutter speed yang tinggi saat merakamnya atau gunakan speedlight untuk freeze sebarang pergerakan.
TERLALU BANYAK KONTRAS
Gambar yang terlalu banyak kontras boleh dilihat melalui perbezaan di antara terangnya cahaya (highlight) dan bayang gelap (shadow) di sekitar imej. Contoh yang paling senang untuk dilihat adalah ketika kita ingin merakam gambar sewaktu matahari terik di waktu siang. Gunakan flash untuk mengelakkan terlalu banyak bayang pada kawasan imej.
GAMBAR RED-EYE
Sungguhpun red-eye boleh di ubah menggunakan software tertentu akan tetapi anda boleh minimumkan kesalahan ini. Ia biasanya terjadi apabila penggunaan flash terpantul pada retina mata. Anda boleh elakkan menggunakan built-in flash. Selain itu, ada juga kamera yang mempunyai mode red-eye reduction. Satu lagi teknik yang boleh anda cuba ialah menjarakkan subjek supaya tidak terlalu dekat dengan kamera anda.
IMEJ OFF-COLORS
Ia bermaksud imej yang terhasil selepas dirakam berbeza sedikit warnanya dengan subjek nyata. Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh White Balance (WB) untuk mengelakkan berlakunya kesilapan berulang. Anda boleh set auto pada kamera anda. Contoh yang boleh dilihat adalah ketika anda ingin merakam gambar indoor fotografi, imej akan menjadi lebih oren kekuningan sedikit kerana cahaya yang datang dari lampu atau cahaya sekitarnya. Gunakan tungsten setting pada kamera anda untuk seimbangkan suhu warna tersebut.
TIDAK FOKUS PADA SUBJEK
Apabila merakam gambar, kebiasaannya kita akan cuba fokus kepada sesuatu subjek untuk dimuatkan betul-betul dalam bingkai (framing) kamera tersebut. Akan tetapi, pasti ada sahaja gangguan dari objek-objek yang tidak ada kena mengena dengan gambar yang ingin kita fokus itu termasuk sekali di dalam imej tersebut. Cuba anda crop imej tersebut dengan menggunakan zooming untuk mengelakkan subjek yang tidak diperlukan masuk ke dalam gambar. Anda boleh menggunakan software di komputer anda untuk edit gambar tersebut.
SUBJEK TERLALU JAUH
Setiap gambar yang dirakam mesti mengalami masalah terlalu jauh daripada subjek, impak yang dihasilkan pada gambar akan jadi kurang. Ia boleh diperbetulkan dengan cara anda bergerak dengan lebih dekat pada imej atau anda boleh gunakan telephoto zoom lens atau boleh crop imej tersebut menggunakan software. Anda juga hendaklah menggunakan resolusi yang tinggi dan bersesuaian kerana bila anda lakukan crop imej, ia akan mengurangkan kualiti gambar tersebut.
GAMBAR UNDEREXPOSED & OVEREXPOSED
Perkara sebegini sering berlaku di mana anda imej menjadi terlalu terang atau terlalu gelap tidak sama seperti yang anda inginkan. Hal ini berlaku kerana sama ada cahaya yang memasuki sensor terlalu banyak atau terlalu sedikit. Untuk mengelakkannya, anda boleh setting kamera pada LCD dengan mengurangkan metering -0.5 atau -1 untuk overexposed dan ‘+’ untuk tambah cahaya bagi imej underexposed menjadi +0.5 atau +1.
Kesilapan-kesilapan ini sememangnya sering dilakukan dan dengan kesilapan sebegini kita lebih belajar bagaimana menghasilkan imej terbaik, bermutu dan berkualiti.
Sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri. Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengkelasifikasikan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut. Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spefisikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek. Gewang selaman dalam atau sinking crankbait yang biasa digunakan untuk target sebarau dan toman pun boleh digunakan.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin. Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Boleh tak admin ceritakan sedikit apa kelebihan gewang SP (soft plastic) dan bagaimana dengan keupayaannya memikat ikan? Saya sebenarnya masih ragu-ragu dengan keupayaan SP ni.
JAWAPAN:
Soft plastic (SP) merupakan salah satu umpan tiruan atau gewang yang sudah lama bertapak di negara kita namun popularitinya tidaklah sehebat gewang replika ikan dan jig. Namun di negara barat ia merupakan umpan tiruan yang meluas penggunaannya sama ada pancingan air tawar mahupun air masin. Sementara di negara kita ia lebih banyak digunakan di arena pancingan air tawar sahaja.
Ia mungkin bersangkut paut dengan gaya pancingan dan ikan sasaran yang sesuai dipancing dengan penggunaan SP. Secara teknikalnya, soft plastik sangat berbeza jika dibandingkan dengan hard lure namun sangat efektif memikat ikan.
Dengan teknik yang betul, soft plastic dapat digayakan mirip dengan diet ikan pemangsa. Selain alunan lembut yang menggoda, modal yang diperlukan tidak terlalu tinggi dan soft plastik juga terbukti sebagai salah satu umpan yang terbaik.
Hari ini, ramai pemancing kita sudah menggemari dan faham cara penggunaan SP dan ia dipraktikkan dengan meluas khususnya penggemar spesies snakehead terutamanya haruan. Malah dengan keberkesanan SP ini memikat spesies haruan yang sebelum ini sinonim dengan penggunaan umpan alami seperti katak hidup membuatkan makin ramai pemburu haruan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...