Semasa membuat penyisihan rutin ke atas larva ikan yang dikutip dari lagun Pulau Lizard di Terumbu Penghalang Besar Tom Trinski (penyelidik muzium Australia) terperasan ada telur-telur di sebalik dinding badan seekor larva yang jernih.
Penemuan penting itu kemudiannya tersiar dalam akhbar, menyebabkan media antarabangsa menyerbu muzium tersebut.
Ads
Strategi pembiakan infantfish adalah pelik kerana haiwan juvenil ini mampu membentuk ciri-ciri dewasa. Ia dikenali sebagai paedomorfik atau neotenous yang juga adakalanya terdapat pada haiwan lain. Contoh terbaik ialah ikan berjalan Mexico atau Axolotl.
Oleh kerana ia terlalu kecil dan cepat matang, patut ditanya berapa lamakah ikan sekecil ini boleh hidup? Biarpun ikan ini belum diketahui umurnya, namun saudara terapatnya yang tinggal di Jepun didapati mencapai kematangan dalam masa 23 hingga 60 hari.
Ads
Dalam satu kajian terhadap satu lagi ikan tropika terkecil iaitu ikan goby karang kerdil (yang hanya membesar kepada 2cm), dianggarkan (mengikut kiraan lingkaran tumbesaran harian pada tulang telinganya) spesies ini mungkin berjangka hayat hanya 59 hari.
Ads
Walaupun angka ini perlu disahkan, namun besar kemungkinan ikan kecil seperti infantfish hidup sekejap dan mati cepat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Teknik memancing siakap secara tradisional dengan menggunakan umpan udang putih biasanya dengan kekuatan joran sekitar 7 kaki berkekuatan 10-20lb dan haruslah fast action. Tali mono standard sehingga 25lb. Mata kail, kalau Mustad Saltwater gunakan lah yang no. 1 atau 2.
Ikat mata kail dengan perambut sekitar 15-20 cm. Tusukkan mata kail pada sisi ruas ekor sampai tembus ke pinggang. Tidak perlu diberi pemberat kecuali memancing di reba kayu atau keadaan arus agak deras baru boleh diberi ladung kecil sahaja.
Umpan yang sering digunakan oleh kaki pancing biasanya udang hidup, ikan belanak dan gewang sama ada melalui kaedah casting atau trolling. Selalunya kaedah trolling membuahkan hasil. Kalau memancingnya pakai reel maka pagar reel (bail arm) harus selalu dibuka. Ini kerana tali harus terus terkeluar bebas mengikut udang yang berenang.
Lepaskan tali keluar dengan menggunakan jari. Akan lebih mudah jika menggunakan kelongsong. Berhati-hatilah dalam mengawal tali yang yang keluar ini, tidak boleh terlalu kuat kerana semasa udang disambar siakap, tali ini akan keluar terlalu pantas.
Karakter siakap semasa menyambar udang biasanya umpan akan terus dibawa lari, tapi udang masih dikepit di bibir dengan posisi kepala di dalam mulut ikan tersebut. Kalau semasa sambaran pertama tali sedikit sangkut oleh jari, udang ini akan terus dilepaskan oleh siakap, dan jika ini terjadi gantilah udang tersebut dengan udang yang baru.
Ketika siakap pertama kali menyambar udang, pedang udang itu akan dipatahkan. Menurut pengalaman, siakap tidak lagi tertarik untuk menyambar udang dengan pedang yang telah patah.
Jadi tekniknya hulurlah tali semasa sambaran pertama dari siakap. Sebentar kemudian, atau lebih kurang 5-15 saat huluran akan berhenti. Siakap berhenti untuk memasukkan seluruh udang ke dalam mulutnya (kemam).
Saat ini kita dengan sangat pelan-pelan menggulung tali dan ditarik tali tidak terlalu kendur. Setelah udang masuk mulut, siakap akan berjalan lagi. Saat inilah yang paling tepat buat menyentak dan terus mengepam joran.
Kadang kala ada siakap yang menyambar dan terus membawa lari umpan tanpa henti. Tunggu dulu dalam waktu sekitar 5-15 saat kalau ikan tidak berhenti terus sahaja menyentak joran.
Waspada juga, kebanyakan cara makan siakap besar. Dia akan menyedut dengan rakus dan keras sekali, tapi hanya berenang pendek. Kemudian dia jalan lagi tapi pelan-pelan. Bersiap-siaplah untuk berlawan atau melayan tarikan dalam waktu yang agak lama.
Pilihan Gewang
Memancing dengan menggunakan gewang minnow. Pilihlah minnow jenis deep diver yang berbadan slim. Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung kebawah seperti udang.
Contoh gewang rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain boleh digunakan tapi pilihlah gewang mengikut kesesuaian, seperti keadaan air dan sebagainya. Sesetengah orang berkata pemilihan warna gewang dan air juga memainkan peranan.
Sotong mengabang atau di dalam bahasa saintifik dipanggil Sepioteuthis Lessoniana Lesson menggemari kawasan berstruktur sebagai tempat tinggalnya seperti di kawasan karang, unjam serta tukun.
Manakala di pesisir pantai pula ia mudah diperolehi di sekitar pulau berbatu, benteng pemecah ombak serta jambatan terutama ketika air pasang, ia akan menghampiri sehingga ke pinggir pantai.
Pulau-pulau berbatu seperti Redang, Pemanggil, Pangkor, Tioman, Langkawi, Pulau Sembilan serta beberapa lagi pulau di negara kita yang telah diketahui terdapat sotong mengabang bermastautin.
Saiz dalam lingkungan 1kg ke bawah biasanya diperolehi jika mengilat di kawasan pantai manakala saiz yang diperolehi di sekitar unjam lebih besar.
Unjam-unjam di perairan Rompin contohnya sudah sekian lama menjadi padang pancing penggemar sotong mabang. Berikutan sudah ramai yang meminatinya, hari ini sotong mabang tidak lagi semudah dahulu untuk memperolehinya.
Komplot casting mengabang bersama Abe Din menyasarkan Pulau Ular yang terletak di Cherating, Pahang sebagai lokasi kali ini. Abe Din bukanlah orang baru dalam segmen eging ini malah beliau antara perantis yang banyak membongkar rahsia mabang dalam penulisannya.
Pulau berbatu dengan belukar kecil di tengahnya memang sesuai untuk tujuan ini. Ia juga tidak jauh dari pantai. Kami menggunakan khidmat Tekong Anuar untuk menghantar kami ke pulau tersebut.
Sebaik sampai, perbincangan ringkas diadakan. Hasil dari perbincangan ringkas itu kami sepakat sekata untuk mendirikan khemah sebagai penginapan sepanjang kami berada di sini. Khemah didirikan di kawasan batu hampar di atas bukit.
Setelah memasang khemah dan menyusun barang-barang keperluan, masing-masing seperti tidak sabar-sabar lagi untuk beraksi, terus mencapai joran dan turun ke bawah bukit menyusuri tongkah-tongkah batu.
Saya lewat sedikit kerana menyediakan peralatan. Sebaik sahaja saya sampai ke spot casting, Abe Din mengangkat tangannya menunjukkan mengabang yang sudah dia perolehi. Cepat betul!
Saya yang menggunakan joran Squid Rock Egi sepanjang 8.5 kaki tiada masalah untuk melontar jauh candat. Cuma ketika mengarau, hujung joran perlu ditundukkan ke bawah supaya tangsi tenggelam ke dalam air.
Tiupan angin pantai yang laju akan menyebabkan tali tangsi jadi melengkung. Sudah tentu akan lambat merasai henjutan mengabang yang menyentap candat. Justeru itu amat penting bagi meluruskan tali sebelum melakukan henjutan.
Agak lama juga masa yang diambil untuk menguasai permainan eging ini. Setelah berjaya memperoleh lesen, barulah saya kembali ke tugasan utama saya iaitu merakam foto kejayaan ahli-ahli trip.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika (Latimeria chalumnae) dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia (Latimeria menadoensis). Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki. Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba. Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut. Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg. Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun.
Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...