Terdapat beberapa jenis ikan duri yang boleh ditemui di negara kita. Asasnya semua keluarga ikan duri memiliki sesungut atau sesetengah pemancing menamakan janggut atau misai, 3 sengat separa bisa (1 atas badan, 2 di kiri kanan sirip utama).
Separa bisa saya maksudkan ialah kesan bisa tidak lama, kalau tercucuk duri sengatnya paling lama 3 jam denyutan sengal, tapi pengalaman saya kurang dari 1 jam bisanya sudah hilang berbanding sembilang, pari dan depu. Kalau yang dah biasa tercucuk duri ikan ini tentu dan lali dengan kesan kebas seketika.
Ads
Duri etek dikenali berdasarkan bentuk fizikalnya berbeza sedikit dengan lain-lain ikan duri yang berada di habitat yang sama. Terdapat tompok hitam pada hujung sirip dorsal kedua. Bentuknya lebih memanjang dan paling ketara di bahagian kepala sedikit leper menirus ke bawah.
Ads
Badannya kelihatan gempal terutama yang bertelur tetapi diimbangi dengan panjang. Menurut catatan para saintis dan pengkaji ikan marin, duri etek hanya membesar pada saiz maksimun 36cm atau 1.2 kaki. Rekod tangkapan saya sekitar purata 1kg ke bawah.
Ads
Yang leceh mengenai ikan duri ini ialah lendir di badan yang melekit dan sukar di tanggalkan apabila melekat pada tangan. Bau hanyir dan lumpur ikan ini juga kuat sekali. Cara mudah gunakan plier muncung panjang untuk memegang atau melepaskan mata kail. Jika tidak mengkehendaki ia, buang kembali ke habitat asal tanpa mencederakannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Hampir semua spesies ikan trevally terkenal dengan keupayaan dan berdaya juang yang kuat dan tidak mengalah menjadikan spesies-spesies ini antara yang terbaik untuk carta ikan pancingan sukan. Selain kekuatan, spesies trevally ini banyak bergantung pada deria penglihatan dalam usaha memburu makanan.
Ikan cupak mudah dikenali berdasarkan matanya yang bulat besar dan bersinar pada malam hari apabila terkena pancaran cahaya. Bentuk ikan cupak seakan jemuduk di mana ia lebih slim memanjang dari gerepoh yang lebih lebar badannya.
Nama Inggeris dikenali sebagai bigeyes trevally, dusky jack merujuk kepada bebola mata yang besar. Memiliki ekor bercabang dan sisik yang keras serta tajam di pangkal ekor. Bertukar dari putih semasa hidup menjadi kehitaman apabila mati. Dagingnya juga lebih gelap berbanding jemuduk.
Sirip dorsal kedua lebih pendek dari gerepoh. Tompok kehitaman sudah wujud sejak ia kecil terutama berdekatan pangkal kepala. Boleh membesar sehingga melebihi 80cm dan berat purata yang biasa dipancing ialah 1kg hingga 5kg.
Mampu mencapai berat lebih dari 10kg dan biasanya ia bergerak secara berkumpulan yang besar dalam saiz yang sama.
Ini saya rumuskan kerana dua tempat yang berlainan satu geng pancing hanya dapat cupak purata 1kg manakala kumpulan saya purata cupak 5kg. Ia jarang ditemui bercampur bersama spesimen kecil dan besar. Tabiat berkumpulan adalah satu strategi mengelakan serangan pemangsa dan mudah mengepung mangsa.
Selain gerepoh atau biasa disebut GT, cupak menjadi salah satu spesies buruan bagi kaki casting dan jigging. Taburannya agak meluas dari Lautan Hindi hingga Utara Australia. Di perairan tempatan ia boleh ditemui serata di kebanyakan tempat namun lebih tertumpu di pulau semenanjung dan Sabah.
Kumpulan ikan cupak lebih tertumpu di kawasan berkarang atau coral reef dan lebih gemar mendiami kawasan tukun terutama tukun kapal yang besar. Waktu siang ia berlegar di sekeliling kapal atau di dalam kapal dan akan keluar meronda pada malam hari di kawasan yang lebih terbuka.
Begitupun tabiat memburu mangsa tidak tertumpu di malam hari sahaja, waktu siang ia lebih gemar berada di tepian pulau dan batu karang samada bersembunyi dari pemangsa besar mahupun menerkam mangsa di sekitar tepi pulau atau karang yang cetek.
Namun begitu ia akan lepak di satu-satu kawasan dalam temoh tertentu dan jarang mendiami kawasan yang sama. Faktor utama tabiat ini ialah cupak akan bergerak mengikut pergerakan sumber dietnya iaitu ikan-ikan pelagik.
Diet utama cupak ialah anak ikan pelagik dan hidupan krutesia seperti ketam kecil, sotong, udang dan hidupan dasar yang biasa di temui di kawasan karang.
Petanda yang mudah mengesan cupak ialah sifat semulajadinya yang gemar bermain dan memburu mangsa di kawasan bercahaya. Bot yang memiliki cahaya yang terang mempunyai potensi besar menarik perhatian si cupak menghampiri bot.
Masa inilah ia akan mula aktif menangkap dan mengejar anak-anak ikan terbang di permukaan air. Tanda yang jelas ia bunyi ‘bedebum’ di sekitar kawasan bercahaya. Ada masanya ia berada di sekitar kawasan cahaya tersebut tetapi tidak menghambur ke permukaan.
Faktor cahaya bulan juga perlu diambil kira di mana ramai berpendapat sekiranya bulan terang ia lebih tertumpu di bawah air dan bulan gelap ia akan timbul di atas dan permukaan air.
Seronceng memiliki muncung yang paling panjang dalam keluarga ikan yang bergelar ikan maharaja atau emperor fish ini.
Ia bersisik agak tebal dan keras tetapi tidak berskala besar, memiliki corak warna yang menarik ketika berada di dalam air (seperti corak batik) dan sebaik saja didaratkan ke atas bot.
Bibirnya tebal memanjang dibarisi gigi-gigi halus dan kasar di hadapan bahagian mulut. Warna kulitnya bercampur di mana warna kemerahan pada bahagian atas badan dan sirip dorsal pertama.
Warna coklat gelap bertompok-tompok keputihan di bahagian bawah garisan lintang.
Bahagian muncung mempunyai jalur putih membawa ke arah mulut. Pangkal ekor agak tegap dan padu untuk memberi daya seimbang kepada ekor bercabang besar. Lelangit di dalam mulut berwarna merah atau oren.
Ikan seroncengk seperti mana ratusan marine fish yang lain mudah ditemui di perairan yang mempunyai karang di dasar pada kedalaman 20 kaki hingga melebihi 140 kaki.
Tidak kira gugusan karang tersebut besar (terumbu karang) malah ikan karang ini didapati meronda di kawasan pantai atau perairan yang mempunyai tompok-tompok karang kecil (spot reef).
Waktu siang banyak dihabiskan berehat di celah-celah karang dan mundar-mandir di kawasan sekitar tidak keluar dari gugusan karang.
Jangkaan rondaan pada sebelah malam pula agak luas di mana kawasan perairan cetek (pantai) juga dijajahi ketika memburu makanan.
Taburan tempatan lebih ketara di sebelah Malaysia Timur, terutama Sabah. Itupun kalau pihak berkuasa sempat dan mampu menangani ‘pengebom ikan’ di kawasan pantai.
Jika kemusnahan kawasan karang berleluasa, suatu hari nanti spesies ini sukar diperolehi seperti mana terjadi di kawasan Pulau Besar, Melaka dan Pulau Sembilang, Perak, Pulau Angsa di Selangor yang musnah akibat berleluasanya pengunaan pukat harimau.
Di Semenanjung pula lubuk terbaik memburu ikan ini ialah di sebelah Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang dan Pulau Tinggi. Karang Emas di Johor, Pulau Tioman, Karang Luas, Karang Tinggi di Pahang dan gugusan Pulau Redang, Pulau Bidung, Pulau Karah dan Pulau Yu di Terengganu.
Kawasan lain seperti kepulauan Spratly, Terumbu Layang-Layang dan Lucornia dikenal pasti taburan ikan ini memang banyak, namun jarak, masa dan kos membatasi pemancing untuk memburu ikan ini.
Ikan merah suman yang dikenali dengan nama umum Japanese red sempena warna merah badannya (warna merah bendera Jepun?) merupakan ikan bergred tinggi yang tergolong dalam keluarga Lutjanidae (snapper) sama seperti ikan jenahak dan merah lainnya. Nama saintifik bagi spesies idaman penggemar pancingan dasar laut dalam ini ialah Pinjalo pinjalo.
Berbanding ikan merah lainnya, merah suman nyata sedikit berbeza dengan bentuk corak kepalanya yang lebih bulat. Namun Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Dikatakan Ikan ini lebih sedap berbanding ikan merah.
Taburan spesies Pinjalo pinjalo ini meliputi Indo-Pasifik Barat, Teluk Parsi hingga ke Teluk Papua New Guinea, utara ke Taiwan dan di perairan tropika termasuklah negara kita.
Spesies merah suman dewasa mendiami terumbu dan bahagian bawah batu. Mereka ditemui di kedalaman beberapa meter di terumbu karang terbuka. Di kebanyakan kawasan, mereka ditemui di perairan yang dalam dan biasanya 15 meter sehingga kedalaman 100 meter. Mereka memakan haiwan invertebrata benthic dan planktonik, dan mungkin ikan kecil.
Merah suman mampu membesar panjang sehingga 80 cm panjang namun saiz biasa yang berjaya dipancing sekitar 30 cm sahaja.
Sebagaimana ikan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...