Pemancing perlu berhati-hati memegang pandan kerana terdapat duri tajam di sirip atas dan bawah yang memiliki bisa menyakitkan.
Kerana kegagahan dan semangat juang yang tinggi serta daya lompatan ke atas permukaan air yang cantik dan menarik, tidak melarikan tangsi ke kawasan reba atau batu karang dengan hanya berlegar di permukaan air.
Habitat Dan Sifat
Talang pandan mudah dijumpai di kawasan perairan persisiran pantai, muara sungai, sekitar pulau di luar pantai yang berdekatan dengan tanah besar dan di luar pantai dalam lingkungan kurang dari 50km dari pantai.
Ads
Namun kebanyakan pandan gemar kawasan persisiran pantai yang jernih serta tidak tercemar airnya dari sisa-sisa bahan kimia tercemar dan toksid dan kawasan muara sungai terpilih.
Talang pandan seperti mana talang pada amnya gemar merayau atau berenang mundar-mandir di pantai yang berpasir dan berbatu karang di dasar terutama yang kaya dengan hidupan marin kecil atau mangsa yang terdiri dari anak-anak ikan pelagik sebagai bahan diet utamanya.
Ads
Pandan juga merupakan ikan pelagik adalah salah satu spesies yang mempunyai kelajuan serta kekuatan berenang sesuai dengan tabiatnya yang suka menhembur ketika mengejar anak-anak ikan.
Jadi ia tidak pasif atau mengendap mangsa sebelum menyerang seperti kerapu, siakap dan jenahak.
Ads
Oleh sebab itu spesies yang berwarna putih dengan tompok hitam kecil dibadan boleh dikatakan sebagai ikan yang tak reti duduk diam. Ia boleh dianggap sebagai pemburu makanan yang pantas (predator).
Pandan adalah spesies yang bermain di bawah permukaan dan pertengahan air. Namun ia juga mencari makanan di kawasan dasar pantai yang airnya agak cetek untuk mencari makanan seperti udang serta anak ketam sebagai diet tambahan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan-ikan tuna, tenggiri, wahoo dan mackerel merupakan antara nama-nama biasa bagi ahli-ahli keluarga Scombridae. Ahli-ahli keluarga Scombridae ini dapat dikenali dengan memiliki finlet atau sirip ceracak di antara sirip dorsal dan sirip anal, sirip kaudal atau ekor yang sangat bercabang dan sekurang-kurangnya memiliki dua lunas kecil setiap sisi kaudal pandukal. Dan kebanyakan spesies mempunyai lunas yang lebih besar di antara lunas-lunas kecil.
Ahli-ahli keluarga Scombridae bertaburan di laut tropika dan subtropika di seluruh dunia. Terdapat 15 genus dan 54 spesies di seluruh dunia. Saintifik keluarga ini dibahagikan kepada dua subfamili.
Subfamily Scombrinae terdiri daripada 53 spesies dan subfamili Gasterochismatinae terdiri daripada hanya satu spesies. Namun, pada umumnya ia boleh dibahagikan mengikut bentuk mereka kepada tiga kumpulan iaitu Spanish mackerel, mackerel dan tuna.
Ikan tenggiri dengan nama biasanya Spanish mackerel atau seerfish tergolong dalam Scomberomorus (terdapat 18 spesies dalam genus) dan dua spesies dalam genus Grammatorcynus. Kebanyakan spesies ini hidup berdekatan dengan permukaan perairan pantai.
Mereka sering ditemui dalam kluster atau kelompok kecil dan sebahagian daripada mereka merupakan ikan migrasi. Spesies tenggiri adalah ikan karnivor dengan gigi rahang besar, segi tiga, mampat dan tajam. Lazimnya mereka menjadikan kelompok ikan yang lebih kecil sebagai mangsa serta krustasea dan sotong.
Di perairan negara kita terdapat beberapa spesies dalam genus Scomberomorus ini namun hanya tiga spesies yang amat sinonim dalam dunia memancing iaitu tenggiri batang, tenggiri papan dan tenggiri bunga.
Tenggiri Batang
Nama saintifik: Scomberomorus commerson
Nama Inggeris: Narrow-barred spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri batang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral mendadak bengkok ke arah bawah di bawah hujung sirip dorsal kedua. Badan bertanda dengan pelbagai corak nipis dan jalur menegak berombak.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 220 cm, namun saiz ditemui biasanya sekitar 90 cm.
Tenggiri Papan
Nama saintifik: Scomberomorus lineolatus
Nama Inggeris: Streaked seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri papan, tenggiri musang
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral melintang hampir lurus ke bawah finlet sirip dorsal kedua, berakhir dengan sedikit bengkok ke bawah ke arah lunas kaudal padunkel.
Bahagian atas badan ditanda dengan corak yang tidak teratur, mendatar dan garis hitam mengecil dan berpecah.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesies paling besar ditemui kurang dari 70 cm.
Tenggiri bunga
Nama saintifik: Scomberomorus guttatus
Nama Inggeris: Indo-Pacific king mackerel, Spotted Spanish mackerel
Nama Melayu tempatan: Tenggiri bunga
Ciri-ciri diagnostik: Garisan lateral hampir lurus ke bahagian bawah pertengahan sirip dorsal kedua dan bengkok ke bawah di pertengahan kaudal padunkal.
Terdapat kira-kira tiga baris warna gelap berbintik tidak teratur pada sisi badan. Gerigi sirip dorsal berwarna gelap sehingga tulang belakang kelapan dan putih.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 76 cm namun biasa ditemui dalam saiz 55 cm sahaja.
Tenggiri Korea
Nama saintifik: Scomberomorus koreanus
Nama Inggeris: Korean Seerfish
Nama Melayu tempatan: Tenggiri Korea, Luding, Dengkeh, Dengkel
Ciri-ciri diagnostik: Kedalaman tubuh jauh lebih besar dari panjang kepala. Garis lateral secara bertahap melengkung ke bawah ke arah kaudal pedunkal atau tangkai ekor. Sirip dorsal pertama berwarna hitam. Namun spesies ini semakin diancam kepupusan.
Saiz: Mampu membesar panjang sehingga 150cm namun biasa ditemui dalam saiz 60cm sahaja.
Di peringkat global ia dikenali dengan banyak nama seperti gold-spot blubber-lips, goldspot sweetlip bream, gold-spotted sweetlips, lemon sweetlips, morwong, netted morwong, netted sweetlips, rubberlip, yellow-spotted sweetlip dan lain-lain lagi. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai kaci atau mandi abu.
Namun ikan kaci ini sering dikelirukan dengan nama panggilan siakap merah oleh penggemar pancingan kolam air masin. Anehnya, hanya di kolam pancing saja siakap merah ini dipanggil kaci, sebaliknya jika diperolehi di habitat liar, ia tidak dipanggil kaci lagi sebaliknya siakap merah atau MJ. Yang pastinya kaci yang dimaksudkan di sini ialah ikan kaci yang sebenarnya dan bukannya siakap merah yang dipanggil kaci.
Ikan kaci adalah spesies yang mendengus (grunt). Ia berkait rapat dengan keluarga gerut-gerut dan snappers. Keluarga ikan grunts ini memiliki mulut kecil dan gigi yang lebih kecil dan bibir berdaging tebal yang menjadi punca nama jolokannya sweetlips.
Mereka juga dapat menggertakkan gigi ketika tertangkap, mengeluarkan suara mendengus, dan kerana itulah ia mendapat nama grunt (mendengus).
Ikan kaci memilii warna kekelabuan ke coklat kekelabuan dengan garis-garis oren dan biru di kepala, bintik-bintik oren kecil pada bahagian atas tubuh, sirip dorsal dan sirip kaudal, dan margin bawah kehitaman pada sirip ekor.
Juvenil goldspotted sweetlips memiliki warna latar belakang coklat atau biru kekelabuan dengan garis-garis emas horizontal di seluruh tubuh. Seiring bertambahnya usia, garis-garis pada tubuh berubah menjadi titik-titik. Garis-garis pada wajah terutama tetap pada tempatnya.
Ikan yang tampak menarik dan cantik ini mampu membesar sehingga 60 cm. Ia boleh ditemui di perairan dari kedalaman 1-25 meter. Spesimen juvenil boleh ditemui di muara dan perairan cetek. Beberapa spesimen kadang-kadang mengembangkan suatu kondisi di mana kulit kelihatan menggelupas dan meninggalkan tompok coklat besar.
Ikan kaci dewasa lazimnya lebih gemar menyendiri dan umumnya mudah didekati. Mereka adalah ikan yang ingin tahu dan kadang-kadang akan datang dan memeriksa penyelam, tetapi jika seseorang terlalu dekat mereka akan cepat berenang ke tempat persembunyian atau duduk di bawah karangan.
Spesimen remaja sulit ditangkap dan bersembunyi di celah-celah atau gua ketika didekati. Terkadang mereka terlihat berenang dengan spesies kaci lainnya.
Goldspotted sweetlips ditemukan di sepanjang Lautan India, Pasifik barat dan Indo Pasifik Barat. Spesies remaja sering terlihat di terumbu, biasanya dekat dengan bommie karang dengan tempat persembunyian, yang dengan cepat mereka singgahi.
Spesimen dewasa terlihat tergantung di atas atau berdekatan karang pada siang hari, sendirian atau dalam kelompok kecil.
Goldspotted Sweetlips adalah spesies nokturnal yang aktif mencari makan pada waktu malam. Lazimnya mereka menjadikan ikan kecil, krustasea dan cecacing yang hidup di pasir sebagai makanan utama. Sangat sedikit yang diketahui tentang status pembiakannya, tetapi mereka dinyatakan mengawan dan bertelur dan mensenyawakan telur ke dalam terumbu karang.
Caranx ingobilis atau lebih popular dipanggil GT (giant trevally) atau nama tempatan yang disyorkan gerepoh. Kalau dapat ikan ini ia membolehkan anda melakarkan senyuman puas,
manis dalam keletihan serta membuatkan anda bercerita kepada kaki pancing sampai seminggu lamanya.
Ciri-Ciri Fizikal
Gerepoh merupakan anggota keluarga ikan trevally (jack) yang terbesar. Ia dilaporkan mampu mencecah berat melebihi 80kg.
Diperairan tempatan yang terberat pernah dilaporkan tewas di tangan pemancing ialah 50kg dan purata yang biasa ditangkap ialah 10 kg ke bawah.
Warna keperakan pada bahagian bawah badan dan lebih gelap di bahagian atas badan.
Keseluruhannya hampir sama manakala badannya lebih lebar dan tegap berbanding cupak yang bermata lebih besar. Warna sirip dorsal lebih gelap kelabu dikelilingi jalur putih yang terang.
Sesetengah ikan ini berwarna hitam terutama untuk spesimen yang lebih besar dan ketika musim ia mengawan. Ini boleh dilihat pada waktu ia bermain di permukaan air dan tidak mengendahkan langsung umpan yang dihulurkan.
Ia memiliki pangkal ekor bercabang yang tegap serta sisik keras yang tajam dan boleh menyebabkan kulit tangan luka dengan mudah apabila ada yang cuba memegangnya ketika ia menggelepar di lantai bot.
Bergigi jarang tetapi kasar dan kuat. Kekuatan rahangnya mampu memecahkan popper kayu dengan sekali ngap.
Sifat Dan Habitat
Gerepoh gemar kepada kawasan yang berkarang, tukun terutama struktur kapal tengelam di dasar laut dengan kedalaman sehingga 100 meter.
Kawasan yang disebutkan adalah lingkungan utama ia memburu mangsa yang terdiri dari pelbagai jenis ikan, anak ikan dan krustesia.
Gerepoh lebih gemar meronda di kawasan yang bertebing seperti yang terdapat di Tukun Perak, Pulau Sipadan, dan Pulau Jarak.
Taburannya boleh dikatakan di semua kawasan perairan negara kita. Di kawasan pulau berbatu, gerepoh gemar mengintai mangsa dari kedudukan air dalam sebelum membuat serangan ke atas mangsa.
Ikan yang biasa menjadi buruan Gerepoh besar adalah jenis snapper seperti anak jenahak, kunyit, remong dan pelagik.
Sebab itu jenahak lebih gemar bersembunyi di celah batu pada waktu siang. Ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh pemancing yang menyaksikan GT menyerang kumpulan jenahak di Pulau Sipadan.
Setakat seekor jenahak 2kg dengan mudah sahaja dingap oleh bapak GT.
Gerepoh yang saiz 2kg ke bawah pula lebih tertumpu di muara sungai untuk memburu mangsa yang lebih kecil. Pantai Port Dickson, Pulau Ketam contohnya, kumpulan gerepoh akan masuk dalam bulan Mac hingga April.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...