Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Chondrichthyes

Subclass: Elasmobranchii

Order: Rhinopristiformes

Family: Rhinidae

Genus: Rhynchobatus

Species: R. djiddensis

Binomial name: Rhynchobatus djiddensis, Forsskal 1775

 

Kenali Ikan Kemejan Popular Perairan Negara

 

Tak kira pemancing apatah lagi bukan kaki pancing, sesiapa saja pertama kali melihat ikan ini pasti akan tertanya-tanya sendiri. Ikan jenis apa ni? Kepala macam pari, badan seperti ikan yu… itulah kemejan atau lebih popular dengan nama yu kemejan.

 

Spesies yang lebih mirip kepada ikan yu berkepala pari dan sekali imbas seperti bentuk gitar ini dinamakan guitarfish di negara barat.

 

Kenali Ikan Kemejan Popular Perairan Negara

 

Kita sudah mengetahui jenis-jenis yu kemejan ada sembilan spesies di perairan seluruh dunia dan terdapat dua spesies yang agak popular di perairan negara kita. Spesies tersebut ialah Rhynchobatus djiddensis atau nama umumnya giant guitarfish, yang dipanggil kemejan / kemejan.

 

Kemejan terkenal sebagai salah satu ikan yang memberi tentangan dari bawah ke atas, tegak dan melintang kepada pemancing. Ia mampu memberi kepuasan dan serta keletihan kepada pemancing ketika melayannya tidak kiralah pancingan di atas bot mahupun pancingan pantai.

 

Kenali Ikan Kemejan Popular Perairan Negara

 

Kemejan mempunyai tulang-tulang lembut seperti seperti pari dan nilainya baik di pasaran. Selain sirip dagingnya lembut seperti mana pari menjadikan ia paling sedap untuk dinikmati. Permintaan tinggi di setengah-tengah kawasan pendaratan ikan dan harganya lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga pari ataupun ikan yu.

 

Kemejan memiliki bentuk badan memanjang dengan sebahagian dari badannya berbentuk seperti pesawat udara. Bahagian kepala tirus mendatar (segitiga) dan memiliki tulang-tulang kecil yang timbul di bahagian tengah kepala yang keras.

 

Kenali Ikan Kemejan Popular Perairan Negara

 

Sirip dorsal pertama kiri satu pertiga panjang dari panjang badan, sebagaimana yang terdapat pada sirip yu. Saiz badan satu pretiga dari lebar kepala yang leper. Ekornya mirip ikan yu pasir kecuali sirip dorsal pertama dan kedua lebih rendah dari yu.

 

Kulit badan berwarna coklat cerah dan mempunyai tompok-tompok hitam (blackspot).  Mulutnya dilengkapi dengan gigi-gigi kecil dan halus. Kedudukan mulut di bawah badan hampir sama dengan jarak muncung dengan mata di atas. Muncungnya pula terdiri dari tulang lembut yang di selaputi kulit liat hingga ke pangkal kepala.

 

Kemejan merupakan spesis yang gemar mendiami kawasan berpasir, berlumpur selut dan kawasan dasar yang rata mendatar. Tidak pelik jika anda terpancing spesies ini di kawasan  karang maupun berbatu kerana sifat haiwan air ini yang sentiasa meronda di kawasan berkenaan untuk memburu mangsa terutama pada waktu malam.

 

Kenali Ikan Kemejan Popular Perairan Negara

 

Pada siang hari ia banyak menghabiskan masa lepak di kawasan dasar yang rata sambil menanamkan separuh badan di dasar menunggu jika ada mangsa yang sudi menyerah jiwa raga di depan mata. Kemejan tidak tergolong dalam spesies merbahaya di dalam air dan sering menjauhkan diri  dari manusia. Begitu pun pemancing perlu berhati-hati dengan ikan pari berhubung yu ini apabila mengendalikan ia di lantai bot.

 

Kenali Ikan Kemejan Popular Perairan Negara

 

Badannya liat sepertimana yu dan bahagian ekor mampu melibas ketika ia menggelupur. Serangan ke atas kaki dan tangan pemancing biasa terjadi kepada pemancing yang kurang arif mengenai kemampuan seekor ikan tanpa air di lantai bot.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI