Di Pantai Timur ikan ini lebih mendapat perhatian berbanding jenahak mahupun merah sebab itu nilainya amat baik di pasaran. Isinya lebih lembut.
Jumlah tangkapannya kasar tidak memberangsangkan seperti mana ikan merah. Ibu kerisi bukanlah gamefish. Ia diburu kerana harga dan kelembutan yang dimiliki spesies unik ini.
Ibu kerisi atau goldband snapper mampu membesar sehingga 90cm panjang dengan anggaran berat melebihi skala 20 kg.
Namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 70cm sahaja. Ibu kerisi matang apabila mencapai 35-50cm dan membiak di antara bulan Mei hingga Ogos. Anggaran usia maksimum boleh mencapai 30 tahun.
Bagi saya ibu kerisi berwarna ‘lembut’ sehalus isinya berbanding kerisi bali lebih terserlah warna badan.
Ia cukup cantik dipandang apatah lagi jika dapat melihat kilauan warna ketika biasan dan pancaran cahaya matahari.
Asasnya berwarna seperti jenis kerisi kecil lain dan kilauan perak lebih memancar hampir 70%. Jalur kekuningan halus memanjang dari kepala hingga pangkal ekor untuk P. Typus.
Bergigi taring lebih kecil dari yang dimiliki oleh siakap merah. Ekor slim bercabang boleh menghasilkan pecutan baik dalam air.
Ads
Ibu kerisi kini lebih tertumpu di kawasan air dalam minimum 150kaki tidak seperti dahulu boleh dijumpai merayau di kawasan persisiran pantai 50kaki.
Lokasi tumpuan kini adalah lubang dan boleh dikatakan banyak mendiami perairan Penang dan sekitar laut di kawasan cari gali minyak. Ia berada di laut (selat) sempit dan juga laut luas.
Kebanyakan lokasi dihuninya adalah dasar keras sama ada berkarang, batu keras dan pinggir lokasi berkenaan. Paling hampir dengan pantai yang pernah saya dapat ialah
bahagian timur Pulau Bidung (kedalaman air 160 kaki) dan selebihnya di lokasi yang berjam-jam lamanya.
Ikan kerisi ini aktif untuk kedua-dua waktu siang dan malam. Rekod tangkapan saya lebih banyak di siang hari berbanding malam.
Ads
Kuat melawan ketika bawah pertengahan air dan muncul pelampung di mulut menandakan ia sudah barotrauma, tidak mampu berbuat apa lagi.
Pelari pecut samudera yang tersohor ini dikenali sebagai Ono di Hawaii, manakala Peto di Amerika Utara. Memang sekali pandang, wahoo (Acanthocybium solandri) tak ubah seperti tenggiri batang (Scomberomorus commerson).
Yang membezakannya ialah muncung wahoo lebih runcing, potongan badan lebih bersilinder, cabang ekor yang lebih melebar dan sirip dorsal pertama yang lebih panjang serta seragam ketinggiannya (pada tenggiri, sirip dorsal ini meninggi di depan dan menganjur rendah ke belakang)
Lazimnya wahoo berwarna biru kehitaman dan semasa hidup, ia mempamerkan jalur menegak yang berombak seperti corak harimau. Paling menggerunkan ialah barisan gigi setajam pisau belit di dalam muncungnya yang tirus itu.
Kebanyakan wahoo yang ditangkap pemancing ialah antara 7 hingga 25kg. Hairannya, spesimen kurang 6kg jarang ditemui.
Wahoo gergasi melebihi 40 kg sering ditangkap di perairan Australia dan ia lebih banyak berkeliaran di sekitar kepulauan Fiji, di mana spesimen sehebat 65kg pernah direkodkan.
Wahoo boleh ditemui di kawasan lautan tropika, subtropika dan bersuhu sederhana di seluruh dunia. Di Malaysia, spesies ini bersepah di kepulauan Spratly di luar pantai Sabah dan Sarawak.
Wahoo merupakan ikan pelagik lautan terbuka yang menyukai air lautan yang bersih dan biru dengan suhu 21 darjah ke 30 darjah Celcius.
Ia jarang dijumpai berdekatan persisiran. Wahoo gemarkan lokasi bertentang jurang karang yang dalam, gunung lautan dan puncak terumbu. Spesimen besar pula lebih suka terasing jauh sehingga melepasi penghujung pelantar benua.
Spesies ini disifatkan ganas perangai. Ia berstrategi dengan hanyut perlahan di bawah bayangan dan biasan cahaya gelombang lautan yang hampir di permukaan air.
Apabila sampai di jarak yang bersesuaian, ia akan memecut sepantas kilat untuk menyambar mangsanya, dan mengerat ke beberapa bahagian dalam sekelip mata saja.
Mangsanya terdiri dari ikan tongkol, anak belitung, todak dan sotong. Walaupun kerap bersendirian, wahoo juga akan memburu dalam pasukan sejumlah dua hingga berbelas ekor, terutama di kawasan tropika.
Biasanya wahoo diperangkap dengan gewang berenang laju seperti skirt dan replika ikan selaman dalam, perambut dawai adalah perlu jika wahoo yang dicari.
Namun ramai pemancing agak bernasib baik biarpun berperambut tangsi, kerana taktik ikan ini yang suka membantai mangsanya dari ekor.
Wahoo jarang disasarkan pemancing, sebaliknya ia terkena semasa memburu ikan tuna, mersuji, layaran, tenggiri, aji-aji dan sebagainya. Sebab itulah ia acapkali digelar ikan pengacau.
Tetapi wahoo tetap juga dialu-alukan kerana rupa bentuknya begitu menarik, tambahan pula kederasan larian dan keenakan isinya. Parasit besar berbentuk seperti cacing sering dijumpai dalam perut wahoo, tetapi ini tidak mempengaruhi isinya.
Ikan yu paus pada kebiasaannya menetap di jaringan perairan yang beriklim tropika dan dan lautan bersuhu panas.
Kawasan pemakanan yang terletak di selatan dan timur Afrika Selatan; Gladden Spit di Belize; Terumbu Karang Ningaloo di Australia Barat; Donsol, Pasacao dan Batangas di
Filipina; luar pesisir pantai Isla Mujeres dan Isla Holbox di Yucatan Mexico; Pulau Tenggol; luar pantai Terengganu, Malaysia, Taman Negara Ujung Kulon di Indonesia; Nosy Be di
Madagascar, luar pantai Terumbu Karang Tofo berdekatan Inhambane di Mozambique, dan Kepulauan Tanzania di Pulau Mafia, Pemba, Zanzibar; Kepulauan Seychelles, Maldives, Sri
Lanka, Pulau Galapagos, Laut Merah, perairan pantai Yemen dan Oman dan, amat jarang kelihatan di, Eilat, Israel.
Malah ikan ini juga boleh dilihat dikebanyakan pantai tropika yang berhampiran dengan daratan, berhampiran lagun, dan atol terumbu karang, juga dapat dilihat di kawasan muara sungai yang bersih, jernih dan dalam.
Kedalaman terbaik untuk ia mudah berenang adalah sekitar 30meter. Ikan ini boleh berenang sehingga kedalaman 700 meter, dan ia suka berhijrah dan bermigrasi.
Sebagai haiwan dan ikan yang mengamalkan etika diet bertapis, secara amnya mulut haiwan ini akan lebih besar sehingga 1.5meter luas dan mempunyai kira-kira 300 hingga 350 batang gigi kecil. Ia mempunyai 5 pasang insang yang besar.
2 biji mata yang terletak di hadapan, dan mempunyai bentuk kepala yang rata. Badannya biasanya berwarna kelabu dan perutnya putih; tiga bonjolan jelas menjalar sepanjang
setiap sisi dari kulit haiwan dan ditandai dengan beberapa tompokan kuning pucat dan garis-garis.
Setiap tompokan adalah unik dan istimewa untuk setiap ekor ikan kerana ia berguna untuk menentu identiti ikan dan menyeragamkan kiraan dalam populasi.
Yu ini mempunyai sepasang sirip dorsal dan sirip pektoral. Ekor Juvenil adalah besar pada bahagian atas dan bawah dan ekor ikan dewasa akan menjadi bentuk semi-lunar (ekor berbentuk sabit).
Ventilator pula hanya terletak di belakang mata bagi mengawal suhu badan agar kekal sejuk.
Ikan yu paus bukanlah perenang yang cekap kerana ia menggunakan seluruh badannya (perkara yang luar biasa bagi ikan) untuk mencapai purata kelajuan sekitar 5 km/h (3.1 mph).
Ikan yu paus adalah pemakan yang aktif, dan biasanya mencari dan memakan plankton, udang kecil, alga atau ikan kecil yang mempunyai kosentrasi yang tinggi.
Tempat terbaik untuk mencari kawasan pemakanan adalah kawasan yang kaya dengan terumbu karang.
Spesies yu ini walaupun bersaiz monster, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia. Malah bersifat lemah lembut dan mudah berenang bersama manusia tanpa perlu rasa bimbang.
Penyelam dan ikan lain bebas berenang dan menyelam tanpa rasa curiga atau berisiko untuk diserang.
Cuma penyelam perlu berjaga akan ekor ikan ini yang panjang dan berbentuk sabit kerana ia boleh melibas dengan kuat.
Gerepoh atau atau nama saintifiknya Caranx ignobilis merupakan salah satu spesies ikan marin yang besar dan tergolong dalam famili ikan jack, Carangidae.
Lebih popular dengan nama GT, iaitu singkatan bagi giant trevally, ikan yang mempunyai bentuk kepala curam yang kelihatan gagah dan sirip kaudal yang kuat sering menjadi obsesi kegilaan kaki pancing.
GT merupakan spesies terbesar di kalangan ikan jack dan sering kali spesies ini menjadi raja di singgahsana sesebuah habitat atau kawasan terumbu karang.
Dengan bentuk fizikal badan yang solid serta kekuatan ototnya, GT menjadi musuh yang sukar, malah sangat sukar ditangani oleh pemancing walau dengan set ‘heavy’ sekalipun.
Sesetengahnya pula cukup licik, apa lagi jika di kawasan karang. Ibarat serangan gerila, GT akan bersembunyi di kawasan karang dan secara tiba-tiba akan melakukan serangan
hendap terhadap gewang anda terutama popper dengan kuasa pecutannya ekornya dan kembali memecut ke karang sebelum memutuskan tali utama pada batu atau karang.
Kuat dan licik, tidak hairan raja terumbu karang ini menjadi musuh yang didambakan kaki pancing.
MORFOLOGI
Secara morfologi luaran ikan GT, penampilan utama spesies ini dapat dikenal pasti melalui profil bentuk kepalanya yang besar dan curam selain fizikal badannya yang kelihatan solid dan tegap.
Ikan ini juga mempunyai kuasa pecutan dan larian yang luar biasa kerana sirip pektoral yang besar di bahagian pertengahan serta sirip kaudal besar dan solid ibarat pendayung.
Warna badannya pula secara umumnya boleh dikelaskan dalam pola warna putih-perak hingga ke hitam.
Sesetengah GT juga mampu mempamerkan rona keemasan gelap pada badannya terutama pada bahagian sirip.
Selain warna umum pada badannya, tanda berpaten atau bercorak yang jelas boleh hadir terutama pada bahagian belakang badan GT.
Ini sering terjadi jika ikan ini mempunyai warna belakang badan yang lebih gelap berbanding bahagian lain, kontra warna akan mewujudkan garisan perak cerah dan akan kelihatan corak bintik kehitaman pada badannya.
Selain itu, pada bahagian kaudal pedunkel, kehadiran scutes (plat kecil yang tajam) jelas kelihatan pada kedudukan selari dengan garisan lateral.
Scutes ini mampu mengakibatkan kecederaan jika ikan GT tidak ditangani dengan baik sewaktu pendaratan.
TABURAN DAN HABITAT
Taburan bagi spesies Caranx ignobilis ini meluas, hadir dalam kebanyakan perairan iklim tropika panas Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.
Kehadiran ikan ini dikenal pasti hingga ke selatan Australia, timur Kepulauan Hawaii,barat di pulaupulau timur Afrika dan di utara Jepun.
GT juga mempunyai toleransi saliniti yang tinggi lantas membolehkannya memilih habitat antara kawasan muara sehingga ke jauh ke lautan di kawasan sistem berterumbu karang.
Juvenil GT pula lebih cenderung untuk berada di kawasan muara, pulau berbatu atau sistem sungai.
Spesimen yang dewasa akan berpindah ke kawasan lebih dalam di lautan di mana terdapatnya struktur seperti terumbu karang atau tukun.
Selalunya habitat berstruktur pilihannya ialah kawasan yang mempunyai arus.
GT dewasa juga sering berlegar di kawasan tanjung atau pesisir berair cetek ketika memburu makanannya.
Kawasan berair cetek namun berarus di mana terdapat struktur karang atau batuan mewujudkan persekitaran makanan yang ideal bagi spesies ini.
Di Malaysia, GT bersaiz besar boleh diperolehi di kawasan persekitaran pelantar minyak.
Bagi kaki popping, waktu senja menjelang malam tatkala lampu pelantar minyak menyala, ia masa yang cukup mendebarkan melontarkan popper sehampir mungkin tiang pelantar dan bawah nyalaan lampu.
SAIZ DAN KITARAN HIDUP
GT merupakan spesies yang mempunyai kadar pembesaran yang cepat. Pada ukuran kepanjangan badannya 60cm, GT umumnya sudah mencapai peringkat matang dan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini adalah sekitar 3-4 tahun.
Apabila dewasa atau matang, GT mampu mencapai berat 200lb dengan panjang 1.7 meter dan pada peringkat ini selalunya spesimen akan bersendirian.
Apabila dewasa, biasanya GT akan mencari kawasan terumbu karang sebagai habitat dan menjadikan kawasan tersebut sebagai wilayah jajahannya.
DIET PEMAKANAN
Ketika memburu, GT menggunakan abiliti renangan yang unggul dan kuasa hentamannya terhadap ikan buruannya.
Selalunya mangsanya akan ditelan terus pada serangan pertamanya, jika terlepas sekalipun biasanya mangsa cedera atau mati akibat kuasa serangannya.
Jika memburu berkumpulan, mangsa akan ditelan dengan cepat bagi mengelakkan persaingan yang lebih ganas.
Diet utama GT ialah ikan kecil di sekitarnya. Namun jika terdesak, GT mampu bertukar lebih bengis dan licik.
Tuna, penyu dan ikan lumba-lumba antara mangsa yang pernah dilaporkan ada ditemui di dalam perut GT.
Selain itu, kelicikan GT juga terserlah apabila hadir di sebalik jerung karang yang besar dan menjadikan ikan jerung ini sebagai alat untuk serangan hendap mangsanya. GT bersaiz besar juga ada kalanya menjadikan juvenil sebagai makanannya.
Taksonomi
Kingdom: Animal
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Suborder: Percoidei
Superfamily : Percoidea
Family: Carangidae
Genus: Caranx
Species: Caranx ignobilis (Forsskål, 1775)
Nama lain: Gerepoh, Giant Trevally, GT, Ulua, Mamulan, Ronin-aji
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...