Spesies ikan billfish atau ikan berparuh merujuk kepada sekumpulan ikan yang mempunyai karakter yang hampir sama iaitu memiliki mulut berparuh. Kumpulan ini termasuklah ikan mersuji dan tentu sahaja layaran yang terkenal dengan kelajuan renangan dan layar yang mengagumkan.

 

Ikan layaran atau nama saintifiknya Istiophorus platypterus merupakan salah satu spesies ikan berparuh yang berenang di kawasan lautan yang lebih panas di serata dunia. Lebih dikenali sebagai indo-pasific sailfish di luar negara, ikan layaran mempunyai beberapa ciri fizikal atau karakter unik.

 

Salah satu ciri unik pada ikan ini ia mempunyai sirip dorsal yang seakan layar. Selain itu, ikan yang biasanya mempunyai warna badan daripada kebiruan sehingga kelabu ini juga mempunyai mulut panjang dan berparuh seperti mersuji dan todak (swordfish). Atas dasar itu, ikan layaran termasuk dalam kumpulan ikan berparuh atau billfish.

 

INFO SPESIES – Kenali Layaran Penari Samudera

 

Daripada aspek morfologi, Spesies yang hampir serupa dengan Istiophorus platypterus ialah Istiophorus albicans atau atlantic sailfish. Kedua-dua spesies ini merupakan subspesies utama bagi genus Istiophorus. Ikan ini bersifat pelagik dan merupakan spesies migrasi dari lautan ke lautan lain.

 

Ikan layaran mempunyai warna kebiruan sehingga kelabu. Bahagian bawah badannya berwarna putih. Paruh bahagian atasnya panjang dan keras seakan paruh burung lantas memberikan bentuk seakan pedang.

IKLAN

 

Sirip dorsalnya memanjang dan kelihatan seakan sebuah layar bila dinaikkan. Sirip pelvik pula kecil dan memanjang sehingga ke bahagian dubur. Garisan lateral pada badannya pula melengkung pada bahagian sirip pektoral, kemudian memanjang lurus terus sehingga ke bahagian kaudal pedunkel.

 

INFO SPESIES – Kenali Layaran Penari Samudera

 

Spesies ini memilih kawasan lautan yang mempunyai iklim yang lebih panas atau sederhana. Biasanya, ikan layaran atau spesies berparuh yang lain boleh ditemui di kawasan yang agak jauh dengan daratan. Laluan migrasi bagi spesies I. platypterus merentasi lautan Pasifik, lautan Hindi serta laut Mediterranean menerusi terusan Suez. Di Malaysia, antara lokasi utama laluan ikan layaran ialah di perairan Kuala Rompin, Pahang. Lebih daripada 90 buah negara dicatatkan sepanjang laluan migrasi ikan ini.

 

IKLAN

Ikan layaran merupakan spesies yang cepat membesar dan mampu mencapai 1.2 meter sehingga 1.5 meter pada tahun pertama. Secara umumnya, panjang ikan layaran yang matang ialah hampir tiga meter dan beratnya pula mampu melebihi 100 kg. Kelajuan renangan spesies ini mampu mencapai 110 km per jam.

 

Spesies ini menjadikan ikan kecil dan sotong sebagai diet utama. Ikan layaran biasanya boleh ditemui di permukaan air secara berkumpulan ketika memburu mangsanya. Biasanya spesies ini menggunakan kelajuan renangan dan paruhnya ketika memburu kawanan ikan kecil atau sotong.

 

INFO SPESIES – Kenali Layaran Penari Samudera

Ketika memburu, sirip atau layar ikan layaran akan dinaikkan dan mengembang bagi mengekalkan mangsanya dalam kawanan. Selain itu, layar pada badannya akan diturunkan ketika berenang dalam keadaan normal. Namun jika terasa dirinya terancam atau memburu, layar ini dibuka menjadikan ia kelihatan lebih besar daripada biasa.

IKLAN

 

TAKSONOMI

 

Kingdom : Animalia

Phylum : Chordata

Class : Actinopterygii

Order : Perciformes

Family : Istiophoridae

Genus : Istiophorus

Spesies : Istiphorus platypterus

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI