Mungkin masih ramai yang terkeliru perbezaan antara gerut dan tebal pipi. Ada yang mengatakan tebal pipi berwarna kuning keemasan manakala gerut berwarna perak dan kuning pada sirip dan ekornya.
Ada juga yang beranggapan bila kecil dipanggil gerut-gerut dan bila dah besar dipanggil tebal pipi.
Sebenarnya tebal pipi dan gerut-gerut adalah spesies yang berlainan tetapi dari keluarga yang sama iaitu haemulidae dan berkongsi habitat dan diet yang sama, bunyi yang sama iaitu `groot groot’ apabila dinaikkan oleh pemancing, rupa yang seakan sama tetapi berbeza jika diamati dengan teliti dan rasa yang jauh berbeza iaitu rasa tebal pipi lebih sedap berbanding gerut-gerut.
Ads
Nama global tebal pipi adalah yellow tail trumpeter. Tebal pipi terbahagi kepada dua jenis iaitu yang berwarna kuning keemasan dan satu lagi berwarna perak pada badan manakala sirip dan ekor berwarna kuning. Yang berwarna kuning kecemasan isinya lebih lembut dan lemak berbanding yang berwarna perak.
Ads
Tebal pipi mempunyai pipi yang cembung iaitu penutup ingsangnya membonjol atau membengkak pada tulang pipi seakan akan menonjol keluar.
Saya percaya tebal pipi berwarna kuning keemasan ini nama saintifiknya Pomadasys kaakan sementara tebal pipi berwarna perak pula ialah Pomadasys auratus. Selain dari kombinasi warna yang lebih menarik dari gerut tebal pipi mempunyai badan yang sedikit gempal. Gerut pula nama grunters. Pipinya leper.
Ads
Badannya berwarna perak dan ada yang berwarna keemasan namun terdapat tompok hitam atau garis hitam pada bahagian atas badannya.
Sirip dan ekornya berwarna putih dan hitam. Diharap dengan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengenali antara spesies tebal pipi dan gerut-gerut.
(Sumber asal: Helmi Proton)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan baulu? Ikan apa tu? Ikan baulu adalah nama lain bagi Ikan susu atau milkfish dengan nama saintifiknya Chanos chanos adalah spesies tunggal yang hidup dalam keluarga Chanidae.
Walaubagaimana pun spesies ini mempunyai banyak nama umum. Di Hawaii ia dipanggilkan ‘awa’. Di Indonesia ia dikenali sebagai ‘bandeng’ dan juga ‘bolu’. Sementara di Filipina pula ia merupakan ikan kebangsaan dengan nama ‘bangus’.
Taburan Chanos Chanos atau ikan baulu ini meluas di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, dari Afrika Selatan ke Hawaii dan Marquesas, dari California ke Galapagos, utara ke Jepun, selatan ke Australia. Dari Asia Tenggara termasuklah negara kita Malaysia.
Ikan baulu lazimnya hidup di perairan marin luar pantai tropika di seluruh pulau dan di sepanjang tebing benua, pada kedalaman 1-30 meter. Spesies ini turut sering memasuki muara sungai dan sistem sungai-sungai berair payau.
Ikan baulu mampu membesar panjang sehingga 1.80 meter (5 kaki 11 inci), namun spesimen yang sering ditemui tidak lebih daripada 1 meter (39 inci) panjang. Ia boleh mencapai berat sehingga 14 kilogram pada kemuncak usia 15 tahun. Dari aspek morfologi, spesies ini memiliki badan memanjang dan hampir mampat atau padu dengan penampilan simetri.
Ikan baulu memiliki satu sirip dorsal, sirip pektoral berbentuk sabit dan sirip kaudal bercabang besar. Bermulut kecil tanpa gigi seiras ikan rohu. Memiliki badan berwarna hijau buah zaiton, sirip keperakan dan sempadan sirinya agak gelap.
Ia turut memiliki 13-17 segmen sirip dorsal yang lembut, 8-10 segmen sirip anal yang lembut dan 31 segmen lembut pada siri anal atau dubur.
Spesies ikan baulu atau milkfish ini lazimnya memakan cyanobacteria, alga dan invertebrata kecil. Mereka cenderung berkumpul dan berlegar sekitar pantai dan pulau-pulau berterumbu.
Ikan-ikan baulu juvenil mendiami di lautan untuk suatu tempoh dua hingga tiga minggu sebelum bermigrasi ketika masih berstatus juvenil ke kawasan payau bakau, muara dan kadangkala tasik dan kembali ke laut lepas untuk proses kematangan seksual dan membiak. Ikan-ikan baulu betina bertelur pada waktu malam dan berupaya melepaskan 5 juta telur di perairan laut cetek.
Ikan baulu juga merupakan makanan laut yang terkenal di Asia Tenggara dan beberapa Kepulauan Pasifik. Justeru ia ditangkap secara komersial oleh nelayan dan mudah diperoleh di pasaran. Ia menjadi makanan popular di Filipina dan juga di negara kita terutamanya Sabah. Di Sabah inilah munculnya gelaran ikan baulu.
Dalam dunia joran dan kekili, pancingan ikan baulu tidaklah menjadi satu cabang memancing yang dikuti ramai. Namun bagi pemancing yang pernah merasai tarikan ikan baulu yang berdesup seperti torpedo, pasti akan kecanduan untuk terus memburunya.
Lates calcarifer merupakan nama saintifik atau nama Latin bagi spesies ini. Selain di Malaysia dan kawasan Asia Tenggara, spesies ini juga sangat terkenal di Australia. Malah perkataan barramundi merupakan kata pinjaman dari sejenis bahasa di kawasan Queensland yang bermaksud ‘ikan sungai sisik besar’. Barramundi juga sebenarnya merujuk kepada ikan saratoga dalam bahasanya.
Barramundi atau kakap putih merupakan spesies ikan yang cukup terkenal di kalangan kaki pancing termasuk di Malaysia. Barramundi menjadi semakin terkenal sejak 1980-an. Selain daripada ikan sukan, ikan ini juga mula dikenali sebagai ikan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Sejak itu, profil spesies L. calcarifer ini semakin meningkat naik sehingga ke hari ini. Barramundi merupakan spesies ikan demersal yang biasanya tertumpu di kawasan muara, lagun dan sungai.
Kakap putih atau ramai yang lebih gemar memanggil siakap saja merupakan ikan catadromous dalam keluarga Latidae. Taburan spesies ini agak meluas terutamanya di kawasan perairan Indo-West Pacific.
Taburan ikan kakap putih boleh ditemui di pinggir timur Teluk Gulf sehingga ke China, Taiwan, selatan Jepun, selatan Papua New Guinea dan selatan Australia. Selain itu, kawasan perairan Asia Tenggara juga merupakan kawasan taburan spesies ini.
Di Malaysia, tidak sukar untuk menemui spesies ini kerana Malaysia dikelilingi oleh perairan yang panjang. Tidak hairanlah, kaki pancing di Malaysia cukup sinonim dengan spesies ikan ini. Antara kawasan yang sering menjadi tumpuan peminat kakap putih tertumpu pada bahagian muara dan tempat pertemuan laut dan sungai.
Ikan kakap putih merupakan spesies ikan yang mempunyai toleransi salitini yang sangat tinggi. Toleransi saliniti ini membawa maksud kepada daya toleran spesies ini terhadap sifat saliniti air atau kemasinan air.
Jadi, ikan kakap putih mampu hidup dalam keadaan air masin atau air tawar. Toleransi saliniti yang tinggi memberikan kelebihan kepada spesies kakap putih dalam memilih habitatnya.
Habitat ikan kakap putih biasanya tertumpu kepada kawasan muara sungai. Oleh kerana kakap putih mempunyai daya toleransi saliniti yang tinggi, maka spesies ini boleh ditemui dalam keadaan air masin, air tawar dan air payau. Selain itu, kawasan berstruktur besar seperti batu dan kayu besar juga menjadi habitat pilihan.
Hari ini, beberapa buah tasik dan empangan di Malaysia, telah pun didiami. Antara yang paling popular ialah kakap putih air tawar di Tasik Kenyir. Kemunculan kakap putih dalam tasik atau empangan merupakan hasil daripada pelepasan oleh manusia dan menjadi kegilaan kepada kaki pancing. Selain di Tasik Kenyir, kakap putih bersaiz mega juga kini telah didapati di Tasik Beris dan Empangan Muda di Kedah.
Ikan kakap putih mempunyai bentuk badan yang memanjang dengan mulut condong yang besar. Bahagian rahang atas spesies ini memanjang sehingga ke bahagian belakang mata. Bahagian pipi atau operkulumnya mempunyai duri kecil yang mampu melukakan. Sementara itu, sisiknya pula dalam kategori ctenoid. Kepalanya pula melengkung ke bawah.
Selain itu, ikan kakap putih mempunyai sisik yang agak besar. Sisik pada badannya berwarna perak di mana mungkin boleh menjadi semakin cerah atau semakin gelap mengikut keadaan persekitaran habitatnya.
Spesies ini boleh hidup dalam keadaan air yang jernih sehingga kepada keruh dalam lingkungan suhu air 26°C-30°C. Kakap putihjuga merupakan spesies ikan catadromous iaitu bersifat migrasi dari kawasan air tawar ke air masin untuk melepaskan telurnya.
Kakap putih menjadikan moluska, krustasia dan ikan kecil termasuk spesiesnya sendiri sebagai diet makanannya. Jadi ikan kakap putih boleh dikategorikan sebagai pemangsa yang bersifat karnivor.
Ketika bermula musim monsun, kakap putih jantan akan masuk ke muara untuk mencari pasangannya untuk pembiakan. Ketika ini ikan kakap putih betina mampu menghasilkan sehingga beberapa juta telur untuk dilepaskan.
Kakap putih juga merupakan spesies ikan yang bersifat hermaphroditic di mana mampu untuk bertukar jantina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesimen kakap putih dewasa yang ditemui merupakan spesimen betina. Selepas melepaskan telurnya, induk kakap putih tidak akan menjaga telur atau anak yang akan menetas.
Secara umumnya ikan merah pucat diklasifikasi dalam keluarga besar Lutjanidae (snappers atau ikan lutjan sebagaimana ikan merah lain serta jenahak).
Ikan merah pucat merupakan spesies marin tropika dan lebih menggemari kawasan berterumbu karang dengan perairan berkedalaman dari 5 hingga 100 meter.
Taburan ikan merah pucat meliputi Indo-Pasifik Barat: Teluk Persia dan Teluk Oman ke Fiji, utara ke selatan Jepun dan Pulau Jeju, Korea, selatan ke Wales Selatan Baru, Australia dan New Caledonia.
Nama saintifik spesies ini telah menimbulkan kekeliaruan dan disebut sebagai Lutjanus malabaricus (non Schneider) atau Lutjanus altifrontalis oleh banyak penulis baru-baru ini. Penemuannya di Laut Merah adalah kesalahan identifikasi.
Spesies L. erythropterus ini dikenali sebagai common snaper, red snapper dan crimpson snapper ini mencapai kematangan apabila mencecah 50cm panjang.
Ia mampu membesar sehingga 81cm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 45cm. Dilaporkan merah pucat ini mampu hidup sehingga 8 tahun.
Spesies dewasa gemar mendiami dasar lubang dan terumbu karang. Mereka hadir di atas beting, puing-puing, karang, epibenthos besar, substrat lumpur keras atau berpasir dan terumbu lepas pantai.
Biasanya dalam kelompok. Spesies juvenil dari panjang sekitar 2.5 cm menghuni perairan cetek di atas substrat berlumpur.
Mereka menjadikan diet dari pelbagai jenis mangsa yang didominasi oleh ikan, dan dengan sejumlah kecil krustasea, cephalopods dan invertebrata bentik lainnya. Mereka kebanyakan mencari makan pada malam hari.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...